“Ibu.. kad kahwin tu.. Qaira nak kena bincang dengan Iman ke nak pilih yang mana? Qaira seganlah bu dengan dia…”
“Eh. Budak ni.. nak segan apanya. Tunang kamu kan tu..”
“Tapi bu.. Iman mesti tak ada masa..”
“Banyak cekadak betul kan kamu ni Qaira? Telefon Iman pun belum dah buat andaian macam-macam. Lagi satu, Iman tu tua tiga tahun. Patutnya kamu bahasakan diri panggil dia abang, bukan Iman..”
Qaira sengih mendengar bebelan ibunya. Memanglah wajar dia segan dengan Iman, mereka baru sekali jumpa. Itupun waktu Iman datang ke rumah dia sebulan yang lalu. Nak bahasakan Iman dengan panggilan abang pula, Qaira rasa lagi segan. Tak mahu Iman kata dia ni mengada-ngada.
‘Assalamualaikum. Awak, bila awak free? Nak ajak pilih kad kahwin..’
‘Wassalam. Hujung minggu ni saya free. Nanti saya jemput awak. Ajak ibu sekali.’ Qaira tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan daripada Iman, encik tunangnya. Perlahan-lahan bibir Qaira ukir senyuman.
Seperti dijanjikan, hujung minggu itu, Iman tiba di rumah mereka tepat jam 10 pagi. Mak Lia, ummi Iman juga ada bersama. Qaira tahu, ibu memilih calon yang terbaik untuknya. Buktinya ada pada Iman. Bilamana Iman cukup menjaga batas antara mereka, Qaira sedar dia sendiri bahkan tak layak untuk berdamping dengan lelaki sebaik Iman.
“Ha, Qaira. Apa lagi yang dimenungkan tu? Tak nak ikut kami ke? Ke nak kami je yang tolong pilihkan kad kahwin kamu?” soalan ibu buat Qaira malu sendiri. Cepat-cepat dia ambil tempat di bahagian penumpang belakang. Di sebelah ibu. Di belakang Iman.
“Korang dah bincang ke belum warna apa yang korang nak untuk majlis nanti?” soal Mak Lia dalam perjalanan.
“Belum lagi, ummi.. Iman ikut saja warna pilihan Qaira. Cuma kalau boleh tak nak lah warna perempuan sangat. Boleh Qaira?”
Qaira angguk perlahan. Nak bersuara dia rasa segan walaupun dah dua minggu mereka bertunang. Kali terakhir dia bercakap dengan Iman pun waktu lelaki itu telefon Mak Lia di hari pertunangan mereka. Memang Qaira rasa berat sangat mulut nak menjawab.
“Kau tengok Qaira ni Lia.. malu aje.. Macamlah dia angguk tu Iman nampak. Sejak bila anak ibu jadi pemalu ni? Pelik saja ibu rasa…” galak ibu menyakat. Qaira sudah tak tahu nak sorokkan muka ke mana. Malu amat.
“Tak apa, Qais.. Dia malu dengan Iman lah tu.. Orang cakap, dalam proses nak pupuk rasa sayang. Memang macam tulah..”
Qaira beranikan diri angkat muka. Ternampak senyuman Iman pada cermin pandang belakang. Senyuman yang kali pertama dia lihat. Senyuman yang buat hati Qaira tak kena detak. ‘Did I fall in love again?’
Share this novel