MAWAR
10 (AKHIR)
“KAU, kau dah bunuh dia Zakuan!” ujar Safuan panik apabila melihat tubuh gadis itu tidak lagi bergerak.
Tangan Zakuan menggeletar. Dia seakan melihat darah yang mencemari kedua-dua belah tangannya itu. Cahaya yang sudah tidak bernyawa itu didakap erat.
“Tidak! Aku tak bunuh dia. Bukan aku yang bunuh dia!” raung Zakuan.
“He… he… he… mati jugak perempuan ni.” Suara tawa di belakang mengejutkan kedua-dua lelaki itu.
Mawar muncul dengan rambut yang kusut masai. Segala yang dirancang mengikut aturannya.
“Kau… kau yang menjadi punca semua ini,” Tempik Zakuan sambil bingkas meluru ke arah adiknya itu. Kolar baju Mawar diragut kasar.
“Kau dah gila Mawar. Aku tak pernah ada sebarang hubungan sulit dengan kekasih Zakuan. Adik apa kau ni? Cemburu tak tentu hala. Aku tahu kau sukakan Zakuan. Kau tak boleh berkahwin dengan Zakuan. Dia abang kandung kau!” Rengus Safuan.
Sepatutnya dia menahan perasaan suka Mawar terhadap Zakuan itu. Mawar tidak boleh cintakan Zakuan. Salah.
“Aku tak dapat Abang Zakuan jadi perempuan tu pun tak boleh,” Ujar Mawar sambil tersengih. Dia memintal-mintal hujung rambutnya itu.
Tanpa sedar Zakuan melayangkan penampar pada muka Mawar. Pedih. Bucu bibirnya berdarah. Riak muka Mawar berubah.
“Pak cik!” Panggil Mawar.
Tuan Malek muncul dengan sebilah kapak. Lelaki itu merapati Mawar. Mawar yang melepaskan Tuan Malek dari bilik stor itu. Zakuan sudah tidak mengendahkan keadaan sekeliling.
Kepala Zakuan dihentak dengan hulu kapak hingga dia jatuh pengsan. Safuan tersentak. Mawar tertawa melihat Zakuan yang rebah dilantai.
“Pak cik pun dah gila!” pekik Safuan.
“Syyy… jangan bising,” ujar Mawar meletakkan jadi pada bibirnya.
Safuan mula bergelut dengan Tuan Malek. Mawar mengambil sebuah pasu bunga lalu menghentak kepala Safuan. Safuan rebah dengan kepala yang berdarah. Safuan tidak terdaya lagi. Tubuhnya terlalu lemah untuk melawan semula. Tuan Malek sudah mengayunkan kapak ke leher Safuan.
Kepalanya bergolek. Safuan putus nafas. Mawar hanya tersenyum kegembiraan. Dia bertepuk tangan melihat abangnya itu mati di tangan Tuan Malek.
“Orang yang buat bising dalam rumah ini dah mati,” Ujar Mawar, senang hati.
Tuan Malek merenung anak saudaranya itu. Dia menurut kata-kata kerana dirinya sudah di kawal oleh Mawar. Dia tidak mampu melawan setiap kehendak Mawar. Dia menjadi seorang pembunuh kerana Mawar.
“Mawar… kau tak nak akhirkan semua ini.” Lembaga hitam itu berbisik ke corong telinga Mawar. Dia mahu melihat lagi pertumpahan darah dalam banglo itu.
Mawar menggigit hujung kukunya. Lama matanya merenung wajah Tuan Malek. Tuan Malek masih tercegat berdiri. Dia seperti menanti arahan seterusnya dari Mawar.
“Pak cik… kalau Mawar nak pak cik bunuh diri, boleh tak?” Mawar memaut leher lelaki itu.
Tuan Malek mengangguk. Mawar ketawa. Dia memimpin tangan lelaki itu lalu masuk ke bilik yang penuh dengan rak-rak buku. Bilik bacaan Tuan Malek. Sepucuk pistol dikeluarkan dari sebuah laci. Mawar hulurkan pistol itu kepada Tuan Malek.
“Pak cik… pak cik kena tembak kepala pak cik sekarang,” ujar Mawar mendekatkan bibirnya pada telinga Tuan Malek.
Bunyi letupan pistol bergema. Darah memercik. Tuan Malek terkulai di kerusi. Mawar mengusap-usap wajah lelaki itu yang berlumuran darah.
Mawar ketawa berdekah-dekah. Bapa saudaranya itu sudah mati. Dia melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Sebuah beg bagasi di tarik lalu merapati gadis dicekik oleh Zakuan itu. Tangan gadis itu mula bergerak-gerak.
Mata Mawar terjegil besar.
“Hidup lagi perempuan ni!” Marah Mawar.
Matanya terarah pada bilah kapak yang berlumuran darah. Kapak itu digapai. Kapal diHayunkan pada tubuh gadis itu. Berulang-kali Mawar menetak tubuh Cahaya. Riwayat gadis itu perlu ditamatkan. Baru puas hatinya.
Mawar tersengih-sengih apabila melihat tubuh gadis dikerat beberapa bahagian. Dia meletakkan bahagian-bahagian yang sudah dikerat itu ke dalam beg bagasi itu. Kemudian dia menarik beg bagasi lalu disimpan di dalam bilik stor.
Mawar meletakkan jarinya pada hidung Zakuan. Zakuan masih bernafas. Kemudian Mawar menarik kaki Zakuan. Mawar mengheretnya hingga ke bilik bawah banglo itu. Dia meletakkan Zakuan di dalam sebuah bilik lalu menguncinya.
