Bab 10

Family Series 1774

Hubungan Meera dan Dessi sudah beransur membaik sejak kejadian luahan perasaan penuh emosi dari Dessi. Meera memaafkan kesalahan kakaknya dengan setulus hati. Dan, Meera juga membongkar kenyataan bahawa Dessi adalah kakak kandungnya walaupun berlainan ibu.

Flashback

Meera terjumpa catatan diari ibunya, Jenny, yang tersimpan di dalam bilik arwah ibunya.
Ayah Meera,Sean, ternyata sudah lama bercinta dengan ibu Dessi iaitu Puan Hammi. Hubungan mereka pada mulanya hanya sekadar pekerja dan majikan. Kerana terlalu mengikut hawa nafsu, mereka tenggelam dalam dunia maksiat. Puan Hammi ternyata dulu adalah seorang wanita yang baik dan berbudi bahasa.

Puan Hammi akhirnya hamil luar nikah hasil hubungan sulit mereka. Ayah Meera kemudiannya mengahwini Puan Jenny iaitu ibu Meera. Hammi meminta agar ayah Meera bertanggungjawab namun dia menolak. Alasannya adalah Hammi perempuan murahan yang tiada asal usul.

Jenny tiada perasaan pada ayah Meera. Hubungan mereka hanyalah sebatas perkahwinan atas kertas dan sekadar untuk kembangkan bisnes. Lama-lama cinta mula berputik antara mereka. Namun, Jenny mengalami masalah kesuburan dan peratusan untuk hamil adalah sedikit.

Jadi, mereka meminta pertolongan kepada Hammi yang pada masa itu masih bekerja dengan suaminya supaya menjadi ibu tumpang buat anak mereka. Jenny memberikan sejumlah wang kepada Hammi supaya bersetuju.

Hammi dan anaknya Dessi pun tinggal di rumah yang sama dengan Jenny dan suaminya. Setelah melalui pelbagai prosedur, akhirnya, Hammi pun hamil anak Jenny dan suaminya. Hammi dilayan seperti permaisuri. Dan, paling gembira adalah Jenny.

Tanpa pengetahuan Jenny, suaminya selalu tidur bersama Hammi. Hubungan gelap mereka berterusan tanpa diketahui Jenny. Padahal, Jenny tahu semuanya dari awal lagi. Jenny menderita kanser servik. Jadi, dia tidak bisa menghalang suaminya meniduri Hammi. Dia faham batin suaminya terseksa.

Kelahiran Meera adalah moment paling bahagia bagi Jenny. Walaupun bukan terlahir dari rahimnya, dia akhirnya bisa tersenyum melihat warisnya.

Kansernya semakin merebak dan Jenny semakin kurus dan cengkung. Akibat kerap melakukan kemoterapi, rambutnya gugur. Jenny hembus nafas terakhir dengan senyuman. Tak lupa, dia menitipkan Meera supaya diasuh dan dijaga sebaiknya oleh suaminya. Dia juga meminta suaminya menikahi Puan Hammi.

End Flashback..

kita buat flasback je.. mood tengah swing.. dengan morning sickness tak habis lagi.. so, happy reading.. jgn lupa komen tau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience