Bab 12

Family Series 1774

Majlis perkahwinan Meera dan Richo berjalan dengan lancar. Villa puan Gina dipenuhi tetamu undangan yang kebanyakkannya adalah kenalan Puan Gina sendiri. Tak lupa juga Puan Hammi dan juga Dessi turut diundang memandangkan hubungan mereka semakin baik.

Tersebar desas desus dalam kalangan para tetamu bahawa Meera sedang mengandung anak luar nikah.

"Saya dengar, pengantin perempuan itu sudah hamil. Sebab tu dia memilih untuk berkahwin walaupun usia masih muda. Sudah la masih belajar.. eeii.. budak zaman sekarang walaupun belajar Pendidikan Moral tetap saja tidak bermoral" kutuk seorang tetamu.

"Eh? ya ke? Kenapa Gina tidak beritahu kita? Entah-entah dia mahu tutup aib si Meera". balas si Mak cik Bawang.

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia yang suka menfitnah tersebar luas dalam kalangan para tetamu.

Meera amat malu sekali. Mana nak sorok muka. Maruahnya tercalar. Entah angkara siapa.

Richo hanya tersenyum. Di hadapan para tetamu, dia memaut pinggang Meera rapat di sisinya.

"Abaikan cakap orang. Yang penting kita tak melakukan semua itu" bisiknya ke telinga Meera.

Meera genggam tangan Richo erat. Tapikan, kenapa aura si Richo sangat lain pada hari itu. Meera hanya mengabaikan nalurinya. Dia tidak begitu mengenali Richo jadi wajar dia merasa lain setelah Richo sah menjadi suaminya.

Waktu pun berlalu dan malam sudah lama melabuhkan tirainya. Pagi menjelma namun pasangan pengantin masih belum tidur.

Meera jadi serba salah. Dia tidak cintakan Richo jadi mana mungkin dia akan serahkan tubuhnya walaupun sudah sah bergelar isteri lelaki itu.

"Come here baby" suara gemersik Richo memanggil Meera yang masih mematung duduk di kerusi meja solek.
Perlahan Meera menurut. Dia bangun perlahan menghampiri Richo. Punggung dilabuhkan di atas katil pengantin yang dipenuhi taburan bunga.

Richo memaut pinggang Meera tiba-tiba dan merebahkan kepalanya di atas riba Meera. Perlakuan drastik itu membuatkan Meera terkejut. Namun, dia membiarkan.

"First of all, saya nak minta maaf"ujarnya.

"Sebab? "tanya Meera hairan.

"Actually saya bukan Richo. Saya Nicho" katanya.

"What? "kata Meera.
"Memandangkan malam masih muda, apa kata kita saling berkenalan? " kata Nicho.

Meera yang masih terperanjat hanya angguk. Kemudian geleng dan angguk lagi.

Nicho tertawa kecil. Meera tampak comel di matanya.

"Saya Nicho Andreas. Kembar seiras Richo. Abang Richo"Kata Nicho sambil hulur tangan. Tak menunggu lama dia gapai tangan Meera untuk bersalam. Tangan Meera kemudian dikucup lembut.

"Saya Meera Meradil"kata Meera.

"Saya tahu" kata Nicho.

Mereka menghabiskan pagi dengan berbual dan saling berkongsi cerita.

Tertanya Meera ke manakah Richo pergi? Namun persoalan itu hanya jadi tanda soal dalam benaknya. Kalau Nicho yang jadi pengantin lelaki, Richo mana?

##########
Somewhere Place: unknown

Terlihat figura manusia yang terikat di kerusi. Tak lain tak bukan adalah si Richo. Ya betul, Richo diculik oleh someone pada hari perkahwinannya bersama Meera.

Richo terlibat kemalangan kecil semasa perjalan pergi ke villa neneknya. Dan, seseorang itu menekup mulutnya dengan kain yang terdapat klorofom dan Richo pengsan. Plannya gagal total.

Richo ada kembar bernama Nicho. Berani dia rampas pengantin perempuan adik dia sendiri.. Biasalah, taste sama kan.. dah nama pun kembar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience