Chapter 2

Romance Series 3434

"THANK YOU," ucap Haura sebaik sahaja fail yang jatuh itu sampai ke tangannya semula.

"Welcome," balas lelaki berbadan tinggi yang tak semena-mena terlanggar dengan Haura. Lelaki itu berlalu pergi sambil mengeyit mata ke arah Haura. Haura hanya membalas dengan senyuman manis.

"Haihh, ni lah kenapa aku tak suka datang office! Fikir hensem ke??" Haura terus berjalan menuju ruang biliknya, apabila dua orang abangnya bercuti, dia pula yang perlu memikul tanggungjawab. Setiap langkahnya, Haura tak akan lepas dari menerima sapaan pekerja-pekerja. Yang itu dia fahamlah, sebagai tanda hormat perkerja kepada dia yang berjawatan tinggi, yang lebih-lebih tu ha, dah kenapa? Kenyit matalah, betulkan rambutlah. Naik meluat Haura dengan sikap orang pejabat itu.

Maklumlah siapa saja yang tak tertarik dengan Haura. Berbadan langsing, berkulit putih, tinggi seperti model. Mukanya juga tak kalah, dia mempunyai mata berwarna hazel dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Hidungnya yang mancung serta bibir yang terang berwarna peach. Haura tidak pernah memakai make up, sepanjang dia membesar, paling kurang pun bedak compact sahaja. Namun, mukanya tetap berseri tanpa cacat. Flawless giteww!

Tambahan pula, hari ini Haura menggayakan rambutnya dengan ikal di bawah. Jarang juga Haura merajinkan diri menggayakan rambut. Biasanya dia hanya mengikat pony berserta bangs yang disengajakan serabai.

"Hahh, sakit pinggang!" Haura memegang pinggangnya yang lenguh dek kerana fail yang begitu banyak.

Kling!

Haura menggapai laju iPhone 11 Pro Max miliknya yang baru dihadiahi oleh ibunya beberapa minggu yang lalu. Satu mesej masuk.
Bibir Haura ditarik senyum usai membaca pesanan itu.

From: Rafie Hafiy
-Saya nak keluar dengan awak hari ni. At 8 pm.

Haura terus menyimpan semula iPhonenya usai mendengar ketukan pintu dari luar ruangannya.

"Yes,"

"Haura!" sapa seorang wanita yang baru masuk itu.

"Ha, kau nak apa?" soal Haura acuh tak acuh. Apa dia kisah? Kawan rapat dia je kot.

"Jom lah makan! Perut kau tak berkeroncong ke ha?" Qaireen balas soalan rakannya dengan soalan.

"Oh, kau orang pergi lah dulu, kejap lagi aku datang, nak menyusun kejap," Haura tayang sengih pada sahabanya itu.

"Yelah, aku dengan Ariq tunggu! Jangan lama-lama!" nasihat Qaireen.

Haura lantas memasukkan fail-fail ke dalam laci bawah mejanya. Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum keluar bilik kerjanya. Dia terus berjalan ke cafe usai memastikan bilik kerjanya kemas.

Dia melambai-lambai ke arah Qaireen dan Ariq yang sedang enak menikmati makanan tengah hari masing-masing. Dia lantas mengambil tempat di sebelah mereka.

"Nah, special order hari ni. Cik T kata 'happy birthday, Nur Haura Awliya!'. Dia kasi free nasi goreng ni untuk kau dengan choc ice blended ni." kata Qaireen sebaik sahaja Haura menghenyak punggung ke atas kerusi. Haura tersenyum lebar mengenangkan tarikh lahirnya. Hampir sahaja dia lupa tentang itu.

"Kau tahu? Susah aku minta dekat Cik T nak free juga untuk birthday aku minggu depan. Katanya, tak ada dia kasi punya! Lucky aa kau Haura,anak bos!" sergah Ariq yang melihat Haura sudahpun mula menikmati hidangan percumanya.

"Eiyyy don't worry! Apa plan hari ni? Keluar jom dengan aku? Rafie cadang pukul 8. Kita have fun! Dah lama aku tak seronok-seronok dengan kau orang. Asyik kerja je," Haura mencubit pipi kedua rakan karibnya itu. Alolo muka kesian, tak dapat makanan free! Mereka berdua mengaduh kesakitan.

"Kalau kata Rafie ajak kau buat apa ajak kita orang? Dah sah-sah la dia ajak kau dating since hari ni birthday kau! Aduh lah kau ni, gf jenis apa tak faham bf kau ni?" bebel Ariq seraya menghirup choc ice blended Haura. Cukup tak faham Ariq dengan pasangan ini. Haura walaupun sudah mempunyai teman lelaki, masih mahu bermain dengan rakan-rakan. Kalau si Rafie tu merajuk? Kan nak pujuk dah jadi satu hal!

