Bab 15

Family Series 1774

Tak tterasa, perkahwinan Meera dan Nicho sudah menginjak tiga bulan. Dari seorang yang saling tidak mengenali, perlahan, Meera mula membuka pintu hatinya buat suaminya. Kenapa tidak, dalam rumah tangga, cinta itu penting. Tambahan pula, Nicho melayannya dengan begitu baik.

Meera dan Nicho juga sudah berpindah dari villa Puan Gina. Alasan mereka adalah kerana mereka sudah berkahwin dan inginkan privasi. Nicho mengajak Meera di sebuah apartmen yang tak jauh dari kolej tempat Meera belajar. Walaupun, pertemuan antara Richo dan Meera tak dapat dielakkan, namun, Nicho tetap mengawasi gerak geri adik kembarnya itu.

######
Place:Dalam hutan

Nicho sedang dalam misi dalam mengesan pengganas yang bersembunyi dalam hutan. Sudah pastinya dia membawa senjata. Nicho dan empat rakannya yang lain sedang menghendap lokasi yang menjadi tempat persembunyian pengganas.

"Arahan kapten? Mereka semakin hampir" Suara salah seorang rakannya yang berada di lokasi berlainan namun bertentangan dengan Nicho kedengaran di earpiece Nicho.

"Just wait for a while. Kita kena cari tahu dalang di sebalik kegiatan mereka. Udang, cari tempat supaya kita dapat masuk ke sarang mereka. Pastikan mereka tak menghidu kedatangan kita."kata Nicho.

Seorang lelaki yang digelar dengan nama samaran Udang perlahan menghendap memasuki sarang pengganas. Rupanya bukan sarang tapi lebih kepada markas penyeludupan senjata api.

Bunyi ranting dipijak menyebabkan aktiviti pengganas yang sedang memunggah senjata api terhenti. Bunyi anjing juga mula kedengaran sedang menyalak ke arah sesuatu.

Nicho mula panas hati. Anjing ni pun satu hal. Apasal ada dalam hutan pula. Dengan silent shoot dia menembak anjing itu. Tak lama, keadaan kembali sunyi.

Malangnya, seorang rakan yang keluar dari markas untuk membuang air kecil ternampak anjing yang sudah berlumuran darah. Serta merta dia melangkah masuk dan berbisik sesuatu ke telinga bos.

"We need to go. Kita diserang hendap bos"bisiknya pada bos.

Muka si bos berubah tegang. Namun, tak lama, suara dari pembesar suara kedengaran.

"Sila serah diri. Anda semua sudah dikepung! "

Pengganas tak berdiam diri. Mereka keluar dari markas sambil menembak kiri kanan secara rambang.

"Lepaskan tembakan. Musuh sedang melawan" Kata Nicho. Dia yang sudah bersedia dengan senjata sedang menyasarkan pihak musuh. Mujurlah, dia adalah penembak tepat.

"Shoot"

Kaki musuh ditembak oleh Nicho dan si bos tumbang. Rakan Nicho yang lain juga sedang membereskan para pengganas yang lain.

Bos pengganas tak puas hati. Dia menembak lengan Nicho. Nicho mendengus marah. Tangan si bos pengganas dipulas dan dipatahkan. Padan muka.

Darah merah mula mengalir dari lengan Nicho. Mujur dia sempat mengelak dan terkena kulitnya. Tembakan yang tersasar namun kulitnya yang robek perlu dirawat terlebih dahulu.

"Mission accomplish. Corps will take over" arah Nicho pada pasukannya.

######
Nicho pulang dalam keadaan sangat penat dan letih.Meera yang baru pulang hanya memandang suaminya dari jauh dan menapak menuju ke bilik. Hajatnya mahu membersihkan diri dan memasak.

Usai membersihkan diri, Meera berjalan menuju ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong minta di isi. Nicho pula sudah terlelap di sofa ruang tamu. Meera berhenti sejenak. Dia memandang tampang suaminya yang jelas dari raut wajahnya sangat keletihan.

Meera berlalu dan mula memasak makanan untuk makan malam. Menu simple dan ringkas jadi pilihan. Janji kenyang gitu. Hidup Meera dan Nicho sangat tenang kerana masing-masing tak banyak songeh. Give and take lebih kurang macam tu lah..