Mayat Safuan turut diheret masuk ke bilik stor. Mawar meletakkan kepala Sfuan di sebelah tubuhnya. Mawar membersihkan segala kotoran darah di dalam banglo itu. Kucing milik Safuan mengicau meminta susu seperti selalu. Mawar meletakkan susu beracun buat kucing kesayangan abangnya itu. Malam itu dia membuang bagasi yang berisi mayat Cahaya di tepi jalan.
MAWAR duduk di kerusi rehat. Bibirnya bergerak-gerak mengikut lagu yang dihafal. Beberapa hari dia duduk bersendirian di banglo tersebut. Suara jerit pekik Zakuan di bilik bawah tanah tidak diendahkan. Lama-kelamaan dia tidak lagi mendengar suara Zakuan. Mawar mengusap perutnya.
Sunyi. Itu yang dirasai oleh Mawar. Abang sulungnya Safuan sudah mati. Pak ciknya juga sudah mati. Zakuan? Abangnya yang dicintainya itu dikurung dalam bilik bawah tanpa makan dan minum. Mungkin abangnya itu juga sudah mati. Semmua penghuni banglo itu sudah mati. Hidupnya kosong.
Mawar bangkit. Dia masuk ke bilik tidurnya. Almari pakaiannya di buka. Gaun putih itu dicapai. Mawar mengenakan gaun putih dan berdandan cantik. Rambutnya dibiarkan terlepas panjang. Dia melangkah masuk ke bilik air. Pili tab air itu dibuka. Dia masuk ke dalam tab air. Pisau Gillette itu ditarik keluar dari kotaknya.
“He… he… he…” Dia ketawa sendiri.
Lembaga hitam di depan matanya hanya merenung tajam.
Dia memotong kedua-dua pergelangan tangannya. Wajahnya seakan tidak merasa kesakitan. Dia main galak ketawa melihat darah yang memancut bagaikan air paip itu. Suara tawanya semakin lama semakin perlahan hingga dia putus nafas. Matanya terbelalak dan darah masih menitik dari pergelangan tangannya. Mawar mati dalam keadaan yang tragik.
Mayat-mayat penghuni dalam banglo itu ditemui apabila jiran-jiran berdekatan tercium bau yang amat busuk. Banglo itu dirobohkan apabila tanahnya dibeli oleh seorang jutawan dan didirikan sebuah hostel yang pada mulanya untuk pekerja-pekerja di Genting Highlands.
Beberapa tahun kemudian.
LINA terpaksa pulang lewat ke hostel kerana perlu bekerja lebih masa. Rasa letih seluruh anggota badannya. Sebiji bola bergolek-golek ke arah Lina yang baru ingin membuka pintu bilik hostelnya. Lina membongkakkan tubuh mencapai bola terbabit.
Dia terkejut melihat budak perempuan yang muncul mendadak di depan matanya. Jantungnya berdengup pantas. Bola itu dihulurkan kepada budak perempuan terbabit. Budak perempuan itu tersenyum lalu berlari dan menembusi salah satu dinding berhampiran.
Lina segera membuka pintu. Dia terus melangkah masuk. Sebelum ini memang dia ada mendengar cerita berkenaan hostel ini. Ramai yang mengatakan hostel ini berhantu. Dia terpaksa tinggal di hostel keranan memikirkan kos pengangkutan yang menganggu perbelanjaan harian.
“Zai… kau kata balik kampung.”
Tersentak Lina melilhat teman sebiliknya yang sedang berdiri menghadap jendela itu. Hatinya mula berdetik tidak enak melihat Zai yang mengenakan gaun putih dan berambut mencecah pinggang itu. Setahu dia, rambut zai hanya paras bagu.
Lina tidak mahu berfikir yang bukan-bukan. Dia terus masuk ke bilik mandi membersihkan diri. Sebaik keluar dari bilik air, Zai tiada lagi berdiri di tingkap. Zai sudah berbaring di atas katil. Lina menyarung baju.
Keadaan Zai tidur amat pelik. Macam gaya tidur orang mati. Lina naik ke katil selepas menutup lampu. Dia menarik selimut hingga ke kepala. Baru seketika dia melelapkan mata, selimut sudah melurut ke kaki. Lina bangkit.
“Zai… jangan main-mainlah.” Marah Lina. Dia menarik semula selimutnya.
Lina memenjam matanya semula. Lina mula merasai ada titisan seperti air mengenai mukanya. Bau hanyir dan busuk. Lina membuka matanya semula. Dia meraba-raba muka. Cecair berwarna merah meletak pada jemari Lina. Darah.
Lina mendongak kepala. Matanya terbelalak melihat ‘Zai’ yang berwajah pucat biru itu tersenyum memandangnya. Kedua belah tangan didepangkan pada muka Lina. Darah kelihatan menitik-nitik dari luka di pergelangan ‘Zai’. Yang pasti perempuan itu bukan Zai.
Argghhhhhhhhhhhhhhh!
Gangguan-gangguan yang diterima oleh penghuni hostel itu menyebabkan hostel itu terpaksa ditutup meskipun baru dibuka. Tanda larangan diletakkan pada pintu pagar hostel tersebut. Jelmaan Mawar masih menghantui kawasan itu.
Tamat
Untuk mengetahui kisah lanjut 'MAWAR' boleh dapatkan novel HOSTEL di
Share this novel