BAB 7

Romance Completed 3280

“Maaf eh, ganggu you. Kami minta diri dulu.” Firdz hanya mengangguk dan memandang kedua beradik itu sehingga mereka masuk ke dalam rumah sebelah. Firdz tergelak sendiri, memang sewel betul adik Raina itu.

“Apa lah Nia ni! Boleh pulak salah rumah! Buat malu akak aje!” Aku hanya menerima bebelan kakak aku sebaik sahaja kami melangkah ke dalam rumah. Aku pula diam aje, pasrah! Dalam otak sibuk memikirkan kesalahan aku tadi. Dah lah dah tersalah rumah, rumah mamat dada keras tu pulak dah! Adui, memang malu aku kali ni!

“Ni kenapa balik tak bagitahu? Bila sampai? Mama dengan papa tahu tak?” Aku dengar suara kakak keluar lagi, tak habis lagi dia membebelkan aku. Aku hanya menggeleng sahaja. Tidak ada hati mahu mengeluarkan suara setelah kejadian memalukan tadi.

“Apa Nia ni? Suka buat macam ni, tahu tak kami semua risaukan awak!” Aku angkat kepala dan pandang kakak untuk seketika, dia dah menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai aku.

“Beg Nia mana? Tak kan balik sehelai sepinggang aje? Kan ke Nia dah habis belajar?”

“Nia suruh pak cik teksi hantar balik rumah. Lepas tu Nia pergi jalan-jalan dekat Pavi.”

Habis aje aku bercakap, aku tengok kakak dah melopong luas. Ishh, tahu dah! Confirm kejap lagi kakak akan bebelkan aku!

“Ya Allah, Nia ni perangai aneh-aneh lah. Duduk lima tahun dekat negara orang tu akak ingat dah matang sikit lah perangai, balik-balik macam tu jugak!” Kakak dah mula keluar aura singa. Dia ni kalau membebel memang tak ingat dunia! Mengalahkan mama!

“Ni kenapa datang rumah akak? Tak balik rumah terus?” Kakak bertanya lagi. Aku dah naik fed-up sebenarnya, ingatkan balik boleh dia manja-manja kan aku, rupanya bebelan aje yang aku dapat. Kalau tahu, baik aku balik rumah mama papa terus aje tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience