Bab 3

Family Series 1774

Ardi kembali memandu pulang dari rumah Meera. Dalam fikirannya asyik terbayang wajah Meera. Alangkah indahnya dunia kalau Meera jadi kekasihnya. Tapikan, dia teringatkan seseorang tu.. Jadi, dia batalkan niat. Banyak lagi gadis cantik yang memujanya. Salah satunya adalah Si Dessi. Dengan kerjaya tetap, muka cun dan mantap, gerenti perempuan berbaris jadi isterinya.

Tapi, lagi-lagi wajah Meera yang terbayang di ruang mata. Ah, parah..

Memandu sambil mengelamun adalah satu silap besar. Tak sedar, Ardi terlanggar pembahagi jalan dan kepalanya terhantuk dashboard. Mungkin dahinya sudah benjol.

Deringan telefon bimbit miliknya menyebabkan dia berhenti menggosok dahi.

Nama pemanggil Cousin Tak Guna sedang membuat panggilan padanya.

"Hallo Ancho? Kenapa call? Aku tak senang. Tengah accident" kata Ardi marah.

"Bukan Ancho.. Panggil Richo.. Sekali lagi kau panggil aku Ancho, aku hancurkan kepala kau"

Ya, Nama si Hero adala Richo Anchovies. Nama ikan pula nama hero.. haha.. tahu kan anchovies itu adalah ikan bilis. Richo tu pula sejenis ikan hiasan dari Jepun.

"Tenang.. be cool" kata Ardi.

"Kesayangan aku dah pulang? " tanya Richo

"Kalau dia belum pulang, tak adenya aku accident sorang-sorang. Kalau accident berdua dengan dia, aku tak kisah.. awek cantik" kata Ardi.

"Kau jangan nak usha awek kesayangan aku. Aku bagitahu nenek nanti" ujar Richo.

"Mengadu la. Tak kisah pun."

"Aku bagitahu Kartina" kata Richo.

"Jangan bilang pada Kartina. Kalau dia marah aku, nanti kau" kata Ardi. Kartina adalah girlfriendnya yang berbangsa India. Lebih kepada skandal.

Ardi kembali memandu setelah dia menamatkan panggilan dengan Richo. Sepupunya itu sangatlah perahsia sampaikan nak usha awek pun takut. Entah bagaimana boleh tangkap cintun pada Meera yang pada pandangan Ardi adalah gadis biasa-biasa.

Ardi sampai ke rumah dan disambut mesra oleh Richo. Richo bersantai sambil letak sebelah tangan dalam kocek seluar.

"Macamana? " tanyanya.

"Apa yang macamana" kata Ardi

"Keadaan beliau macamana? " tanya Richo..

"Dia sihat. Sekarang aku yang sakit. Cuba tengok dahi aku ni.. benjol tak terbentuk dahi hensem aku"ujar Ardi.

"Kau tak pe.. kau kan doktor..sendiri ubatlah.. tak pun suruh Kartina" kata Richo selamba.

"Kau ni kan, kalau tak sakitkan hati aku, memang tak sah kau manusia"

"Janji aku handsome"

"Kau yakin ke kau handsome? Kenapa sampai sekarang tak kahwin-kahwin? " Provok Ardi.
"Aku tunggu dia habis study dulu" kata Richo.

"Tunggu punya tunggu, dia jatuh cinta pada laki lain macamana? Berputih mata lah engkau"

"Tak ape, saya akan buat persaingan yang sihat antara maduku" kata Richo.

"Jadi aku pun boleh masuk jarum kan? "

"Wah, mulut kau.. tak ade insuran langsung"

"Kamu berdua boleh diam tak? Bingitlah telinga nenek" kata Puan Gina.

"Apa tengok-tengok? Nak lebih lagi biar kamu orang bergusti atas laman rumah. Memalukan. Tak matang dan bla bla bla.. "kata puan Gina.

Tapi Ardi dan Richo hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Dan mereka menapak masuk ke dalam rumah. Dan malam pun melabuhkan tirai.

Lain pula keadaan di rumah Meera.

"Kau buat apa berduaan dengan Doktor Ardi? Mesti kau offer badan kau buat santapan dia..mungkin sebab tu dia sanggup bagi kau tumpang" kata Puan Hammi sinis.

"Eh, dia tu tak pandang kau lah.. Sudah la comot, selekeh" kutuk Dessi.

"Orang yang sesuai dengan dia adalah aku. Elegen, cantik,langsing dan paling penting aku sempurna" kata Dessi angkuh.

"Tapi mulut busuk" selar Meera.

"Eh, kau ni.. melawan kan? Sini, aku bagi kau ganjaran"kata Dessi.

Dessi menjambak rambut Meera dan menghantuk dahi Meera di lantai. Tak cukup, dia tampar pipi Meera dan memijak perutnya.

"Kalau tidak kerana belas kasihan kami, kau akan dihalau tahu tak? " jerkah Dessi penuh dengan dendam kesumat.

"Sudahlah tu.. Meera, cepat masakkan kami sesuatu. Sudah tiga hari kami kebuluran tak makan" kata Puan Hammi.

Betul, selama ketiadaan Meera, mereka berdua hanya makan Mee Segera yang dimasak oleh puan Hammi.

Dengan susah payah, Meera bangkit menuju ke dapur. Menyiapkan makanan kerana dia pun sudah lapar.

Mereka dulunya adalah orang kaya. Namun, kerana kematian ayahnya Sean, Puan Hammi telah menghabiskan semua harta arwah suaminya dengan boros.

Meera yang melanjutkan pengajian pun atas tajaan sebuah syarikat serta biasiswa.

Tak ada seorang pun tahu kalau Puan Jenny iaitu emak Meera merupakan anak angkat kepada puan Gina. Sebab itulah, Meera dapat belajar dengan tenang.

Dan tentang pelajar yang selalu membuli Meera, mereka selalunya dibereskan oleh Richo. Serta merta pembuli dibuang kolej.

Dan, Meera tak tahu kalau Richo sudah lama memerhatikan dia sejak dulu lagi. Dan, terjatuh cinta pandang pertama pada Meera.

Baru tadi terfikir nama Hero.. Namanya Richo Anchovies.. dan, Ardi dan Richo adalah sepupu yang tinggal bersama nenek mereka iaitu Puan Gina. Macam mana pula Meera boleh jatuh cinta pada Ardi? Teruskan membaca okey..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience