MAWAR
7.
“CANTIK bunga ni? Terima kasih Zakuan.”
Cahaya mencium bau haruman bunga mawar itu. Wangi. Pertemuan pertama mereka ketika beg tangannya diragut telah merupakan bibit-bibit cinta antara mereka. Huluran cinta Cahay disambut Zakuan. Cuma Zakuan risau jika Cahaya tahu tentang latar belakang dia dan keluarganya. Adakah Cahaya akan meneruskan perhubungan mereka?
“Awak…” Kata-kata Zakuan terhenti. Tiba-tiba saja lehernya berasa sakit seperti dicucuk jarum.
“Awak okey?”
“Okey. Saya okey.” Zakuan meraba-raba belakang leher. Bagaikan ada satu kauasa meresap masuk ke dalam tubuhnya. Pandangan matanya kelam untuk seketika.
Cahaya memapah Zakuan agar duduk di bangku rehat itu.
“Muka awak nampak pucat.”
“Tiba-tiba pula kepala saya berasa pening.”
“Saya hantar awak balik. Motorsikal awak tingggal saja di sini.”
Zakuan sekadar mengangguk. Kalau dia menunggang motorsikal dalam keadaan begini sudah pasti akan mengundang bahaya.
MAWAR menyelak langsir setelah mendengar bunyi deruan kereta di laman banglo itu. Dia menggigit bibir melihat seorang gadis sedang memapah Zakuan keluar dari perut kereta. Siapa gadis itu? Apa hubungannya dengan Zakuan?
“Terima kasih sebab hantarkan Zakuan pulang.” Ucap Safuan. Tidak berkelip mata Cahaya memandang wajah Zakuan dan Safuan silih berganti. Meraka agak seiras.
Cahaya melirik senyuman.
“Awak… awak jangan lupa makan ubat.”
“Baik. Terima kasih, Cahaya.”
Cahaya beredar. Safuan membantu abangnya itu duduk. Rasa peningnya sudah berkurangan. Safuan menghulurkan Panadol dan air kosong.
Suasan banglo itu sunyi. Tiada lagi kedengaran suara Maya berain-main. Kelibat Puan Halida juga tidak kelihatan. Tuan Malek pula sering berkurung di dalam bilik bacaannya. Lelaki itu sudah tidak terurus lagi. Hal pejabat diuruskan oleh pekerja yang dipercayai. Tuan Malek lebih banyak duduk di rumah melayan Mawar.
“Ke mana mak cik dan Maya ye? Dah tiga hari tak nampak?” Zakuan bertanya kepada Safuan.
“Mawar cakap Mak cik dan Maya pergi bercuti.” Safuan membalas.
“Bercuti? Baguslah jika mak cik pergi bercuti.” Dia pun tidak sanggup melihat Puan Halida dan Maya menjadi mangsa Mawar. Dia kasihankan Maya yang masih kecil. Maya tidak tahu apa-apa yang terjadi pada mereka. Maya tidak berdosa.
“Siapa perempuan yang hantar abang tadi?” Mawar berada di hujung tangga itu bersuara lantang.
Zakuan menoleh.
“Kawan.”
“Kawan? Kawan atau kekasih?”
Mawar menjegilkan matanya. Tidak senang hatinya bila ada perempuan masih mendekati Zakuan. Dia cemburu.
“Kalau kekasih pun bukan urusan Mawar.” Zakuan membalas.
Mawar meradang.
“Abang milik Mawar! Mawar tak suka perempuan itu dekat dengan abang.” Mawar melenting.
Zakuan bingkas bangun. Tidak tahan dengnan sikap mengawal Mawar. Soal hidupnya adalah hak dia bukan urusan Mawar. Mawar tidak perlu campur tangan.
“Abang penat. Abang nak berehat.” Zakuan tidak mahu mengendahkan Mawar.
“Mawar… kau jangan buat gila. Dia abang kau.” Safuan sudah lama perasaan dengan kelakuan Mawar terhadap Zakuan. Mulanya dia tidak kisah. Lama-kelamaan dia berasa aneh. Mawar akan cemburu tidak tentu hala apabila melihat perempuan lain mendekati Zakuan. Safuan terus memerhati Mawar. Safuan mula menyedari yang Mawar mencintai Zakuan. Gila!
“Bisinglah kau!” Mawar meramas-rmas rambutnya. Emosinya mula tidak terkawal. Dia yakin perempuan tadi ada hubungan istimewa dengan Zakuan.
“Kau ni patut kena sumbat balik ke rumah sakit mental tu!” Kata-kata Safuan menambahkan lagi amarah mawar.
Darah Mawar mendidih. Rambutnya yang rapi sudah berserabai.
“Abang Safuan… kau jangan sampai aku bunuh kau nanti!” Mawar menundingkan jari telunjuknya.
“Mawar… aku dah lama perhatikan kau. Jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat.” Gerutu Safuan. Kucing miliknya mula menggesel-gesel kaki Safuan. Tubuh kucing itu diangkat lalu dipeluk erat.
“Jaga kau!” Mawar bergegas memijak anak tangga. Dia masuk ke bilik tidurnya. Pinu bilik itu dihempaskan dengan kuat. Bilik itu sudah bersepah dengan barang-barang yang berselerak atas lantai. Dinding biliknya berconteng dengan perkataan-perkataan tidak difahami.
Mawar duduk memeluk kedua-dua belah lutut. Dia mengoyangkan badannya. Lembaga hitam di belakang bertenggek atas syiling. Tersengih-sengih memandang Mawar.
“Bunuh saja dia.” Lembaga itu menghasut Mawar.
“Bunuh dia!” Ulangnya lagi.
Mata Mawar terbeliak-beliak.
SAKIT kepalanya mencucuk-cucuk. Zakuan tidak boleh lena. Dia bangun. Tidak pernah dia sakit kepala begini teruk. Tubuhnya juga berasa berat. Bahunya sakit seperti sedang memikul guni yang berat.
Zakuan turun dari katil. Jalannya sudah terbongkok-bongkok. Dia menuju ke bilik air. Air disimbah pada muka. Kemudian dia membasuh kepalanya agar sakit di kepalanya dapat diringankan sedikit.
Zakuan memandang pada cermin. Matanya terbuntang melihat perempuan hodoh yang sedang duduk di atas bahunya itu. Dia menoleh. Tidak nampak apa-apa. Dia melihat semula pada cermin. Perempuan hodoh itu sudah tiada. Zakuan menarik nafas panjang.
Share this novel