Chapter 6

Romance Series 3434

AQLAN memukul adik perempuannya berkali-kali dengan bantal merah jambu. Geram pula dia, jam sudah 6.45 pagi, namun adiknya masih lena dibuai mimpi.

"ADIKK!!!" jerit Aqlan tepat di telinga Haura. Serta-merta Haura terjaga dari tidurnya.

"Ishh, pekaklahh adik!!" marahnya kepada abangnya. Mata yang masih enggan terbuka digosoknya berkali-kali. Rambut yang panjang mengurai di betulkannya.

"Bangunlahh solat subuh. Hari ni jangan lambat, presentation our project!" kata Aqlan lalu menggosok kepala Haura lantas berlalu pergi.

Haura mendecit seketika lalu dikemaskan semula rambutnya. Matanya lantas terbuka luas mengenangkan projeknya yang dilakukan bersama Aqlan. Dan hari ini mereka perlu membentangkan hasilnya. Dia terus turun dari katil dan segera mengambil air wudhu.

Usai diri dipersiapkan, Haura terus ke dapur untuk bersarapan. Kelihatannya semua nikmat merasa pancake buatan ibunya. Dan kelihatannya dia terlambat.

Haura menarik kerusi di sebelah Amanda bingkas melabuhkan punggung.

"Kosong pinggan Angah," tegur Haura menyerikan suasana.

"Yelah, orang dah nak pergi kerja, adik jangan lambat hari ni!" Aqlan memperingatkan Haura.

"Buat elok-elok. Ayah tak nak ada silap. Apa yang ayah tahu, presentation tu mesti senang staff faham. Macam biasa Dato' Hamdan pun ada hari ni. Hasil projek boleh bincang as long as presentation okey," Dato' Isyraff yang membisu sahaja dari tadi mula membuka mulut. Haura dan Aqlan hanya mengangguk sahaja mengiakan kata-kata ayah mereka.

"Ceh, ayah tengoklah Haura nanti. Haura akan lagi shine dari Angah. Ye tak, Along?" gurau Haura mencuba menukar angin ayahnya.

Senyap. Ni lah masalahnya bila family tak ada perasaan, beku! Gumam hati Haura. Haura berdehem membetulkan keadaan.

"Oh, hari ni Along dengan Angah dah nak balik kan?" giliran Datin Amalia pula yang bersuara.

"Hah? Series?!" membuntang mata Haura.

"Haah," jawab Aariz sepatah melihat adik perempuannya yang langsung tidak boleh senyap itu.

"Barang dah pack, balik office, datang sini then terus balik," kata Aqlan.

"Along pun,?" soal Haura.

"Hm,"

"Alah bosanlah adik kat rumah," Haura memuncungkan bibir.

"Sudahlah, adik. Cepat makan. Along dah nak pergi dah," Aariz mengangkat punggung untuk mula berangkat ke kerja.

"Angah pun,"

"Ha?"

Haura melirik ke arah Dato' Isyraff yang turut sama memasang kot pada badan.

"Ayah pun?" ucap Haura. Haduhh, salahnya juga bangun lewat hari ini. Tiga kerusi sudah kosong, Haura masih selamba mengunyah pancake coklatnya.

"Adik tak pergi sekali ke?" tanya Amanda kepada Haura.

"Eh tak. Kitaorang semua kereta lain-lain. Jaga image gituu," Haura menayang sengih kepada Amanda.

"Cepatlah Haura. Dah pukul 7.30 dah. Syarikat bukannya dekat," pesan Datin Amalia kepada Haura yang sering leka.

"Lalalala," Haura menayang muka tak bersalahnya.

"Ishh, cepat-cepatlah kahwin tu. Penat ibu jaga Haura tau,"

Inara dan Amanda tertawa mendengar kata-kata ibu mertua mereka. Sikap adik ipar mereka yang satu itu memang sentiasa yang paling santai. Jika mahu dibandingkan dengan ayahnya memang sangat berbeza. Seperti awan dan langit!

"Ibu pun sama juga dengan ayah," balas Haura.

Tanpa menghiraukan kata-kata anaknya, Datin Amalia terus bergerak ke singki.

KASUT hitam bertumit tinggi disarungkannya lantas masuk ke dalam kereta Suzuki Swift miliknya. Setelah enjin dinyalakan dia mula keluar dari pagar rumah.

Lampu merah yang terasa lama dipandangnya lama menunggu untuk jalan. Haih, lamanya! Kaki dihentaknya. Baru sedar dia sudah terlambat. Mati aku kalau lambat presentation!

"Please! Please! Please! Fast,fast!"

Setelah lampu hijau betul-betul telah menyala, gas ditekannya serta-merta. Semakin lama, board meter keretanya semakin laju.

"Argh!!" brek ditekan Haura segera apabila seorang kanak-kanak melintas di hadapan. Dadanya dipegang. Sungguh cuaknya ketika itu. Seorang wanita menarik kanak-kanak kecil itu. Wanita itu menunduk maaf. Barang kali ibunya. Haura masih tercengang dan terkejut. Tiba-tiba sebuah lori dari belakang kereta Haura menekan hon. Haura yang masih mengelamun lantas tersedar. Jam di dashboard kereta di kerlingnya.

