Qaira pandang pantai di hadapannya. Tak berani nak pandang muka orang sebelah.
“How could you do this Qaira? Bertunang tak beritahu aku! Lepas tu, guna alasan aku busy kat ibu. Kau tak rasa ibu akan pandang rendah pada aku ke?” Qaira cekalkan telinga mendengar bebelan Adham. Sebab dia tahu, semua yang berlaku disebabkan dia juga. Dia yang mulakan. Dan dia juga yang kena tamatkan.
“Aku minta maaf, Ad. Aku cuba beritahu kau, tapi kau sentiasa kata kau dah ada plan lain. Sampai satu masa, aku rasa aku tak perlu beritahu kau apa-apa. Sebab aku rasa tak ada kepentingan pun..”
“Ke.. kenapa kau cakap macam tu?” Qaira lepaskan keluhan.
“Sebab kau buat aku tak rasa yang antara kita adalah sahabat baik. Setiap kali, aku cuba buang anggapan tu.. tapi setiap kali tu jugalah kau buat aku rasa sebaliknya.. Bila aku berdiam diri, kau pun ikut sama berdiam diri. Kau tak tahu Ad.. aku tak pernah rasa aku ni kawan baik kau.. Aku cuma rasa kau cari aku bila kau perlu. Aku cuma ada kepentingan tertentu buat kau..”
Qaira cuba menahan air mata dari jatuh. Dia tak mahu rasa sebak yang mencengkam dalam dada buat dia kecundang depan Adham. Dia mahu tamatkan semua hari ini.
“Qaira.. aku.. aku tak pernah rasa macam tu.. aku tak.. tak tahu..”
“Ya, kau tak tahu.. dan sampai akhirnya juga kau takkan tahu.. kau tak sedar, kau cuma harapkan aku ada dengan kau, bersedia kongsi kisah cinta sedih kau. Dan kau tak pernah sedia dengar cerita aku. Tak pernah…”
“Qaira…”
“Tak bermakna aku luahkan semua ni pada kau, tandanya hubungan persahabatan kita tamat kat sini.. Kau masih kawan aku, Ad. Masih anak angkat ibu. Cuma.. kau tahu, aku bakal berkahwin. Dan aku nak mulakan hidup baru. Hidup dengan dia yang Allah ciptakan untuk aku.. Aku cuma nak jaga batas antara kita. Harap kau faham.. Assalamualaikum,”
Qaira bangkit, sedia untuk berlalu. Adham dia lihat masih termenung. Biarlah Adham ambil masa selama yang dia mahu. Sekurang-kurangnya Qaira lega. Lega kerana mampu meluahkan apa yang dipendam sejak dulu. Tentang perasaannya yang pernah ada untuk Adham, biarlah tetap jadi rahsia hatinya. Dia sudah ada pengganti yang dia yakin mampu berikan bahagia untuk dirinya. Senyum diukir. ‘Iman Aqmal..’
“Qaira Alisya?” Qaira pandang pemilik suara itu. Buntang matanya melihat figura yang berdiri tegak memandangnya.
“A..awak! Apa awak buat dekat sini?” Iman halakan jari telunjuk ke arah sekumpulan lelaki.
“Luangkan masa dengan kawan-kawan sekolah saya dulu. Awak buat apa dekat sini? Sorang-sorang?”
“Qaira!” baru Qaira nak menjawab, Adham tiba-tiba muncul. Hebat sangat Adham, kau muncul waktu ni! Wajah Iman Qaira pandang. Rasa serba salah lihat wajah tegang itu. Dia tahu, Iman pasti salah faham.
“Iman,, saya boleh terangkan. Tolong jangan fikir bukan-bukan,”
“Iman, aku minta maaf. Qaira dengan aku, kitorang cuma..”
“Tak apa. Selagi Qaira belum jadi milik sesiapa, dia berhak keluar dengan siapa yang dia suka.. Cuma, keluar berdua tu salah. Nak-nak korang tak ada apa-apa hubungan.. By the way, enjoy your date. Assalamualaikum,”
Qaira rasa mahu meraung saat itu. Rasa mahu ditumbuk muka Adham yang beriya-iya minta mereka jumpa di pantai walaupun Qaira sendiri beriya-iya juga ajak jumpa di rumah.
“Qaira.. aku.. aku minta maaf…”
“Kau tak salah..” terus Qaira angkat kaki dari situ. ‘Ibu, Qaira salah!’
Share this novel