"Entah kau ni! Silap hari bulan dia minta break sebab kau tak ada masa untuk dialah apalah!" celah Qaireen.

"Ish! Air aku!" Haura mengetuk tangan Ariq lalu merampas minuman darinya.

"Alah, kau orang buat chill je lah. Nak kata tak kenal Rafie, of course lah kau orang kenal. Kita biasa keluar berempat sejak zaman papan putih lagi, apa nak kesah? Lagipun, dulu mungkin aku desperate sangat nak dengan Rafie. Now, bila dah couple macam ni, rasa bosan pula. Sebab nak jaga hati dia, nak layan dia. Aku rindu kita yang dulu!" tanpa dipinta Haura membuka suara pada sahabatnya.

"Haura, now dah beza. Kita dah kerja, dulu yelah have fun sana sini" balas Qaireen.

"Jomlah, kau orang. Aku bagitahu Rafie, tau?" pujuk Haura.

"Suka hati kaulah, baby!" acuh tak acuh Ariq membalas.

"Eiyy! Geli aku!" balas Qaireen. Haura ketawa dengan telatah Ariq. Nasib bukan sotong! Ariqlah satu-satunya rakan yang masih setia dengannya sejak tadika lagi. Sehingga sekarang persahabatan mereka masih tidak renggang.

SEMUA mata tertumpu kepada pembentangan Dato' Isyraff. Pembentangan itu mengenai projek minggu hadapan yang akan bergabung dengan Syarikat Han-Rio Holdings. Memandangkan V10Dis Holdings semakin sibuk kerana pelanggan yang meminta briefing, kerjasama Han-Rio Holdings amat mereka perlukan. Haura menyalin semua tugas-tugasnya yang akan dia jalankan pada minggu hadapan.

"Nice presentation, Dato' Isyraff. Saya harap projek kita kali ni dapat membantu sesama sendiri," puji CEO Han-Rio Holdings kepada Dato' Isyraff. Haura yang hanya berdiri di sebelah Dato' Isyraff hanya diam seribu bahasa.

"Terima kasih Dato' Hamdan. Saya pun harap begitu. Mari saya hantar ke depan," pelawa Dato' Isyraff pula. Mereka bertiga terus berjalan menuju ke pintu besar.

"Terima kasih Dato' Hamdan on your willingness to join our company. Kami sangat menghargai jasa Dato' " tak semena-mena Haura menegur Dato' Hamdan. Bukan mahunya, tetapi berkali-kali Dato' Isyraff mengingatinya untuk mesra dan hormat kepada klien. Maklumlah, tiada siapa berani melawan Dato' Isyraff. Haura pun kadang kala ada turun naiknya.

"Sama-sama. You have a pretty and charismatic daughter, Dato' Isyraff." Dato' Hamdan menayang senyuman manis pada Haura. Haura membalas dengan senyuman lebarnya. Usai melihat kereta mewah Dato' Hamdan tiba, mereka berjabat tangan. Haura menundukkan kepalanya tanda hormat pada lelaki sebaya ayahnya. Dato' Hamdan dihantar Haura dan Dato' Isyraff dengan pandangan.

"Nice work, Haura. Next presentation, saya perlukan kamu untuk prepare," kata Dato' Isyraff pada Haura.

"Baik, Dato' " balas Haura seraya menundukkan kepalanya seperti buat Dato' Hamdan, tidak kurang tidak lebih. Dato' Isyraff terus meluru masuk ke dalam semula,kembali ke pejabatnya.

"Fuhhh!!" Haura melepas nafas lega sambil memegang dadanya.

HAURA terus bergerak masuk ke pejabatnya semula. Jam ditangan dikerlingnya. 5.30 petang. Yes! Dia mengemas meja kerjanya. Beg tangan berwarna nude digapainya. Dia mula mencari-cari getah rambutnya. Dia mengikat pony, terasa melekit-lekit di lehernya. Cepat-cepat dia berlari ke pejabat ayahnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dia mengetuk pintu.

"Masuk," setelah kedengaran izin dari ayahnya. Haura membuka pintu pejabat ayahnya.

"Hm?" soal Dato' Isyraff tanpa memandang ke arah anak daranya.

"Haura balik dulu yah. Erm, Haura nak keluar. Pukul 8. Dengan Rafie, Qaireen also Ariq. Can I?" dahi Haura berkerut memandang Dato' Isyraff yang tiada reaksi.

"Hm,"

"Terima kasih ayah," Haura berkata seraya menundukkan kepalanya. Dia lantas kembali membuka pintu untuk keluar. Namun, niatnya terbantut tika terdengar satu suara memanggilnya.

"Haura,"

Haura berpaling ke arah si empunya suara.

"Ye,"

"Dokumen-dokumen yang Haura terima dari Athirah tu, minta tolong abang-abang kamu selesaikan sekali. Ayah nak lusa untuk combine kan dengan projek minggu depan, make sure tiada kesilapan. Jangan buat malu ayah," nasihat Dato' Isyraff tegas.

Haihh, aku dah agak dah. Itu jelah benda yang dia nak cakap pun, tak kerja, kahwin! Gumam Haura sendiri.

"Baik, ayah. Cuma Kak Athi kata dokumen tu... Ehem! Cik Athirah kata dokumen tu akan digabungkan dengan dokumen lain yang ada pada Along baru akan diserahkan untuk ayah," balas Haura. Terlepas cakap! 'Kak Athi'. Panggilan mesra sebagai sahabat di pejabat.

Dato' Isyraff cukup tidak suka jika anak-anaknya terlalu mesra dengan pekerja-pekerja pejabat. Katanya, merosak maruah syarikat. Haura tidak faham apa yang difikirkan ayahnya. Merosakkan maruah? Di mananya? Itu pun nasib shift Haura sudah tamat, bolehlah dia biasakan diri memanggil Dato' Isyraff dengan 'ayah' di pejabat dengan syarat orang lain tidak mendengar. Kalau tidak, tak telan air liur dia asyik sebut panggilan Dato' saja memanjang.

Dato' Isyraff mengangguk sahaja.

"Kalau tak ada apa-apa. Haura keluar dulu," baru sahaja Haura ingin menarik pintu itu, suara itu kembali menyapa gegendang telinganya.

"Jangan balik lewat sangat,"

Sejak bila pula, dia risaukan aku ni? Ligat otak Haura berfikir.

"Tak pasal-pasal apa pula jiran-jiran kata," sambung Dato' Isyraff tanpa dipinta. Haura mengangguk berkali-kali. Image,image IMAGE!! Itu aje lah yang Dato' Isyraff ni kesahkan pun!

Haura terus keluar dari pejabat tanpa menunggu apa-apa lagi. Mahu sesak dada lama-lama di dalam!

Dia bergerak ke kereta Suzuki Swift miliknya yang terletak betul-betul bersebelahan kereta ayahnya. Dia segera masuk dan menyalakan enjin. Pendingin hawa diperbetulkannya bagi menghala ke arahnya. Dia tercari-cari iPhone nya. Nombor Rafie menjadi tarikannya.

"Hello," kedengaran suara garau Rafie dihujung talian.

"Erm, Rafie..about tonight..."

"Tak jadi ke?" soal Rafie.

"No,no. Boleh tak kalau kita keluar dengan Reen and Ariq." pinta Haura sambil memperlahankan suara takutnya nada suara menjadi salah faham buat Rafie.

"Okay, before awak cakap apa-apa, biar saya bagitahu dulu. Yelah awak tahu lah, today's my birthday. Kan lagi best kalau celebrate ramai-ramai. Lagipun, sebelum ni memang saya sambut ramai-ramai kan dengan awak semua. Saya..awkward sikittt lah kalau sambut berdua je. Can we?" celah Haura sebelum Rafie menafikannya.

Betul juga, baru kali ini Haura sambut hari lahirnya berdua bersama Rafie. Sebelum ini mereka sambut beramai-ramai. Maklumlah, mereka baru sahaja menjalankan hubungan 5 bulan yang lalu. Semuanya terasa masih baru bagi Haura. Dia juga masih belum pasti perasaannya terhadap Rafie.

"Haura, kau tahu kan aku dah lama tak jumpa kau. Aku nak keluar dengan kau. Just two of us, today. Boleh?" pinta Rafie pula. Mendengar permintaan Rafie, Haura menghelakan nafas panjang.

"Hmm,okay. Sorry ganggu awak. Bye,"

"Bye. See you tonight,"

"Hm,"

Haura menamatkan panggilan. Dia menyandarkan diri pada sofa kereta. Kadang-kadang dia terasa dia terlalu ikutkan Rafie. Dia rasa dia tidak boleh jadi dirinya sendiri. Dia terus memulakan perjalanan pulang.

* Don't just pull me to you. You must to push the another person in your heart first *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience