BAB 13

Romance Completed 7824

“Kau tahu Qaira.. betul kata kau dulu.. Kita akan hargai sesuatu lepas kita kehilangannya. Dan sekarang, aku rasa semua tu..”

“Maksud kau? Kau dah putus dengan Rania ke?” Qaira yang sedang menghias hantaran kahwin terhenti kerjanya. Pelik melihat Adham yang tak berapa nak hensem tu. Elengan Adham buat Qaira garu kepala. ‘Habis tu apa yang dia hilang ni? Kereta ke?’

“Aku jadi lebih menghargai apa itu persahabatan bila aku hilang kau. Baru aku sedar pentingnya kau dalam hidup kau. Bila kau dah tak lagi macam dulu, hidup aku jadi sunyi. Kau dah tak ganggu hidup aku macam dulu lagi..” terlopong mulut Qaira mendengar luahan Adham.

“Kau ni Ad.. apa yang kau cakap ni? Aku..” Adham senyum.

“Kelakar kan? Aku baru sedar yang aku sayang kau lebih dari seorang kawan. Tapi.. jodoh kita tak kuat. Kau bakal berkahwin dengan orang lain. So, hidup aku tetap kena teruskan. Sebab tu, aku nak bagi diri aku dan Rania peluang. Kau doakan eh?” Qaira gamam. Adham sayangkan dia? Mimpi ke apa ni?

“Kau.. kau..Ad, kau cakap apa ni?!” Qaira tinggikan suara dia. Lebih daripada meluahkan rasa terkejut sebenarnya.

Melihat senyuman Adham, Qaira tahu, lelaki itu tak main-main. Kalaulah Adham tahu dia juga pernah ada rasa yang sama pada lelaki itu. Tapi Qaira tak menyesal dengan keputusan yang dia buat dulu. Hati dia ada pada yang lebih berhak untuk cinta dia.

“Ad.. aku yakin, perasaan kau pada aku akan hilang seiring masa berlalu. Allah pemilik hati kita. Bila-bila masa aje Dia boleh bolak-balikkan hati kita. Mungkin hari ni kau luah sayang pada aku, esok lusa belum tentu..”

“Qaira..”

“Hmm..”

“Kau pernah ada hati kat aku tak?” Qaira pandang Adham, tak lama sebelum dia pandang hantaran balik. Dia senyum nipis sebelum mengelengkan kepala. Cukup rahsia itu jadi rahsia dia seorang saja. Tak perlu nak tambahkan cerekarama sedia ada.

“Aku ada Allah yang aku boleh serahkan cinta aku. Dan bila aku serahkan keyakinan aku pada Dia, Allah hadirkan Iman untuk aku. Mungkin kemunculan Iman macam tiba-tiba, tapi aku yakin, Iman mampu buat aku bahagia. Buktinya, aku rasa bahagia sekarang..Dan aku tak pernah menyesal menerima dia sebagai teman hidup aku, Ad.. Aku mahu jadi yang terbaik untuk dia,” Qaira senyum lagi. ‘Iman Aqmal..’

“InsyaAllah, saya juga akan buat yang terbaik untuk bahagiakan awak..” Qaira alih pandang kepada yang bersuara. Begitu juga dengan Adham.

“I.. Iman! Awak buat apa dekat sini?” Iman senyum mesra. Adham bangkit dan bersalaman dengan lelaki itu.

“Hantarkan ummi. Nak tengok persiapan majlis kita sekali..” Qaira rasa nak menyorok masa tu juga. Bukan main dia luahkan rasa hati pasal Iman dekat Adham tanpa sedar Iman turut tadah telinga. Qaira ketuk kepala sendiri.

“Tahniah, Iman. Jaga sahabat aku tu baik-baik. Aku tahu, kau yang terbaik untuk dia. Aku nampak cinta dia pada kau dalam mata dia,” suara Adham kedengaran serius. Qaira tahu, Adham akan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Dan dia juga doakan yang terbaik untuk Adham.

“Thanks, Ad. InsyaAllah.. Doakan kami,” Iman senyum sebelum mengalihkan pandangan pada Qaira. Qaira balas senyuman itu dengan hati yang penuh bahagia. Senyuman Iman yang buat Qaira jatuh cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience