BAB 3

Romance Completed 3280

Baru aku nak bergerak, tiba-tiba tangan aku dipaut oleh mamat dada keras tadi. Terus aku kalih pandang ke arah dia untuk meminta pencerahan. Aku nampak wajah dia ketat aje, garang betul!

“Apa ni? Lepas lah… I dah cakap sorry kan?” Aku berusaha untuk melepaskan tangan aku daripada pegangan dia. Mata masih tidak lepas memerhati si Dongho tu, takut hilang daripada pandangan. Karang kempunan aku!

“Cantiknya budi bahasa…” Sinis dia memerli aku. Tangan dia masih kejap memegang tangan aku, masih tidak ada ura-ura mahu melepaskan tangan aku.

Terus aku bagi jelingan maut. Tunak mata aku memandang dia, bibir aku dah mencebik geram! Waktu macam ni lah pun nak bertembung dengan orang banyak kerenah macam ni. Entah hari ni hari bertuah aku ataupun hari malang aku!

Akhirnya aku kalih pandang daripada memandang Dongho kepada mamat dada keras depan aku ni. Aku buat muka bosan dan mula bersuara.

“Okay, my bad! I’m so sorry, saya minta maaf, dui bu qi, mianhaeyo. Okey? Cukup? So, boleh lepas kan saya sekarang? Saya kejar masa ni ni.” Hah ambik, empat bahasa terus aku bagi. Tinggal bahasa Tamil aje aku tak sebut sebab selama ni aku tak pernah belajar. Tak kan tak cukup lagi? Tak tunggu lama, terus aku cuba rentap tangan aku. Berjaya aje, aku angkat kaki nak mengejar Dongho tadi. Tapi aku tak berjaya lagi bila tangan dia lagi laju menarik kolar baju aku daripada belakang membuat aku terjerit kecil sebab hampir aje tengkuk aku tercekik. Memang kurang asam punya mamat dada keras! Aku pun mula lah naik angin, terus aku kalih lipat maut dan pandang dia tajam-tajam, dah macam nak telan dia hidup-hidup rupa aku sekarang ni!

“You ni dah kenapa? Berlagak! Apa yang tak puas hati sangat? I dah minta maaf kan? Empat bahasa lagi!” Kuat aku menempelak dia tanpa segan silu lagi. Pergi lantaklah kalau ada mata yang liar memerhati? Dia ni memang dah memanaskan hati aku yang tadinya mekar berbunga nan wangii.

“Hmphh, kalau macam ni lah perangai remaja zaman sekarang… Habis lah negara kita. Cuba lah kalau dah buat salah tu minta maaf dengan seikhlas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience