PART 8

Crime Completed 4349

MAWAR
8

KELAKUAN Zakuan berubah sekelip mata. Dari seorang yang ramah dan sopan santun dia menjadi panas baran. Pantang ada silap dia mula meradang. Cahaya menjadi mangsa kemarahan Zakuan. Cahaya akan mengadu masalahnya kepada Safuan. Dia sering bertanya punca kedinginan sikap Zakuan. Sudahlah orang tuanya melarang keras perhubungan dia dengan Zakuan. Ada masanya Cahaya menjadi buntu.
Dia ingin cuba meninggalkan Zakuan dan melupakan lelaki itu tetapi dia tidak berdaya berbuat demikian. Cintanya pada Zakuan sungguh mendalam. Apa yang Cahaya harapkan hubungannya dengan Zakuan akan pulih seperti sediakala. Dia tidak peduli tentang latar belakang Zakuan.

“Saya tunggu awak, Safuan.”

“Saya cuba. Jika saya tak campai dalam masa sejam tanda saya tak dapat jumpa awak.” Ujar Safuan. Dia tidak berani untuk berjanji.

“Baiklah.”

Perbualan antara mereka tamat. Safuan segera menyarung baju ke tubuh.

Tuan Malek bersandar pada sofa menekan rancangan televisyen berulang kali. Sesekali dia terbatuk-batuk sambil memengang dadanya. Ruang sekeliling mata jelas sebam. Bapa saudaranya seperti orang yang tidak tidur saban malam. Safuan berhati-hati menuruni anak tangga. Dia tidak mahu dirinya dilihat oleh Tuan Malek.

Sebaik tangannya mencapai tombol pintu, dia membuka perlahan-lahan. Safuan menarik nafas lega sebaik melangkah keluar. Sebatang tangan menangkap bahunyad ari belakang. Safuan menoleh. Orang yang menangkap bahunya itu bukan Tuan Malek tetapi Zakuan.

“Kau nak ke mana?” Nada Zakuan berbaur garang. Air mukanya bengis.

Safuan menelan liur. Jika dia memberitahu Zakuan yang dia mahu menemui Cahaya sudah tentu Zakuan akan mengamuk.

“Jumpa kawan.”

“Kawan ke… Cahaya?”

Tajam pandangan mata Zakuan. Zakuan tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia melayangkan buku lima ke muka Safuan. Safuan meraba-raba pipinya. Dia langsung tidak sempat mengelak.

“Kau fikir aku tak tahu kau curi-curi berjumpa dengan Cahaya. Mawar beritahu aku!”

“Kau percaya sangat sangat cakap Mawar. Sekarang dia dah kawal kau pulak.” Apalah yang Mawar buat pada Zakuan. Zakuan sudah mula mempercayai setiap kata yang keluar dari mulut Mawar.

“Tak payah kau nak berdolak-dalih dengan akulah. Kau nak jumpa Cahayakan!” Zakuan mencengkam leher baju Safuan.

“Kalau aku jumpa Cahaya pun sebab kau. Kau buat Cahaya sedih. Aku tidak ada niat nak rampas Cahaya dari kau!” Safuan bertentang mata dengan Zakuan.

“Perempuan sial. Berani dia bermain kayu tiga di belakang aku!” Rengus Zakuan.

Zakuan bergelut dengan Safuan Mawar yang memerhati di jendela tersenyum manis. Dia memang mahu Zakuan bergaduh dengan Safuan. Dia yang melaga-lagakan kedua abangnya. Dia yang hasut pemukuran Zakuan agar Zakuan sering berburuk sangka pada Safuan dan Cahaya.

SUARA tangisan Tuan Malek sayup-sayup. Dia sungguh terseksa. Gambar isteri dan anak perempuannya itu dipeluk erat. Luarannya dia dikawal tetapi dalamnya dia merintih. Kesalnya bertimpa-timpa. Yang berlaku sudah berlaku.
Dia tidak faham mengapa dia hanya mengikut segala kata-kata yang diarahkan oleh Mawar. Langsung tidak membantah. Dia jadi lemah bila berdepan dengan Mawar. Tuan Malek berkurung di bilik bacaannya itu.

“Pak cik sedih ke?” Mawar muncul di muka pintu.

“Apa kau dah buat pada aku?”

Mawar ketawa.

“Kenapa pak cik soal diri pak cik pula. Apa yang pak cik buat pada aku!” Mawar menjegilkan matanya.

“Kau nak balas dendam?”

“Dendam? Ya. Aku memang membalas dendam. Kau rasa aku keji tak? Tapi kau yang keji.” Mawar menghampiri Tuan Malek. Dia mencekak rahang muka lelaki itu. Tuan malek tidak akan berani mengapa-apakan diri. Lelaki itu berada dalam kawalannya.

Air mata Tuan Malek mengalir.

“Kasihan.” Mawar menyapu air mata lelaki itu.

“Cukuplah Mawar! Kau dah dapat apa kau nak. Kau dah ambil nyawa isteri dan anak aku!”

“Cukup? Belum cukup lagi pak cik. Ini… yang dalam perut ini anak siapa? Darah daging pak cik bukan?” Tempelak Mawar. Dia mengusap-usap perutnya. Janin dalam perut akan membesar mengikut bulan. Dia tidak sabar menunggu masa itu.

Mawa mengusap-usap muka Tuan Malek yang sudah tidak terurus itu. Rambut-rambut liar sudah bercambah pada muka Tuan Malek. Rambut Tuan Malek yang sentiasa kemas itu juga sudah semakin mencecah ke bahu.

Mawar mengeluarkan pisau yang terselit pada pinggang seluar jean yang di pakai. Bilah pisau itu dihalakan pada leher Tuan Malek.

“Ambillah nyawa aku jika itu mampu melunaskan dendam kau.”

“Hehehe…”

Bilah pisau itu hanya melukai sedikit pada leher lelaki itu. Darah meleleh perlahan. Maawar menjilaT darah yang mengotori bilah pisau terbabit. Kemudian dia meludah ke lantai.
“Pak cik… aku belum puas mahu melihat pak cik terseksa.

Belum cukup lagi. Masa itu akan tiba. Pak cik tak perlu bimbang kerana nyawa pak cik akan menjadi milik aku.” Mawar melangkah keluar.

Tuan Malek meraung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience