Chapter 8

Romance Series 3434

"CIK Haura okey?"

"Luka teruk ke?"

"Cik Haura perlu banyak rehat,"

"Get well soon,"

Pelbagai sapaan, soalan, keprihatinan dan nasihat yang telah menerjah ke gegendang telinga Haura hari ini. Sejak dia muncul di hadapan pintu masuk, bermula dengan penjaga pondok, pengawal pintu masuk, penjaga kaunter dan berakhir dengan pekerja-pekerja office. Namun, tak satu pun dia dengar dari mulut ayahnya.

Badannya dihempaskan ke atas kerusi roda mahal pejabatnya. Dengan plaster yang masih terlekat pada kanan dahinya dia tetap bekerja hari ini. Baru saja Haura mahu memulakan kerja, telefonnya berdering memanggil.

Nama Rafie tertera pada skrin telefon. Nafas dihembusnya panjang.

"Awak nak apa? Saya busy," sinis suara Haura menegur.

"Sayang, I'm sorry. Aku minta maaf sebab tak dapat jumpa kau semalam. Are you okay?"

"Yeah, i am really okay. And saya ada banyak kerja nak buat. See you," segera Haura mematikan panggilan sebelum menunggu apa-apa balasan daripada Rafie.

Penat. Lelah. Bosan. Berhari-hari perlu melayan sikap Rafie yang entah ke mana matangnya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertahan, mungkin cinta? Benarlah kata orang, kuasa cinta itu kuat.

"Cik Haura?"

"Eh," Haura mengurut dadanya yang terperanjat dengan kehadiran seorang pekerja perempuan.

"Sejak bila awak ada dekat sini?" soal Haura.

Fatin tersengih memandang reaksi Haura yang begitu hairan.

"Err tak lama sangat, mungkin dari 'awak nak apa? saya busy' ha tu"

Hadehh, terciduk sudah Haura bergaduh dengan kekasihnya di depan pekerja yang muda setahun darinya itu.

"Ok whatever, ada apa?"

"Basic intruction, Dato nak jumpa Cik Haura dekat office dia. Now,"

Haura mengeluh rimas. Apalahh yang ayah sibuk sangat dengan hari-hari aku nih! Gumam Haura sendiri.

"Dato tak ada suruh bawa document apa-apa?"

"Ohh, kali ni tak pula dia pesan saya apa-apa. Just to call Cik Haura into his room,"

"Okok, you may go," arah Haura.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Fatin terus saja keluar dari bilik Haura memandangkan tiada apa-apa lagi arahan dari Dato' Isyraff.

Dengan derapan kaki yang malas, terpaksa juga Haura menguatkan diri bergegas ke bilik Dato' Isyraff yang berada dua tingkat atas dari pejabatnya.

Setelah sampai, Haura berhenti betul-betul di hadapan pejabat ayahnya. Tiba-tiba dia terasa aura yang berbeza. Entah apa yang akan dia lalui, hinaan dan makian sebentar lagi harus dia tempuhi. Sungguh, dia penat bertikam lidah dengan ayahnya yang pastinya tiada penghujung kedamaian.

Haura lantas mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam. Terlihat ayahnya sedang duduk di atas kerusi bersama dua figura yang cukup dikenalinya itu. Tak lepas juga Haura memandang susuk tubuh yang turut berada di situ namun tak dapat dia kenal pasti siapa.

"Cik Nur Haura Awliya, what took you so long?" soal Dato Isyraff tak semena-mena. Belum apa-apa lagi sudah terkena sindiran percuma.

Haura bergerak mendekati mereka.

"I was on the call just now,"

Haura melirik ke arah lelaki yang sejak tadi tak berkedip memandangnya. Is that the lift guy? teka Haura.

"Putra, I'll talk you later. Saya ada kerja,"

Kerja apanya, ada aku, Along dan Angah je pun. Does he want to give 'special' assignment again? Tak berhenti Haura memerah otaknya. Tak cukupkah tugasan baru-baru ini?

Dengan sedikit enggan dan berat hati, Putra akur juga dan terus beredar dari situ. Haura menghantar Putra dengan pandangannya. Siapakah Putra? Mengapa dia bertemu dengan ayah? Sekali lagi otak Haura ligat berfungsi.

Dato' Isyraff bangun dari kerusi kulit buatan Itali itu lantas bergerak kepada almari yang penuh dengan fail. Ketiga-tiga beranak itu memandang tak bersuara.