Gosh! 7.55 pagi! 8.05 pagi dia sudah perlu ada di sana untuk projeknya hari ni. Dia terus mengerakkan keretanya setelah menerima amarah daripada lori itu tadi.

Tiba-tiba dia terpandangkan sebuah motor berlanggar dengan motor yang lain. Seorang perempuan yang dilanggar itu jatuh dari motor hingga tercampak ke tepi jalan. Haura terpandangkan tudung perempuan itu sudah pun dipenuhi cecair likat merah. Tragedi itu benar-benar berlaku di hadapan matanya. Namun, dia ingin meneruskan perjalanan tetapi masih terhalang akibat kemalangan itu. Tak henri-henti dia mengeluh di dalam kereta. Penghawa dingin yang sepatutnya menyelesakannya langsung tidak berfungsi ketika itu.

Haura melihat orang ramai sudahpun membantu mangsa-mangsa itu. Dia amat bersyukur dan mulakan perjalanan semula.

Gas terus ditekannya memandangkan jalan dihapannya tika itu kosong,tiada sebarang kenderaan. Tiba-tiba dia terdengar satu alunan muzik. Dia melihat radio, namun ia tidak terpasang. Baru dia perasan, bunyi itu ialah nada dering iPhone miliknya. Dia lantas mendapatkan telefonnya yang berada di dalam beg.

"Ish mana pulak handphone ni!!" katanya sendiri.

Adapun begitu belum sempat Haura mendapatkan telefonnya, sekali lagi kedengaran hon lori. Dia terus mengangkat kepala mencari kelibat itu. Rupanya-rupanya kini dia sedang berada di simpang empat. Lori itu datang dari arah kanan. Sedaya upaya Haura cuba mengelak namun apakan daya, lori itu melanggar Haura sehinggakan cermin di sebelah Haura sudah hancur berderai.

"ANGAH! mana Haura?" soal Dato' Isyraff kepada anak keduanya. Tadinya dia amat berharap anak-anaknya mendapat perhatian orang ramai dengan projek tambahan yang diberikan. Malangnya entah ke mana pula puteri bongsunya menghilang. Jam di tangan sudah pun 8.20 pagi, kelibat Haura langsung tidak kelihatan waktu itu.

"Angah tak tahu,yah. Angah dah pesan dekat adik jangan lambat." ujar Aqlan dengan rasa gentar.

Dato' Isyraff menoleh ke arah sekumpulan staf yang sudah pun menunggu. Ruangan itu kini sudah penuh namun mereka masih belum memulakan pembentangan. Melihatkan wajah Dato' Hamdan, Dato' Isyraff bertambah malu.

"Mula saja!" arah Dato' Isyraff keras.

"Ta..tapi ada bahan yang dekat adik,"

"Mula saja, ayah kata!" tegas suara Dato' Isyraff mengarahkan anaknya.

"Ringkaskan saja," Dato' Isyraff terus meluru mengambil tempat duduk di sebelah Dato' Hamdan. Dato' Isyraff mempamerkan senyuman palsu ketika pekerja-pekerjanya menepuk tangan saat Aqlan mula menjalankan pembentangan.

Aariz dapat melihat riak cuak pada wajah Aqlan. Sekali-sekali dia mengerling ke arah Dato' Isyraff yang langsung tidak berkelip memandang Aqlan yang lancar sahaja membentang. Heran pula dia dengan Haura, saat genting sebegini dia boleh pula menghilang.

Mengambil 1 jam untuk pembentangan itu selesai. Ruangan itu sudah kosong semula. Melihatkan Aqlan yang masih tercengang, lantas Aariz mendekatinya.

"It's okay, you can do better next time," Aariz menepuk bahu Aqlan.

Ketiga-tiga mereka berdiam usai menghantar Dato' Hamdan sedangkan pintu keluar automatik itu terbuka luas. Aqlan menunduk memandang kaki yang berpijak.

"Call Haura sekarang! Suruh dia jumpa ayah!" ucap Dato' Isyraff lantas mengangkat kaki masuk.

Aariz mengeluarkan iPhone miliknya lalu didailnya nombor Haura. Dengan sepenuh kesabaran dia kumpul untuk berbual dengan adik perempuannya.

Telefon pintar diletakkan di telinga. Aqlan memandang Aariz menunggu jawapan.

"Adik tak angkat," dengan penuh hampa Aariz mengucapnya. Sungguh, dia penat hari ini mendengar bebelan Dato' Isyraff. Ini belum lagi masuk pukul 12. Entah apa pula lah yang akan dihinanya dari mulut ayahnya itu.

"Adik ni dah gila ke? Bukannya tak tahu. Benda ni penting!" Aqlan pula beremosi lalu menyusun langkah masuk ke dalam syarikat mewah itu. Aariz masih belum berhenti mengeluh sambil tangan tak jemu menelefon Haura.

"Helo,"

"Adik?"

*Don't do anything that make people hate you, because they don't know how hard to find their love*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience