MAWAR
2
“SIALAN!” Tuan Malek memaki hamun. Dia mengalami kerugian besar dalam projek yang dilakukan baru-baru ini. Segala fail bertaburan atas lantai. Tuan Malek menghenyak punggung pada kerusinya.
Kalau bukan kerana harta tiga anak sudaranya itu, dia tidak akan memiliki kekayaan seperti sekarang. Dia cukup berhati-hati menjalankan perniagaan. Harta yang dikumpul masih belum mencukupi. Dia masih belum boleh bersenang hati. Harta-harta itu akan jatuh kepada Zakuan apabila anak saudaranya itu cukup berusia 25 tahun. Itu syarat yang termaktub dalam wasiat.
Tuan Malek perlu memikirkan caranya. Cara agar Zakuan itu mengalami masalah mental seperti dua adiknya Mawar dan Safuan. Dia akan terus menguruskan harta itu sebagai penjaga mereka. Bibirnya melirik senyuman. Dia memang sengaja menyeksa ketiga beradik itu agar menjadi gila.
Telefon pintarnya bergegar di dada meja. Pantas dicapai. Tuan Malek melekapkan telefon pada telinga.
“Helo…”
“Helo sayang…” Gemeresik suara perempuan di dalam talilan. Yang nyata suara itu bukan milik Puan Halida.
“Ada apa you call I ni?”
“Garangnya you. I nak ajak lunch dengan I lah. Lepas tu temankan I shopping. You dah you janji you semalam?”
“Oh, I terlupa. I pick up you di rumah you.”
“Okey. Jangan lama-lama tau.”
Talian dimatikan.
Tuan Malek menarik kot dari kerusi eksklusifnya. Dia tidak betah duduk di pejabat lagi. Dia tidak dapat menupukan perhatian pada kerja-kerjanya. Lebih baik dia bersenang-senang dengan kekasih gelapnya itu. Wang berkepok dalam kocek, perempuan mana yang tidak tergila-gilakan lelaki sepertinya. Tambah pula dia masih punya rupa paras yang kacak.
Keindahan dunia sentiasa membutakan mata manusia seperti Tuan Malek. Nikmat. Nikmat di dunia yang hanya sementara.
MAWAR meramas-ramas tangannya. Kenapa semuanya tak menjadi. Dia sudah mengikut segala ajaran dalam buku-buku yang dibacanya itu. Mawar bingung. Dia mundar-mandir memikirkan cara. Dia gemar duduk sendirian di hutan belakang banglo mewah itu. Di situ dia akan bersendirian tanpa gangguan. Mawar menarik satu lagi nota mentera yang ditulis. Dia menarik nafas panjang.
Mawar menghafal segala bait ayat yang dicatit ke dalam bukunya. Dia duduk seperti orang yang bertakafur. Matanya dipenjam rapat. Dia terus membaca sehingga ayat-ayat itu mampu dihafalnya. Mawar mula menyeru. Menyeru makhluk yang tidak sepatutnya diseru. Angin menyapa tubuh Mawar. Daun-daun kering berguguran. Rambut panjangnya melayang-layang diitup angin. Mawar membuka matanya. Warna matanya berubah. Merah seperti saga. Senyuman sinis terukir di hujung bibir mungilnya.
Lembaga hitam muncul di belakang Mawar. Lembaga itu merapati Mawar. Bunyi menderamnya tidak menggetarkan hati Mawar. Mawar masih diam tidak berkutik.
“Kau panggil aku?”
“Aku… aku ingin adakan perjanjian dengan kau.” Suara Mawar sedikit menggeletar.
“Hehehehe… perjanjian dengan aku?”
Lembaga itu ketawa terkekeh-kekeh.
“Aku… aku… aku mahu kau tolong aku.” Hatinya sudah tidak mampu membendung perasaan benci dan dendam itu lagi. Cukup rintihan batin yang dirasai.
“Kau nak meminta pertolongan dari aku.”
“Kau tak mampu nak bantu aku?”
Lembaga itu ketawa lagi. Dia muncul di depan mata Mawar.
“Kau yang meminta. Jadi aku akan memberi. Kau berikan seluruh jiwa dan raga kau pada aku. Jangan kau cuba khianati aku.”
Mawar mengangguk.
“Katakan permintaan kau pada aku?”
Mawar sudah mengikat perjanjian dengan iblis. Asap hitam menyelubungi tubuh Mawar. Seketika kemudian, keadaan menjadi reda. Sekelilingnya sudah menjadi gelap. Siang sudah bertukar malam. Mawar memungut nota-nota lalu dikoyakkan menjadi helaian kecil. Dia sudah dapat apa yang dia ingini.
“Mawar!” Suara Tuan Malek memecah keheningan malam.
Mawar bergegas keluar dari hutan di belakang banglo. Dia masuk mengikut pintu belakang banglo itu. Namun, kali ini dia berjaya ditangkap oleh Tuan Malek.
“Kau dari mana?” Soal Tuan Malek kasar.
Mawar menutup hdung. Tidak tahan dengan bau arak dari tubuh Tuan Malek. Lelaki itu mabuk.
“Saya jumpa kawan.”
“Balik jumpa kawan masuk ikut pintu belakang. Kau ingat kamu boleh tipu aku!”
Tuan Malek menarik rambut Mawar. Mawar menyeringai garang. Tanpa belas kepala Mawar dihantuk pada dinding. Mawar mengaduh kesakitan. Kepalanya pening. Tuan Malek menanggalkan tali pinggang.
“Kau harus dihukum!”
Mawar merenung Tuan Malek dengan pandangan benci. Tuan Malek menyepak perut Mawar. Kemudian tubuh itu dibelasah dengan tali pinggangnya. Mawar tidak berbunyi. Tiada suara keluar dari mulutnya.
“Pak cik!” Zakuan yang baru pulang berteriak melihat Mawar dipukul oleh Tuan Malek. Dia meluru ke arah lelaki itu. Tubuh Tuan Malek dipeluk agar Tuan Malek tidak terus memukul Mawar.
Tuan Malek melepaskan diri dari pelukan Zakuan. Dia tidak lagi memukul Mawar sebaliknya dia memijak anak tangga masuk ke bilik.
Zakuan memaut tubuh Mawar untuk bangun. Dia memimpin Mawar masuk ke bilik. Sakit hatinya melihat Mawar dicederakan oleh Tuan Malek. Zakuan menyapukan ubat pada luka di kepala Mawar.
“Pak cik hanya melayan kita baik bila di depan orang. Belakang dia kulikan kita dan layan kita macam sampah.” gumam Mawar.
“Dia saja saudara yang kita ada. Dia yang besarkan kita.”
“Dia hanya nak harta yang ada pada kita. Dia tak sayangkan kita. Mak cik pun sama.”
Zakuan tidak menafikan apa yang keluar dari bibir Mawar itu. Semua benar belaka. Dari kecil segala pergerakkan mereka diawasi. Malah mereka pernah dikurung dalam rumah tanpa diizinkan keluar.
Tuan Malek mengawal hidup mereka. Mereka juga dilayan seperti orang sakit jiwa. Diberikan ubat bila tiba masanya.
“Kenapa kita tak lari dari sini?” Mawar memaut lengan Zakuan.
Zakuan tidak menjawab. Dia melangkah keluar dari bilik Mawar. Mawar mengebam bibir.
Lembaga itu muncul di belakang Mawar. Sengihan lembaga itu mengerikan. Dia akan terus menghasut hati gadis itu. Gadis itu yang rela hati datang kepada dia.
Share this novel