BAB 5

Romance Completed 3280

“Dik, you ni duduk dalam gua ke apa sampai tak kenal orang? Hmmm, tak apa lah. Abang faham, budak gila kpop macam awak ni memang otak sewel sikit! Abang maafkan.” Dia membidas kata aku selamba dan terus berlalu meninggalkan aku yang semakin mendongkol geram tak terkata!

Firdz menghempaskan tubuhnya di atas sofa empuk miliknya. Memang mencabar kesabaran dia betul, entah apa nasib malangnya hari ni, boleh dia berjumpa dengan budak kpop sewel tu tadi. Dah lah selamba aje langgar orang lepas tu nak blah macam tu aje. Minta maaf pun tak ikhlas langsung. Dan yang paling menyakitkan hati, boleh dia tak kenal Firdz? Penyanyi paling hot di Malaysia pada masa kini? Tak kira lah dalam tv ke, majalah ke, surat khabar, rasanya penuh dengan muka Firdz. Entah budak sewel tu hidup dekat zaman batu agaknya sampai tak kenal penyanyi paling top, Firdz!

Baru sahaja Firdz mahu memejamkan matanya untuk melepaskan lelah, loceng rumahnya berbunyi. Berkerut muka dia sekejap sebab seingatnya rasanya tak ada sesiapa yang nak datang rumah hari, habis tu siapa pulak yang datang ni? Tanpa melengahkan masa, Firdz bangun dan melangkah ke arah pintu. Dia melihat ke dalam lubang pintu untuk melihat gerangan yang datang, tapi tidak berjaya kerana orang yang menekan loceng itu membelakangi pintu. Tanpa meragui apa-apa, Firdz membuka pintu rumah.

“Kakak!!! Surprise…” Tiba-tiba Firdz terasa tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Mengeras dia di situ akibat terkejut. Aik, dah siapa pulak ni? Lepas tu buta ke apa? Aku yang gagah perkasa ni dia panggil kakak?

Sebaik sahaja dia melepaskan tubuh Firdz, terus kedua-dua mereka tergamam, rahang dah jatuh ke tanah!

“Budak kpop sewel!”

“Mamat dada keras bajet retis!”

Kedua-dua terjerit kuat. Melopong mereka tidak percaya yang mereka berjumpa lagi.

Tersedar kembali, Firdz terus menayangkan riak jengel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience