Bab 2

Family Series 1774

Tak terasa hari berlalu, Meera masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tidak ada seorang pun yang menemaninya ataupun melawatnya. Walau sudah dikhabarkan kepada Puan Hammi dan Dessi. Ahli keluarga Meera seolah-olah tidak peduli hidup mati Meera.

Puan Hammi sebenarnya adalah seorang ibu tumpang bagi pasangan Sean dan Jenny. Kerana Jenny tidak boleh melahirkan anak, mereka meminta bantuan dari Hammi untuk menjadi ibu tumpang buat mereka. Puan Hammi yang merupakan ibu tunggal langsung bersetuju atas tawaran Sean dan Jenny.

Jenny telah meninggal dunia akibat kanser servik. Dan Hammi memanfaatkan peluang itu untuk menggoda Sean sehingga mengahwininya.

Semasa Sean di rumah, Hammi akan malayan Meera dengan baik. Tetapi, selepas kematian Sean akibat nahas kapal terbang, Meera diperlakukan seperti hamba abdi.

Seseorang itu memerhati Meera dari dinding kaca. Ya, dialah si Hero tak bernama. Dia yang membawa Meera ke hospital selepas hubungi rakannya yang bertugas di hospital.

"Ehem.. Ehem" Deheman seseorang menghentikan lamunan.

"Jangan tenung anak dara orang lama-lama. Nanti terfikir hal lain" katanya pada rakannya.

"Pity her" sahutnya.

"Kalau simpati, tunjuk rasa simpati. Ini tak, kau renung dia macam nak tembus dinding"

"Dia sedikit istimewa"

"Istimewa apanya? "

"Her eyes very different"

"Maksudnya, kau sukakan matanya? " tanya rakannya

"I like the whole her"

"Kau agak-agaklah.. dia budak kolej kau kot. Sedar sikit kau dah tua"

"Tua hanya pada usia bro.. Dalamnya masih muda.. "

Bunyi bip dari mesin menandakan Meera sudah sedar.

Dia seperti baru bangun dari lena yang panjang.

"Di mana aku ni? " katanya sambil memegang kepalanya yang terasa pusing. Pergelangan tangan yang berbalut dipandang..

"Aku belum mati rupanya" katanya sendirian.

Seorang doktor masuk. Dia tersenyum ramah pada Meera.

"How do you feel girl? Much better? " tanya doktor itu.

"I need water" kata Meera.

"Oh sure.. Let me help you" pelawanya dan menuang air ke dalam cawan.
Dia memberi air kepada Meera.

"Thank you" katanya.

"Most welcome"

"Sudah berapa hari saya di sini? " tanya Meera.

"Dah dekat 3 hari awak tak sedarkan diri"

"Saya koma? Takkanlah"

"Seseorang telah bawa awak ke sini"

"Oh, dia di mana? Saya nak ucapkan terima kasih"

"Dia sudah pulang tadi. Awak dan dia ada hubungan ke? "

"Eh? Siapa yang bawa saya ke sini? Saya lupa" kata Meera.

"Lupakan je.. Lain kali jangan nak bunuh diri lagi. Ingat nyawa kamu ada spare part ke? Tak adakan. Baik kamu fokus belajar dulu.Kalau dibuli sekalipun buat report. Jangan diam saja" Nasihat si doktor pada Meera.

Meera angguk.

"Bila saya boleh discharge? "

"Kalau keadaan kamu semua baik, kamu dah boleh pulang ke rumah. Ingat jangan buat kerja berat. Nanti luka jahitan terbuka, jadi kerja pula nak jahit balik. Nanti saya suruh nurse check kamu" katanya dan berlalu.

Meera berlegar di hadapan hospital. Tak tahu nak balik macam mana. Tadi, semasa discharge, penjaga kaunter cakap bil hospitalnya sudah dibayar oleh Encik Baik Hati.

Jadi, di sinilah dia. Nak call grab, handfon takde. Lagipula dia takda duit. Sehelai sepinggang. Betul-betul hanya bawa diri. Meera termenung sekejap. Agak-agak, kalau dia jalan kaki, sampai besok belum tentu sampai rumah. Silap-silap pengsan tengah jalan, orang angkut dia ke hospital balik. Tak pun, kena culik..

Culik? Meera jadi meremang sendiri.

Tak ada pilihan, Meera mula mengatur langkah. Ingatlah, kura-kura walaupun kakinya pendek, dia dulu sampai garisan penamat dari arnab tahu. Biar lambat, asal selamat.

"Helo? Dia dah pulang tak? " tanya seseorang.

"Baru je"

"Dia naik apa? Bukan dia takde cash? "

"Jalan kaki la. Entah, mana aku tahu? "

"Kau tolong hantar dia pulang jap"

"Eh, aku pula. Kata kau, dia buah hati kau apesal pulak tak nak tolong? "

"Aku tak nak dia tahu siapa aku. Ala, tolong la.. kalau apa-apa jadi dekat dia, aku potong gaji kau" ugutnya.

"yalah-yalah.. Kau menang"

"Kau jangan nak apa-apakan dia. Siap kau" ugutnya lagi.

Hari menginjak senja. Meera baru setengah jam berjalan. Dia merasa letih. Tetapi dia tetap berjalan sehinggalah sebuah kereta berhenti di sebelahnya.

"Masuklah, saya hantar awak pulang" katanya.
"Eh, tak pe ke? Saya berpeluh ni.. takut nanti kereta doktor kotor pula" kata Meera.

"Awak tak takut ke? Orang kata jalan ni berhantu. Cepat masuk. Nanti hantu masuk pula tumpang sekali. Eei, takutnya" kata Doktor itu.

Meera masuk dan duduk di bahagian penumpang.
"So, Nama awak Meera? " Tanyanya.
"Ya.. Meera saja. Tak ada nama panjang"

"Tuan doktor pula nama apa? " tanya Meera.

"Panggil je Ardi.. Tak payah panggil doktor. Kita bukan kat hospital.
Suasana jadi hening seketika antara Ardi dan Meera.

Mereka sudah sampai di rumah Meera.

Puan Hammi memandang Meera atas ke bawah.

"Kau pergi mana selama tiga hari? Hari ni baru pulang? Sibuk jual badan? " jerkahnya pada Meera.

"Meera masuk hospital. Dia koma" kata Ardi yang baru keluar dari keretanya.

Ketampanan Doktor Ardi membuat Dessi terpesona. Asal asyik Meera je yang laki tu pandang.

"Kamu siapa? " kata Puan Hammi.

"Saya Doktor Ardi"katanya.
"Owh, doktor.. sila masuk dulu. Auntie buat minuman" katanya.

Ardi menolak dengan berhemah..

"Eh, tak pe.. saya pun nak balik dah ni. Nanti nenek saya marah kalau balik lambat" alasan Ardi.
"Jadi tinggal dengan nenek? " tanya Hammi.

"Iya, Ibu dan ayah sudah meninggal dunia sejak saya bayi lagi" kata Ardi.

Ardi jadi tak selesa bila melihat Dessi asyik kenyit mata padanya. Serupa orang sakit mata saja.. huh!! Sebal.. Nasib baik cantik.

Ardi memang sukakan wanita cantik dan seksi. Dan boleh dikatakan kategori buaya.. Sebab tu, seseorang itu memberi amaran agar Ardi jangan macam-macam pada Meera.

Perkenalan Meera dan Ardi. And yes, Ardi is kasanova.. kesian Meera kalau terjatuh hati kat Ardi. Kecewa merana jadinya.. Si Hero belum ada nama lagi. Di lain chapter baru ada nama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience