BAB 8

Romance Completed 7824

“Qaira suka warna apa?”

“Biru lembut..”

“Jadi nak pilih warna tu untuk tema kahwin kita?”

“Saya tak kisah.. kalau awak okey, saya pun okey..” Iman senyum. Begitu juga Qaira. Ibu dan Mak Lia masih lagi sibuk memilih design kad kahwin mereka.

“Nanti saya nak buat majlis sekaligus saja. Belah awak dan belah saya. Jimatkan masa, jimatkan tenanga. Tak perlu keluarkan duit banyak-banyak. Dan majlisnya mesti simple. Tak payah kita sanding. Cukup untuk raikan tetamu yang hadir..”

Qaira dah tergamam. Nak buat sekaligus tu dia tak kisah, tapi tak

nak sanding itu yang Qaira kisahkan. Dia mahu majlisnya nampak indah. Perkahwinan itu sekali seumur hidup. Takkan Qaira tak nak raikan hari bahagia sendiri?

“Tapi.. saya nak sanding! Kawan-kawan mesti nak ambil gambar sama-sama..” Iman eleng kepala.

“Jangan kita ikut budaya luar sangat, Qaira.. Islam tak galakkan pembaziran. Dan bila kita bersanding, maknanya akan ada yang bukan muhrim tengok kita. Saya tak nak lelaki lain pandang isteri saya.. Don’t you get it?” Qaira tundukkan kepala. Masih tak bersetuju walaupun dia sedar kata-kata Iman ada benarnya.

“Saya tahu awak takkan bersetuju. Tapi itu keputusan saya.. Kalau awak nak, awak boleh bersanding, tapi bukan dengan saya…”

‘Tajam. Menusuk tepat ke jantung. Kalau tak dengan dia, dengan siapa lagi aku nak kahwin? Takkan dengan pakcik jual tempe hujung perumahan sana?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience