MAWAR
4
“PAK CIK… air…” Mawar menguhurkan gelas berisi jus oren.
Dia menyentuh jemari Tuan Malek. Lama. Puan Halida yang memandang panas hati. Mawar memang kelihatan sengaja menggoda suaminya itu. Puan Halida merampas gelas dari tangan Mawar.
Mawar hanya tersenyum. Lenggok jalannya menuju ke anak tangga. Lirikan mata Tuan Malek tidak berganjak dari terus tertumpu pada Mawar.
“Abang!”
Suara Puan Halida mengejutkan Tuan Malek.
“Abang penat.”
Tuan Malek tidak mengendahkan Puan Halida. Cinta Tuan Malek terhadapnya semakin terhakis. Tidak cantikkah dia? Dia sudah puas melakukan pembedahan sana sini agar kelihatan lebih cantik. Apa yang dilakukan hanya untuk suaminya itu. Puan Halida sangat mencintai Tuan Malek.
Puan Halida bersandar pada sofa dengan hati gundah. Gila. Mawar tidak boelh ebrsama Tuan malek. Mereka mempunyai pertalian. Gila. Perhubungan sumbang itu harus dihentikan. Dia jahil tentang agama tapi masih tahu hukum haram perhubungan sumbang itu.
Tekaknya berasa loya. Mawar masuk ke bilik air. Muntah diluak. Dia membersihkan mulutnya dengan air pili. Mawar menatap wajahnya pada cermin.
Anak dalam perut bukan dari hubungan yang halal. Tapi haram. Mawar merahsiakan kehamilan dari zemua penghuni banglo itu termasuklah Zakuan. Dia tidak menerima janin di dalam perutnya itu.
“Kau tahu anak kau itu ada gunanya.” Wajah yang menyerupainya dalam cermin itu berbicara.
“Aku tahu.”
Anak dalam perutnya tidak akan lahir ke dunia dalam keadaan bernyawa. Dia mengusap-usap perutnya yang masih kempis itu. Perasaan belas Mawar sudah lama mati. Mati saat kesuciannya diragut tanpa rela.
“Mawar!” Bunyi ketukan bergema di luar pintu biliknya. Mawar bergegas keluar dari tandas. Bergegas dia membuka pintu bilik.
“Kenapa pak cik?”
“Mawar…” pandangan mata Tuan Malek mula berubah. Mawar tahu Tuan Malek sudah berada dalam cengkamannya.
Tuan Malek siang malam dihantui wajag Mawar. Tiba-tiba dia berlutut di depan gadis itu. Dia mencapai jari-jemari Mawar. Tuan Malek sudah seperti orang angau.
“Apa abang buat ni?” Puan Halida melihat apa yang berlaku di depan matanya. Dia menolak tubuh Mawar.
Mawar menyorok di belakang bapa saudaranya itu. Perasaan marah Puan Halida meluap-luap. Senyuman Mawar mengejek dia.
“Abang! Dia anak saudara abang! Abang sudah gila ke?”
Tuan Malek menampar muka Puan Halida. Itu jawapan yang diberikan kepada Puan Halida.
Tuan Malek mencengkam kuat pergelangan tangan Puan Halida. Dia menarik isterinya itu masuk bilik beradu mereka. Tubuh Puan Halida dihempaskan atas tilam. Tali pinggang sudah ditanggalkan.
“Abang…”
Tuan Malek melibaskan tali pinggangnya pada tubuh Puan Halida. Suara jerit pekik Puan Halida menyenangkan hati Mawar. Suara itu bagaikan satu melodi yang cukup indah. Tubuhnya direbahkan.
“TOLONG! Tolong! Peragut!” Pekik seorang gadis. Beg tangannya diragut ketika dia senang menjamu selera. Silapnya kerana meletakkan beg di atas meja. Maka beg tangannya menjadi sasaran si peragut.
Zakuan melunjurkan sebelah kakinya. Peragut itu melanggar kakinya lalu terseungkur jatuh. Zakuan mengambil beg tangan tersebut. Si peragut segera menlarikan diri. Dia serahkan beg tangan itu kepada pemiliknya.
“Terima kasih,” Ucap gadis itu.
“Lain kali hati-hati.”
Zakuan beredar. Dia perlu segera pulang sebelum bapa saudaranya itu mencari. Dia keluar tanpa pamitan. Ada masanya dia bosan kerana perlu melaporka segala aktivit yang dibuat kepada bapa saudaranya itu. Gadis terpaku memandang langkah Zakuan.
Safuan sudah menunggunya. Zakuan membonceng motorsikal milik Safuan. Safuan memecut laju.
Sampai di halaman banglo itu, kedua-dua wajah adik beradik berubah menjadi pucat. Tuan Malek sednag duduk di kerusi rehat sambil minum kopi. Mawar di sisi lelaki itu menemani.
“Pak cik…”
“Kamu tolong tengokkan mak cik kamu di bilik. Dan juga anak perempuan aku.”
Zakuan menganggukkan kepalanya. Entah kenapa dia tidak sedap hati melihat tingkah Mawar bersama Tuan Malek. Lain macam. Safuan segera menarik lengan Zakuan.
KATA-KATA tidak mampu diluahkan. Puan Halida terbaring dengan tubuh yang luka-luka. Anak perempuannya sedang menangis di sisi wanita itu. Dia juga melihat kesan luka yang sama pada tubuh kecil itu seperti ibunya.
“Mak cik…”
Zakuan ingin membantu tetapi wanita menggunakan segala kudrat yang ada menepis. Dia tidak perlukan bantuan anak saudaranya itu. Zakuan tidak perlu bermuka-muka.
“Pergi!” Halaunya.
“Syyy…” Mawar muncul di muka pintu. Jari telunjuk diletakkan pada bibirnya.
Dia duduk di samping sepupunya itu. Tubuh budak perempuan itu dipeluk. Puan Halida tidak berdaya untuk menghalang Mawar dari mendekati anaknya.
“Mak cik jangan nakal-nakal ye. Kalau tak lagi teruk mak cik kena.” Halus suara Mawar seperti sedang berbisik.
Mata Zakuan tidak berkelip. Dia nampak ada lembaga hitam di belakang Mawar. Zakuan menelan liur. Lembaga itu sedang tersengih merenungnya.
“Keluar! Keluar!” Pekik Puan Halida.
“Mak cik… jangan jerit-jeritlah!” Mawar melenting. Kasar. Dia mencekak muka Puan Halida.
“Mawar…” Zakuan tidak menduga Mawar akan bertindak begitu pada Puan Halida.
“Mak cik sedarlah diri. Banglo mewah ni? Segala harta kekayaan bukannya milik mak cik.” Perempuan seperti Puan Halida perlu sedar diri.
Zakuan memaut tubuh Mawar. Dia takut Mawar akan mencederakan Puan Halida. Mawar merengus. Dia meludah ke muka Puan Halida.
Mawar menarik tangan Zakuan agar keluar dari bilik itu.
Share this novel