Meera mengejutkan Nicho yang sudah tidur mengerekot atas sofa.

"Awak, bangunla.. kita makan dulu"kejut Meera.

Nicho mendesis sakit saat lengannya digoncang Meera. Dengan malas dia bangun.

"Saya mandi dulu. Awak tunggu saya. Kita makan sama-sama" kata Nicho.

Lepas mandi, Nicho sudah kelihatan segar. Dengan seluar khakis tanpa baju, dia berjalan lurus menuju ke arah dapur. Tepatnya meja makan di mana sang isteri sedang menunggu.

Meera sudah melopong melihat badan kekar si suami. Air liur ditelan berkali-kali. Nicho cuci tangan, Nicho duduk semua itu tak lepas dari pandangan Meera. Makhluk Tuhan paling seksi. Oh my.. macam mana nak makan, those abs.. aww.. mengancam iman betul.

" Baca doa makan cepat. Jangan melopong terus"ujar Nicho.

Sontak, Meera terperanjat kena sergah. Kus semangat. Meera baca doa makan cepat-cepat. Mereka menikmati makan malam tanpa sepatah kata.

"We need to talk Meera" kata Nicho semasa mereka bersantai di ruang tamu.

"Awak nak cakap apa? " kata Meera. Namun pandangannya lebih ke arah dada suaminya yang berotot itu. Melihat itu, Nicho melempar bantal kecil ke arah Meera.

"Kenapa? Nak rasa? I am all yours" goda Nicho.

"Awak ni dah kenapa nak menggatal sangat ni? Suka hati je separuh bogel. Pakai la baju. Ni tak, nak show off je. Ingat seksi ke? " tempelak Meera geram.

Nicho berdekah.

"Meh, duduk dekat sikit. Awak duduk jauh sangat nanti tak dengar apa abang nak cakap" kata Nicho.

Meera mengensot sedikit.

"Nak cakap apa? Cepat sikit"kata Meera.

"Lepas ni saya akan banyak masa kat kem. Saya harap awak faham. Banyak ahli baru masuk jadi saya kena train platun baru" kata Nicho.

"It's okay.. saya faham tugas awak. Saya pun sibuk juga. Dah nak habis semester banyak thesis kena siapkan. Awak fokus je kerja awak. Saya okey"kata Meera.

"Tapi saya tak okay" kata Nicho.
"Kenapa pulak? "tanya Meera.

"Tak mendapat tu" kata Nicho sambil menunjuk tepat ke arah dada Meera.

What the fish!

"Pervet"jerit Meera sambil menampar dada bidang encik suami. Jadi, dari tadi tak pakai baju semata-mata nak goda dia je hah?

Nicho menarik tangan Meera yang tak habis-habis menampar dadanya. Tak sakit pun. Dia menelentangkan badan Meera dan menindihnya.

"Kita buat kat sini ke dalam bilik? "kata Nicho separa menggoda. Meera menjerit ketakutan macam kena rogol pula.

Nicho mendekatkan jarak wajahnya seolah-olah mahu mencium Meera.

"Awak jerit, saya cium"kata Nicho.

Meera kemam bibir. Tak Rela kena cium oleh gorilla itu. Melihat itu, Nicho mula mengeletek pinggang Meera dan kedengaran Meera mula ketawa geli. Bunyi mereka bergurau senda kedengaran. Begitulah, hubungan harmonis Meera dan Nicho. Nicho faham yang Meera belum bersedia jadi isterinya dalam arti kata sebenar jadi dia bagi Meera masa. Dan, dia sabar menanti detik Meera jatuh dalam pelukan cintanya untuk selamanya. Betul, sabar itu indah dan ada waktunya akan tiba.

Tadi tu, dua ketul tu bergurau je okay.. Jangan stress sangat.

Hi readers.. lama tak munculkan diri. Busy melayan alahan yang tak habis-habis. Acctually dah anak ke -empat tapi alahan lama betul. Asyik nak muntah je. Ni bukan setakat morning sickness tapi all day sickness. Dari pagi, petang malam.. tak larat asyik muntah. Makan nasi pun tak lalu tekak.. Terima kasih buat readers yang setia baca novel Cinta yang Tertinggal ni..lop u.. muahhhxx..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience