BAB 4

Romance Completed 3280

Kita ni masyarakat yang berbudaya.” Tiba-tiba dia bagi ceramah percuma dekat aku, wahh ini sudah mendatangkan kemarahan! Lagipun aku ni kira remaja ke? Umur dah 25 tahun dah pun! Tapi dah dia ingat aku muda, lantak lah!

“Fine! I tak berbudaya, I tak ada budi bahasa!” Aku angkat dua tangan tanda mengalah dan tidak mahu memanjangkan cerita. Lantak lah orang nak fikir apa, bukannya lepas ni aku nak jumpa dia lagi. Misi aku untuk mengejar Dongho lagi penting sekarang ni.

Baru aje aku kalih mata untuk mencari kelibat Dongho tadi, tapi aku dah rasa macam nak meraung dan menangis bila tak nampak Dongho di tempat dia berhenti tadi. Dia dah hilang!!!

Arghhhh!!! Artis Korea akuuuuuuuuu…

Ini semua mamat dada keras tu punya pasal! Aku kena buat perhitungan dengan dia! Kurang asam dia dah rosakkan plan aku! Baru aje aku nak pergi sapa artis Korea tu, dia pulak kacau!

Aku berlari mengejar dia yang sudah berlalu dan terus berdiri depan dia balik. Tangan dah dicekak dekat pinggang, mata aku tenung dia macam nak keluar laser.

“Hah? Ni dah kenapa? Dah sedar dah salah sendiri?” Sinis aje ayat mamat dada keras ni dari tadi. Buat hati aku yang dah terbakar ni hangus terus.

“You!” Lurus telunjuk aku menunjuk ke arah dada dia yang keras tu. Dia pulak dah buat muka tak faham dengan kerenah aku.

“Sebab you! Sebab you lah artis Korea I hilang!” Aku dah menjerit kuat-kuat. Rupa garang aku memang tak payah cakap lah kan.

“Hahaha… Artis Korea mana lah pulak? Tak payah susah-susah lah dik, ni ada artis Malaysia depan mata you. Nak sign? Meh sini abang bagi.” Dia dah gelakkan aku, membuatkan aku bertambah hangat! Aku pun tak tunggu lama terus tergelak jugak. Malah gelak aku lebih sinis daripada gelak dia tadi.

“Hah? You ni artis? Alah, tak payah nak berangan lah! Muka macam ni nak jadi artis? Boleh blah! Tak pernah tengok pun muka you…?” Selamba aku menempelak dia. Terus aku nampak wajah dia berubah. Hahaha, sentap lah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience