BAB 17

Romance Completed 3280

Terus dia mendapat cebikan daripada aku. Eleh, macam lah boleh percaya cakap dia tu! Tapi kejap-kejap, dia cakap dia nak bawak aku pergi Korea bulan depan? Dia nak pergi Korea?Laju aku kalih pandang, memandang dia dia di sebelah.

“You nak pergi Korea?” Soal aku sambil pandang dia tidak lepas.

“I have to go. Must.”Firdz pun pandang aku tak lepas. Serius aje riak dia.

“Kenapa? Nak pergi bercuti ea?” Hmm, memang patut lah pun kalau dia nak pergi bercuti. Tapi yang ajak aku tu kenapa? Buang tebiat?

“No, I ada kerja dekat sana.” Lepas tu terus dia cerita dekat aku tentang tawaran kerjasama dengan salah satu artis di sana. Mereka menawarkan untuk berkerjasama dengan Firdz. Wow, bangga aku dengan dia!

“So kali ni I pergi, mungkin agak lama.” Ayatnya kali ni agak menyentakkan aku. Kalau lama maknanya lama lah aku tak dapat jumpa dia. Tiba-tiba hati aku terasa sedih.

“Owh… Okey.” Hanya itu sahaja yang mampu aku tuturkan. Bila aku pandang dia, aku nampak riak tidak puas hati dia.

“Okey? Itu je?”

“Ye lah. Okey lah you dapat peluang macam tu. Peluang bagus tu untuk kerjaya you.” Aku bersuara jujur tapi suara aku kedengaran lemah. Lepas tu aku dengar dia mengeluh.

“So you okey lah I nak pergi lama?” Dia bertanya lagi. Sumpah aku tak faham dengan Firdz ni. Dia ni memang suka bermain dengan perasaan aku.

“Kenapa I nak halang you pulak? It’s your career…” Aku berkata lagi.

“Okey then.” Dia hanya menjungkitkan bahunya. Entah mengapa aku rasa macam agak kecewa dengan riaksi dia. Tidak mahu kah dia terus memujuk aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience