MAWAR
6
“SAKIT mak cik! Sakit!” Pekik lolong suaranya tidak diendahkan Puan Halida. Dia terus tanpa belas kasihan memukul tubuh kecil itu dengan paip gerah. Sakit sungguh hatinya kerana budak perempuan itu menyebabkan dia keguguran. Impian untuk memiliki cahaya mata tidak kesampaian.
“Sakit mak cik! Sakit!” Mawar memeluk kaki Puan Halida.
“Kau tahu tak, aku dah tunggu bertahun-tahun untuk ada anak. Kau musnahkan semuanya!” Puan Halida menolak tubuh kecil itu dengan kakinya.
Mawar sudah tidak terdaya untuk bergerak lagi. Puan Halida mencampakkan paip getah itu ke rumput. Dia membiarkan saja Mawar yang dalam kesakitan itu.
Hanya kesilapan yang tidak disengajakan, dia dituduh membunuh bayi dalam perut ibu saudaranya itu. Perempuan itu tergelincir di atas lantai yang masih basah.
Segala perbuatan Puan Halida harus dibalas balik. Mawar mencapai paip getah. Dia melibas paip getah itu pada tubuh anak perempuan Puan Halida.
“Mawar!”
Dengan satu jelingan tajam Puan Halida tidak mampu untuk bergerak. Mawar bagaikan dirasuk. Dia memukul tubuh kecil itu seperti yang pernah dirasainya dulu.
“Hahahaha!”
Darah mula melekat pada paip getah di tangan Mawar. Mawar semakin gila memukul sepupunya itu.
“Mawar!”
Pergelangan tangannya dicengkam oleh Zakuan. Budak perempuan itu sudah tidak bergerak lagi atas rumput di laman banglo itu.
Puan Halida meluru ke arah anak perempuan sebaik tubuhnya mampu bergerak semula. Dia mencapung tubuh anaknya itu. Syukur, anaknya itu masih bernafas.
“Kenapa abang suka halangn Mawar? Apa dah lupa macma mana mak cik pukul Mawar dulu?”
“Abang tahu. Tapi perlu ke Mawar jadi Zalim seperti mak cik dan pak cik!” Marah Zakuan.
Mawar mengetap bibir. Dia mula tidak berpuas hati dengan sikap Zakuan yang asyik
menyebelahi perempuan itu dan anaknya. Mawar perlu lakukan sesuatu. Zakuan perlu memihak pada dia.
Perubahan Mawar begitu ketara. Zakuan mula mengesyaki sesuatu. Tambahan pula Mawar begitu manja dengan Tuan Malek. Segala perintah Mawar Tuan Malek akan turuti tanpa bantahan.
“Abang tak suka perubahan Mawar ni! Kejam!” Zakuan melangkah keluar dari banglo. Zakuan tidak balik ke banglo malam itu. Mawar meradang. Safuan juga hilang bersama Zakuan.
MAWAR memintal-mintal hujung rambutnya. Jari telunjuknya menunjal kepala Puan Halida. Tuan Malek hanya melihat saja isterinya diperlakukan begitu oleh Mawar. Anak perempuannya terbaring lemah di katil.
“Melampau!” Puan Hlida melawan balik. Dia menampar muka Mawar.
Mawar menolak tubuh Puan Halida hingga wanita itu jatuh. Dia akan membereskan Puan Halida malam ini. Semak matanya melihat perempuan itu dengan anaknya. Tuan Malek memaut tubuh Puan Halida lalu mengikatnya pada kerusi.
“Kau memang anak saudara tak sedar diuntung!” Pekik Puan Halida.
“Pernah tak kau layan aku elok-elok? Tak pernah. Kau tuduh aku sebabkan kematian anak kau yang gigir dulu. Kau pukul aku. Kau tak pernah kasihankan aku. Siapa yang tak tahu diuntung jika bukan kau. Kau tu perlu sedar diri kerana menumpang harta aku dan abang-abang aku!”
Puan Halida meludah muka Mawar. Pnas hatinya bila di ludah begitu.
Mawar mengesat ludah Puan Halida dengan lengan bajunya. Dia menarik kotak berisi barang-barang jahitan. Dia mengeluarkan benang dan jarum.
“Mulut kau memang patut dijahit!”
Jarum itu mula mencucuk daging atas bibir Puan Halida. Tuan Malek mencengkam muka isterinya itu. Air mata mengalir dari mata Puan Halida. Kesakitan yang ditanggung tidak terperi lagi. Mawar terus menjahit mulut perempuan itu.
“Siap!”
Puan Halida tidak akan berbunyi lagi. Mulutnya sudah dijahit. Darah mengotori baju putih Puan Halida.
Mawar mencapai kayu golf milik Tuan Malek. Dia hulurkan kepada lelaki itu. Tuan Malek memukul kepala Puan Halida hingga kepala isterinya itu retak. Darah membuak-buak keluar. Tuan Malek sengih. Dia tidak sedar yang dia memukul perempuan yang kesayangannya. Puan Halida nyawa-nyawa ikan.
“Mama… mama…” Budak perempuan itu bangun memeluk tubuh ibunya.
Mawar menarik rambut budak perempuan itu.
“Kau juga akan ikut mama kau, Maya.”
Tubuh Puan Halida diletakkan pada bahu. Tuan Malek memabawanya ke dalam stor buruk di belakang banglo itu. Mawar menarik anak kecil itu yang masih lemah dan tidak terdaya. Dia menolak budak perempuan itu ke arah ibunya yang sudah terbaring di tanah. Tuan Malek menyembur minyak tanah pada tubuh Puan Halida anak perempuannya Maya.
“Ma… maaa…”
Budak perempuan itu memeluk ibunya erat. Tuan Malek memetik lighter miliknya. Puan Halida memandang sayu ke arah suaminya itu sebelum api menjalar tubuhnya.
Suara jeritan kesakitan Maya anak perempuan Tuan Malek sedikit pun tidak menyentuh hati Mawar. Hatinya benar-benar sudah kering.
“Tanam je mereka bila dah mampus!”
Tuan Malek terus memandang kedua-dua jasad yang dibakar apai itu. Riak mukanya berubah.
“Sayang! Maya!” Dia meluru keluar mencari air tetapi kedua-dua orang tersayangnya itu sudah terbujur kaku tidak bernyawa.
Tuan Malek memeluk kedua-dua tubuh kaku itu. Raungan sampai ke corong telinga Mawar. Mawar tersenyum.
“Kau memang kejam.” Lembaga itu berbisik ke corong telinga Mawar.
“Mereka yang buat aku menjadi kejam!”
Dia akan biarkan Tuan Malek hidup terseksa. Buka saja dikawal olehnya malah lelaki itu akan meratapi kehilangan orang-orang yang disayangi. Itu masih belum cukup melunaskan rasa benci dan dendam Mawar terhadap lelaki itu. Dia akan menyeksa Tuan Malek secara perlahan-lahan. Sampai masanya lelaki itu harus mati.
Mawar mengunci pintu bililknya. Dia sudah menyediakan patung yang dibuatnya sendiri. Patung itu ada kegunaannya. Bilik tidurnya sentiasa gelap tanpa cahaya. Dia sudah lama tidak menyingkap langsir agar cahaya menerangi. Dia sudah berputus asa dengan cahaya. Gelap sudah lama menemani hatinya.
“Abang… abang milik Mawar. Jangan salahkan Mawar.”
Mawar menggengam patung tersebut.
Share this novel