Bab 1

Family Series 1774

Meera mencari beg galasnya. Rasanya malam tadi dia sudah menyiapkan asignment dan menaruhnya dalam beg galas selepas selesai print dan dikepilkan dan paling penting akan dihantar pada pagi ini.

Meera panik. Begnya sudah tiada walau puas dicari merata tempat dalam biliknya.

Dia keluar dari bilik tidurnya dengan serabut.
Hammi, Mak kepada Meera melihat keadaan Meera dan memarahinya.

"Kenapa kamu lambat bangun. Kita sudah lambat. Cepat buatkan sarapan. Lempab"marah Puan Hammi.

Meera yang masih memikirkan asignment pula tidak mengendahkan ibunya. Percaya atau tidak, Puan Hammi tak pandai memasak. Jadi, dia selalu menyuruh Meera jadi tukang masak.

Meera bergegas ke dapur dan menyiapkan bahan-bahan untuk membuat bihun goreng. Kerana terlebih cekap, Bihun goreng siap dalam tempoh 10 minit. Next ialah air kopi susu. Done.

Meera mencari lagi. Kali ni dia tanya emaknya.

"Mak ada nampak beg galas Meera tak? Yang colour oren tu? " tanya Meera.

"Entah" kata Puan Hammi sambil angkat bahu tanda tak tahu.

Meera hampir menangis. Tapi dia tahan. Takut rahsianya terbongkar.

Dessi bangun dari tidur langsung menuju meja makan.
Anak dara tak senonoh. Sudah la tak gosok gigi, cuci muka dan mandi. Rambut serabai serupa hantu Kak Limah. Pulak tu, masak meggi pun tak pandai apatah lagi goreng telur. Hancur..

Dessi duduk dan menyenduk bihun goreng.

"Saya rasa saya ada nampak beg oren" kata Dessi.

Mata Meera bersinar ceria.

"Tu, dekat pintu. Saya ingat kain buruk sebab tu saya letak di muka pintu"kata Dessi selamba.

Mata Meera membesar.
Yang benar saja. Beg galasnya di situ.
Eh, kenapa kosong? Mana isinya?

"Mana buku Meera kak? "kata Meera dengan Perlahan.

"Di luar. Kehujanan. Ops! " kata Dessi penuh gedik. Dessi sentiasa iri hati pada adik tirinya Meera. Dia juga benci melihat Meera yang ada segalanya termasuklah kecantikan dan kebijaksanaan Meera.

Meera keluar. Asignmentnya dilihat sudah hancur dan lembik ditimpa hujan.

Nampaknya usaha Meera sia-sia. Meera jadi sedih.
Dia masuk ke dalam rumah dan langsung memakai pakaian. Seawal tujuh pagi dia berangat ke kolej. Nampaknya dia terpaksa buat semula asignment yang rosak.

"Tak ape, ada ubi, ada batas. Ada hari aku balas"kata Meera dalam hati.

Dia menaiki bas sampai ke pusat komputer. Di sana, dia pantas menaip semula asignment. Tak jadi masalah kerana otaknya masih menyimpan data. Ini, unlimited punya data dalam otak ok.

*Author pun salute pada kegigihan Meera.
Meera pun print dan langsung bergerak ke kolej.

Sampai di kolej, dia terus hantar ke meja Prof. Didi. Atau nama penuhnnya Professor Hamidi.

Sampai di mejanya.

Dia lihat mejanya hilang.
'Eh, malaun mana yang ambik mejanya? '

Suasana dalam bilik kuliah riuh rendah.
Meera penasaran. Dia nampak meja dan kerusinya diletak tunggan terbalik di belakang bilik kuliah.

Dengan geram, Meera pergi mengambil kerusi dan mejanya. Terdengar yang lain sedang menertawakan Meera.

Tepat masa tu, pensyarah masuk ke dalam kelas. Seorang lelaki muda dalam lingkungan 30 an.

Meja ditepuk kuat.
"Diam! " katanya kepada semua pelajar.

Mereka yang lain beransur ke tempat masing-masing meninggalkan Meera mengangkat meja dan kerusinya ke tempat asal.

Mata pensyarah menjegil memandang Meera.

"Tengok apa lagi? Keluarkan buku dan salin nota" katanya tegas.

"Dasar lembab" kata seseorang apabila Meera melewatinya.

Meera marah dan memberontak. Wajahnya marah padam dan ingin menangis. Dia bergegas keluar dari bilik kuliah dan sempat beritahu pensyarah bahawa dia ingin ke ladies room.

Pensyarah angguk faham.

Meera berlari menuju ke tandas perempuan. Dia sudah rasa sangat putus asa. Dia selalu dibuli di sekolah. Dia tak punya teman baik kerana mereka mengatakan dia pembawa malang. Kalau ada pun kawan, semuanya sudah lari dipengaruhi Oleh Dessi. Hidupnya berantakan. Dia ingin mati!

Dia menangis di dalam tandas. Kristal putih jatuh berderaian di atas lantai tandas. Meera ambil seketul kristal dan mengelar pergelangan tangannya. Dengan harapan, nafasnya terhenti di situ. Biar dia jadi hantu yang bergentayangan di kolej itu. kristal putih berubah warna menjadi merah.

Sepasang kaki memakai sut berhenti di depan pintu tandas. Dengan sekali tendang, pintu tandas terbuka. Memaparkan pandangan seorang gadis yang nyawa-nyawa ikan.
Dia angkat figura itu dan hampir-hampir tergelincir terpijak butiran kristal. Nasiblah dia kuat menahan diri daripada terjatuh. Tak ke naya kalau si hero jatuh terlentang semasa dalam misi selamatkan heroin.

Senyuman nipis menghiasi bibirnya sebelum menghantar Meera ke hospital.

Siapakah dia? Tidak ada seorang pun yang kenal dia. Dia seperti angin yang menghilang.
Dan, Meera yang separuh sedar itu hanya mengetahui rupa si Hero sebelum pengsan tak sedar diri.

Yeay.. novel baru. Ilham dari mimpi semalam. Selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience