BAB 2

Romance Completed 3280

Biar betul ni? Tak kan aku jet lagsampai mata pun jadi kelabu? Mata aku yang sudah terbeliak besar itu aku genyeh banyak-banyak kali, rasa tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ini.

Tapi setelah seketika merenung dan memerhati dia, aku yakin! Aku tidak salah lagi. Memang mata aku tak menipu. Sumpah aku rasa macam nak terjerit di tengah-tengah ruang Pavillion ini. Rahang aku sudah terasa macam nak jatuh ke lantai. Lebar senyuman aku memang tak payah cakap lah, from ear to ear!

Memang betul keputusan aku untuk jejakkan kaki ke sini dulu sebelum balik rumah. Waaa… Boleh pula aku terjumpa dengan artis Korea pujaan aku! Bekas ahli kumpulan Ukiss, Dongho! Walaupun dia dah bersara daripada dunia hiburan, tapi nama dia tak pernah luput daripada otak aku ni. Mungkin orang lain tak kenal dia tapi bukan aku! Aku ni gila Kpop, dari sepopular-popular artis, sampai lah yang kecik-kecik, yang tak berapa nak popular pun aku minat. Jadi aku memang pasti itu adalah dia! Seratus-peratus yakin! No doubt!

Bernasib baik betul aku kali ni. Apa kata orang, langkah kanan? Rezeki terpijak? Wah, memang aku sangat-sangat bernasib baik gila hari ni. Selama ni aku pergi bercuti dekat Korea tak pernah pun aku jumpa dia, hari ni boleh dekat negara sendiri tanpa disangka-sangka aku terjumpa dia?!

Kalut aku nak mengejar langkah dia bila ternampak dia sudah mahu meninggalkan butik tadi. Ishh, ini peluang keemasan ni. Bila lagi aku nak dapat peluang macam ni? Sudah lah dia dah bersara daripada dunia hiburan, kalau terlepas peluang kali ni memang tak akan nampak dah ada kali kedua. Laju langkah aku dibawa untuk mengejar dia.

Dumm!

Adui! Tiba-tiba otak aku rasa berpinar sekejap. Terus kepala diangkat untuk melihat objek keras yang aku terlanggar tadi. Lah, orang rupanya! Bukan objek! Tapi kenapa keras sangat sampai sakit kepala aku dibuatnya. Ishh, kacau betul lah.

“Sorry.”

Aku hanya meminta maaf secara ala kadar dan mahu cepat-cepat berlalu supaya tidak terlepas artis Korea aku. Mata aku langsung tak memandang dia yang aku langgar tadi, masih setia memandang setiap langkah artis Korea aku tu, takut hilang daripada pandangan nanti susah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience