BAB 18

Romance Completed 3280

“Kenapa diam aje?” Firdz tiba-tiba bersuara lagi sementelah aku hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Dah tak ada apa nak cakap.” Lemah sahaja aku memberikan jawapan.

“Hey, cheer up. Jangan lah tunjuk muka macam ni dekat I.” Dia dah mencuit hidung aku sekilas. Aku menepis, geram dengan dia masih tak habis.

“Nah I have something for you. Bukak lah, I nak pergi toilet kejap.” Lepas aje dia serahkan barang tadi dekat tangan aku, dia terus bangun tinggalkan aku dekat situ.

Lama aku pandang envelopeyang Firdz bagi tadi. Lambat-lambat baru aku bukak. Berkerut dahi aku bila nampak isi envelope itu. Sehelai replika tiket kapal terbang yang dilukis sendiri. Tertera nama aku dekat situ. Sumpah aku tak berapa faham apa yang Firdz cuba sampaikan. Tapi nasib baik ada terselit sehelai nota disitu, terus aku ambil dan baca. Membuntang terus mata aku, rahang aku dah jatuh ke lantai.

Tiket ke Korea khas untuk Cik Zenia.

Teman I pergi sana, would you?J

Cuz now I nominate you as my girlfriend,

you have five minutes to respond or you will still be my girlfriend.

Bila aku angkat kepala daripada nota tadi, aku nampak Firdz melangkah ke arah aku dengan sejambak bunga.

“So, flight kita ke Korea next month ye my miss girlfriend…”

Terus air mata aku yang dah bertakung di tubir mata, mengalir perlahan-lahan. Gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience