Bab 13

Family Series 1774

Richo tersedar dari pengsan. Hari sudah malam dan keadaan sekeliling juga gelita.

Dia kat mana sekarang?

"Tolong aku! Tolong!! "

Teriakan Richo memecah keheningan malam.

Tap!
Suis lampu dibuka dan keadaan menjadi terang.

"Suka surprise aku? " kata seseorang dengan sinis.

"What have you done Ardi? Lepaskan aku! Meera mana? " kata Richo.

"Well, dia selamat. Selamat bernikah dengan seseorang. Kau nak tahu siapa? " tanya Ardi selamba.

"Kau nak apa hah? Bukan kita sahabat? Sepatutnya kau sokong aku kahwin dengan Meera. Bukan malah culik aku macam nie! " kata Richo agak tertekan.

"Kita takkan pernah bersahabat Richo. Kalau aku tak dapat Meera, Engkau pun tak dapat dia. Jadi fair and square kan?

"Engkau memang dah gila Ardi. Meera kahwin dengan siapa semalam? Jawab soalan aku Ardi! "tekan Richo.

"Nicho Andreas. Abang kau sendiri. Hebat kan permainan kami? "

"Kau memang tak guna. Lepaskan aku! Biar aku belasah kau. Cousin tak guna! " teriak Richo.

"I don't need to give you a damn man. I gotta go.. see you! "kata Ardi dan beredar.

Richo mengetap bibir. Ardi memang sudah melampau. Pasal Nicho, bila masa abangnya itu balik dari U. S. Tahu-tahu sudah kahwin. Kahwin pulak dengan pujaan hatinya.

Hati Richo hancur luluh. Impian untuk memiliki perempuan kesayangan hancur berkecai. Seperti batu yang dipukul dengan pahat.

Tak ape.. ku tunggu jandamu gitu. Ya tak para pembaca sekalian..

Richo melihat sekeliling. Tali yang digunakan untuk mengikatnya ternyata longgar.

Ceh! Banyak drama punya Ardi. Dengan senang, Richo melepaskan tali ikatan pada tangan dan kakinya. Sekarang dia terpaksa cari jalan keluar dari hutan itu. Sudah la lapar, cuaca gelap kat luar. Nak tak nak, Richo mencari dapur.

Eh, makanan sudah terhidang atas meja.Kerana lapar, Richo santap dengan berselera. Lantak la makanan hantu ke apa.. Yang penting kenyang.

######

Ardi pulang ke Villa selepas semalaman menghilang. Dia berpapasan dengan Meera dan Nicho yang bergandingan menuju ke meja makan.

Meera memaparkan riak wajah biasa.

"Wow, congratulations on your weeding Bro! " ucap Ardi pada Nicho.

"Yeah, so much thanks to you" kata Nicho sambil kenyit mata pada Ardi. Isyarat yang hanya difahami oleh mereka sahaja.

hahaha... mereka berdua tertawa bersama. Hanya Meera yang masih terkebil-kebil.

"Come sayang. Sit beside me"Kata Nicho. Meera menurut sahaja. Tak lama kemudian, Puan Gina menyertai mereka. Bersarapan bersama dan kemudian menguruskan hal masing-masing.

Nicho menghantar Meera sampai kolej.
"Pulang nanti roger okay. Saya jemput"kata Nicho. Meera angguk.

"saya ada urusan selepas ini. See you soon baby" Kata Nicho romantis. Dahi Meera dikucup lembut. Meera pula jadi malu-malu kucing.

"Saya pergi dulu.. bye" kata Meera cepat-cepat ingin berlalu.

Nicho menghantar pemergian Meera yang kelihatan tergesa-gesa dengan pandangan. Pandangannya bertukar dingin dan serius. Kereta dipandu menuju ke sebuah hutan. Destinasi pertemuan dengan si adik yang dirindui. Eh, ya ke?

Hero ada dua la.. tapi hanya hero sejati yang bakal menang.. best man win..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience