BAB 12

Romance Completed 3280

Kakak aku terus berlalu masuk ke dalam bilik dan meninggalkan aku yang masih tercengang-cengang. Dah buang tebiat ke apa mamat dada keras sorang tu? Kenapa tiba-tiba aje dia baik hati sangat ni? Tak lama aku fikir pasal mamat tu, terus aku sengih lebar-lebar. Wahhhh! Dapat jugak aku pergi ke concert yang aku idam-idamkan sangat tu. Pasal terima kasih dekat mamat sebelah rumah tu, lepas concert lah aku jumpa dia! Sekarang aku kena cari baju yang sesuai yang pergi concert esok!!!

Rasa macam nak terbang sampai ke langit aje bila kaki aku dah jejak dekat stadium tempat concert berlangsung. Yang paling penting aku dapat seatVVIP! Wah, ini memang impian jadi kenyataan! Keseronokkan aku tak dapat dibendung lagi. Saat konsert sudah mahu bermula, lampu stadium dimalapkan. Setahu aku konsert akan dimulakan dengan persembahan artis tempatan, siapa tu aku tak pernah lah pulak nak ambil tahu. Ah, lantak dia lah. Misi aku hari ni nak tengok artis Korea kesayangan aku!

Tapi sumpah rahang aku jatuh sampai ke lantai bila artis tempatan yang muncul pada konsert hari ini adalah mamat dada keras a.k.a jiran sebelah rumah kakak aku! Perghhh, boleh tahan jugak mamat ni rupanya! Bila dengar betul-betul, sedap aje suara dia sebenarnya! Cuma dulu aku yang marah sangat dengan dia sampai tak ambil peluang langsung untuk kenal dia, tak pernah pun nak cuba-cuba tengok rancangan yang ada muka dia. Bila dah tengok live depan mata macam ni, ternganga juga aku dibuatnya! Dan yang paling buatkan aku tergamam, dia boleh kenyit mata dekat aku masa tengah menyanyi dekat atas pentas tu. Warghh, dia tu dah kenapa? Dan kenapa hati aku ni dah pandai belot tuan, berdetak tidak ikut irama?

Habis aje konsert, cepat-cepat aku nak keluar sebab nak berkejar balik dengan pengangkutan awam. Tapi langkah aku terbantut bila telefon bimbit aku berbunyi. Berkerut dahi aku kejap bila tengok nombor yang tidak dikenali. Aku ingatkan kakak aku telefon sebab tiba-tiba baik hati nak datang ambil aku. Tapi bukan rupanya! Huh, hampeh! Aku angkat lah jugak telefon yang berdering tu walaupun aku yakin tu memang bukan kakak!

“Helo Nia, you ada dekat mana tu?”

Makin berkerut dahi aku bila dengar suara lelaki yang menelefon aku tu. Lambat-lambat, baru lah aku buka mulut.

“Err… Ni siapa ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience