Bab 6

Family Series 1774

Meera berjalan tanpa henti. Rasa sakit hatinya melebihi segalanya. Dia hanya mampu memaki dirinya sendiri kerana begitu cuai menjaga hatinya sendiri.

Tak sangka, hujan turun dengan lebatnya. Membasahi tubuh Meera yang hanya berdiri di tepi jalan. Meera berhenti sambil menikmati setiap titisan air hujan yang menimpanya. Serupa dengan kisah hidupnya yang penuh kesedihan. Meera terus berjalan dan sampai di tepi jambatan. Hujan masih belum reda dan Meera hanya berdiri mematung di tepi jambatan. Mendongak ke bawah melihat arus sungai yang begitu deras.

Di bawah sedar, Meera memanjat pagar tepi jambatan dan memejamkan mata. Berharap agar dia segera mati dan penderitaannya berakhir. Ya, membunuh diri adalah berdosa. Meera ingat itu. Tapi, bisikan syaitan menyuruhnya melompat supaya dia tidak bersedih lagi.
Dalam benaknya, 1 2 3...lompat...

Meera ingat dia sudah mati. Eh, kenapa macam jatuh atas tilam? Bukan tadi dia melompat dari jambatan?

"Hoi, cepatlah bangun. Tunggu apa lagi? Terhegeh-hegeh"Sapa satu suara asing.

Dalam kepekatan malam, Meera ternampak muka si Hero dalam kelam. Sipi-sipi je. Handsome do. Kalah si Ardi.

"Hero? " kata Meera terus pengsan macam tu saja.

Ancho menggeleng. "Duh, dia ni, buat-buat pengsan pula. Tau la muka kita handsome, tak payah la sekali pandang terus pengsan. Ini tak lain tak bukan mesti nak minta dukung. Nasib sayang" katanya.

Richo Anchovies pun mendukung Meera dengan penuh perasaan cinta yang terpendam. Aih, kalau diciumnya Meera masa pengsan ni, agak-agak Meera sedar tak?

Richo meletakkan Meera penuh cermat di dalam kereta. Semasa nak pasang seat belt, kepala Meera terlentok dan tanpa sedar, Meera tercium pipi Richo.

Richo tersenyum angau bila bibir lembut Meera mencecah kulit pipinya. Kepala Meera didongak dan Richo melumatkan ciuman penuh kehangatan di bibir seksi Meera. Meera nampaknya masih pengsan. Lama betul pengsan. Richo berhenti bila tiada tindak balas dari Meera. Dia ketuk kepala sendiri. Bodohnya.. yang kau pergi cium orang pengsan tu buat apa Richo.. Buat malu aje..

Richo memecut memandu sampai ke rumah neneknya Puan Gina.

Meera yang masih pengsan diangkat cermat dan didukung masuk. Hajatnya mahu bawa buah hati terus masuk bilik. Alih-alih, Puan Gina bersedia memegang rotan di depan pintu biliknya.

"Nak pergi mana tu? Bawa anak orang masuk bilik? Hell no.. Kahwin dulu" kata Puan Gina sambil melibas rotan di punggung Richo.

"Aduh, nenek ni, tak sporting. Ni, Richo taruh bilik Richo je dulu sampai dia sedar. Nanti, Richo tidur bilik lain la" kata Richo beri alasan.

"Betul ni? Tak tipu nenek? " kata Puan Gina menguji cucunya.

"Iya betul. Sila ke tepi wahai nenek tersayang. Richo nak bawa bakal menantu masuk beradu" kata Richo lembut menghalau neneknya.

Lagi-lagi Puan Gina merotan punggung Richo.

"Kamu ni kan, ada saja alasan. Cepat bawa masuk..Biar nenek ganti pakaiannya. Kamu tu, pergi bilik tetamu ambilkan pakaian ganti. Apa nak jadi dengan kamu" kata Puan Gina membebel.

Richo hanya tersengih dan meletakkan Meera atas tilam.

"Kamu, cepat tukar pakaian basah kamu. Atau kamu nak nenek tukarkan? " kata Puan Gina bila melihat Richo hanya berdiri merenung Meera yang lagi pengsan.

Lama betul pengsan. Entah mati atau sedang pengsan. Hanya Meera yang tahu.

Sebaik sahaja Richo beredar, Meera mencelikkan mata. Terpampang wajah puan Gina sedang merenungnya tajam.

"Hebat lakonan kau kan? "perlinya pada Meera.

Gulp.. Meera telan air liur.

Melihat ada ketakutan di mata Meera, puan Gina melebarkan senyuman semanis gula..

"Selamat kembali cucuku Meera" katanya. Puan Gina memeluk Meera erat.

Banyak persoalan bermain di mindanya.

Pelukan nenek dibalas. Pertemuan begitu syahdu. Puan Gina melepaskan pelukan.

"Mulai hari ini, Meera tinggal di sini. Nenek akan jaga Meera. Ada dua lagi cucu nenek tinggal di sini"Kata Nenek.

"Seganlah nek. Meera hanya orang luar" kata Meera.

"Salah Meera.. Kamu adala cucu sah nenek" kata Puan Gina.

"Buat apa tu Richo? Nak masuk, masuk je lah" kata Puan Gina bila melihat Richo yang bersembunyi di tepi pintu.

Meera berpaling dan terpandang Richo yang tersengih-sengih.

"Kau! "jerit Meera.

"Ehem, pengurus buat apa di sini? " tanya Meera tergagap-gagap. Bukan dia tidak pernah bertemu pengurus kolej yang merangkap pensyarahnya itu. Tapi, aura lelaki itu amat lain bila di kolej.

"Kenapa Meera? Richo ada kacau kamu ke? "tanya Puan Gina cemas melihat ekspresi dua ketul di depannya.

"Tak nek.. Ni, pengurus merangkap pensyarah Meera dekat kolej. Tak sangka terjumpa di sini" Kata Meera.

"Oo.. patutlah.. kamu terkejut macam nampak hantu. Handsome tak? Cucu nenek ni? " tanya Puan Gina mengusik.

Meera tunduk malu..

Bunga-bunga cinta mulai berputik.. Apa perasaan ardi bila lihat Meera tinggal di rumah Puan Gina? Berlaku persaingan yang sengit dalam merebut cinta Meera. Best Men Win..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience