MAWAR
5
MAWAR yang lembut tingkah-lakunya semakin menggerunkan. Dia bagaikan ‘ketua’ baru dalam rumah itu. Tuan Malek pula asyik mengikut kata-kata gadis itu. Puan Halida dan anak perempuannya menjadi tempat Mawar melepaskan kemarahan.
Mawar mengunci anak beranak itu di dalam bilik sempit yang dijadikan bilik stor. Puas hatinya melihat perempuan itu bertempik meminta tolong. Dia hanya ketawa. Puan Halida mahu mengadu pada siapa lagi. Tuan Malek hanya mendengar kata-katanya. Puan Halida sudah tidak berguna lagi pada suaminya itu. Malahan orang gaji di dalam banglo itu juga dipecat oleh Mawar.
“Mawar…” Zakuan menegur. Dia cuba merampas kunci dari tnagan Mawar tapi pantas Mawar menyimpan kunci itu di dalam kocek seluarnya.
“Biar mereka rasa apa yang kita rasa. Itu belum cukup buat mereka. Mawar nak mereka jadi gila. Hehehe…” Mawar melintasi Zakuan dan Safuan setelah habis berbicara.
Zakuan dan Safuan tidak menyenangi perubahan Mawar. Safuan mendukung kucing kesayangannya. Bulu kucing itu meremang. Matanya membulat besar bagaikan melihat sesuatu yang menakutkan.
Zakuan tidak boleh membiarkan Mawar berterusan begitu. Dia perlu menyekat Mawr dari bertindak lebih agresif. Apa yang sudah merasuk adik kesayangannya itu?
“Aku akan dapatkan kunci dari Mawar. Kau tunggu di sini.”
“Okey.”
MAWAR menceroboh masuk ek dalam bilik tidur Tuan Malek dan Puan Halida. Dia emncebik melihat alat-alat solek milik perempuan itu. Tangannya mencapai salah satu gincu di situ. Dia memandang ke cermin solek. Gincu merah dicalit pada bibirnya berulang kali sehingga warnanya keluar dari bibir. Mawar mula mengusik alat solek milik Puan Halida yang lain. Dia tidak pernah mengenakan sebarang solekan pada wajahnya. Mawar menyapu lagi gingu pada bibir. Dia terus menenyeh sehingga gincu itu patah. Dia bangkit lalu menuju ke arah almari di dalam bilik tersebut.
Sepasang gaun berwarna putih disarungkan pada tubuhnya. Warna putih. Suci. Warna kegemaran Mawar. Mawar membuka langkah tarian. Sayang dia tiada pasangan untuk menjadikan tarian itu lebih sempurna. Dia masih menanti puteranya itu
“Mawar…” Wajah Zakuan terpacul di muka pintu. Mawar semakin berani. Zakuan benar-benar tidak menyukai Mawar yang sekarang.
“Cantik tak Mawar?”
Zakuan merentap lengan Mawar. Kasar.
“Sakitlah!” Tempelak Mawar.
“Maaf…”
Zakuan pantas melepaskan cengkaman pada lengan Mawar. Mawar senyum. Dia letakkan kedua belah tangannya pada bahu Zakuan. Zakuan menepis. Dia menarik tisu di meja cermin solek. Dengan penuh berhati-hati dia mengesat gincu pada mulut Mawar.
Kemudian, Zakuan menadah telapak tangannya. Mawar tahu Zakuan mahukan kunci bilik stor tersebut tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham.
“Abang… cantik tak gaun putih ni? Abang tahu Mawar suka warna putih.”
“Mawar tak perlu buat-buat tak tahu. Berikan abang kunci bilik stor tu.”
Mawar ketap bibir. Mengapa Zakuan masih mengambil berat akan ibu saudara mereka itu. Zakuan sudah lupa apa yang perempuan itu buat pada mereka.
Biarkan mereka tidur dalam bilik stor itu.”
“Mawar, jangan sampai abang berkasar dengan Mawar.”
Mawar mengalah. Kunci diserahkan kepada Zakuan. Zakuan beredar. Mawar menghentak-hentakkan kaki ke lantai.
“Kenapa kau buat dia tunduk pada kau?”
Lembaga itu muncul di muka cermin.
“Tak perlu. Aku tahu apa yang akan aku buat nanti.”
TUAN MALEK pulang dengan wajah kepenatan. Mawar sedang duduk bersilang kaki sambil meneguk air minumannya. Mawar memberikan isyarat jari telunjuk agar Tuan Malek datang kepadanya. Lelaki itu menurut.
“Melutut pada aku!” Arah Mawar.
Tuan Malek melutut. Mawar meletakkan jari telunjuknya pada bawah dagu Tuan Mawar. Mawar menampar muka Tuan Malek. Tuan Malek hanya dia dan tersenyum. Mawar menampar lagi wajah lelaki itu. Reaksi bapa saudaranya tetap sama. Tersenyum tanpa melawan.
“Cium kaki aku!”
Tuan Malek menurut. Mawar ketawa. Puan Halida yang melihat perbuatan Mawar itu tidak mampu menahan sebak di hati. Dia percaya suaminya telah diguna-gunakan oleh Mawar. Tuan Malek hanya mendengar kata Mawar.
Mawar mengeluarkan botol kecil dari kocek seluarnya. Dia sapukan cecair di dalam botol pada jari telunjuknya. Puan Halida memerhati dalam diam. Dia melihat Mawar mencalit cecair itu pada leher suaminya.
“Celaka! Kau memang celaka Mawar. Sanggup kau calit benda tu pada suami aku.” Hati Puan Halida berbisik.
Mawar sememanganya tahu Puan Halida mengintai perilakunya. Dia sengaja membiarkan perempuan itu melihat apa yang dibuat pada suaminya.
“Kau nampak apa yang aku buat kan?”
Tiba-tiba Mawar muncul di belakang Puan Halida. Puan Halida memusingkan tubuhnya. Mulutnya ternganga luas. Dia menoleh ke arah Mawar yang duduk di sofa itu. Mawar masih berada di situ. Siapa ‘Mawar’ di belakang itu?
Puan Halida terpacak tanpa suara yang keluar dari mulutnya. ‘Mawar’ merapati. Dia menjilat telinga Puan Halida. Tawanya terkekeh-kekeh itu meremangkan bulu roma Puan Halida.
“Hehehe…”
Nafas Puan Halida turun naik. Ketakutan mencengkam tubuh Puan Halida. Ternyata ada benda tidak baik berada dalam banglo ini. Semuanya kerja Mawar.
Share this novel