'I guess, new project again'

"Untuk Haura," kata Dato' Isyraff selepas meletakkan sebuah fail yang cukup tebal di atas meja. Dahi Haura berkerut seketika.

"Apa pula ni?" soal Haura acuh tak acuh.

"Ni kerja baru Haura. Anggap sebagai ganti last project dengan Aqlan haritu," terbuntang mata Haura tak percaya.

"New project lagi? Ayah, projek haritu bukannya Haura tak buat langsung. Haura buat mana bahagian Haura, Haura tak curi tulang pun. Haura just tak dapat nak present sama-sama dengan Angah je. Itu je. And now ayah nak ganti kan dengan yang baru? Tebal pulak tu. Tak naklah Haura buat," bebel Haura. Lantaklah apa yang mahu dihujat Dato' Isyraff, asalkan dia dapat meluahkan isi hati.

Aqlan dan Aariz memandang ke arah Haura. Haura pula buat tak tahu saja. Mendengar hujah Haura, Dato' Isyraff meletakkan kedua tapak tangannya ke atas meja. Keluhan berat dilepasnya.

"Ada ayah minta opinion Haura? Ada ayah tanya Haura nak ke tak nak?"

Haura hanya menggeleng. Takut pula dia melihat sikap ayahnya itu.

"Dah tu yang pandai-pandai jawab soalan tak bertanya kenapa? Just take it. And Haura boleh pergi. Due date nanti ayah bagi tahu,"

Haura mendecit rimas. Diambilnya juga fail yang tak kalah tebalnya kamus. Lantas kaki menyusun langkah keluar.

"Ihh, apalah salah aku ni?!" rungut Haura sendiri.

"Tapi, apa Angah dengan Along kena buat?"

Dia buang saja rasa ingin tahunya itu. Dengan rasa berat hati kakinya kembali ke pejabatnya. Tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh yang sedang duduk di atas bangku.

Putra.

Haura buat tak tahu saja. Kakinya ingin segera berlalu pergi.

"Lama lagi ke Dato Isyraff dalam tu?" soal lelaki itu seraya berdiri sebaik sebaik saja Haura jalan melepasinya.

"Dato Isyraff tengah discuss dengan pekerja-pekerja dia. I think it takes time,"

Putra hanya mengangguk faham. Dia kembali duduk di bangku seperti rela untuk menunggu.

"Awak ada hubungan apa dengan Dato' Isyraff. Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni," soal Haura. Putra memandang gadis itu. Lama.

"Kau ni pulak ada kaitan apa dengan Dato' Isyraff?" soalnya selamba. Haura mengetap bibir.

'Aku rasa elok je aku tanya dia tadi. Dia nak melenting apa pasal?' gumam Haura. Haura melepaskan hembusan nafas. Malas dia berdebat.

"Saya rasa better awak datang esok je lah. Saya tak rasa disscussion tu sekejap je," kata Haura bingkas mengangkat kaki pergi.

PUAN HUMRA lantas mencapai tombol pintu sebaik saja salam jelas kedengaran di telinganya. Setelah memastikan tudung elok diatas kepala, dia memulasnya.

Figura itu tersenyum mesra memandangnya. Puan Humra tidak sangka akan kehadiran tetamu itu tergamam seketika. Untuk apa dia ke mari?

"Masuklah," lembut saja Puan Humra menjemput lelaki itu.

"Siapa datang, ibu?" Awatif yang entah dari mana, tiba-tiba saja muncul. Terdiam melihat gerangan itu. Senyum segaris dipasangnya.

"Awatif, pergi buatkan air untuk uncle," pinta Puan Humra pada anak perempuannya itu. Tidak melawan, Awatif akur.

"Semua sihat, Humra?" soal tetamu itu.

"Alhamdulillah, Isyraff. Semua sihat. Keluarga Isyraff macam mana?"

"Macam tulah, sihat saja,"

"Ni.. Isyraff datang ni ada apa?"

"Amboii, tak boleh ke nak melawat?" usik Dato' Isyraff.

Puan Humra tertawa kecil.

"Tak adalah, selalu datang sini pun, borak-borak dengan Arwah Kamal. Sekarang bila dah tak ada, saya tak pandai nak borak Isyraff,"

Dato' Isyraff tersenyum kelat. Teringat seketika kenangan dia bergelak tawa dengan arwah sahabatnya itu.

"Isyraff ada nak kata apa-apa ke? Kenapa tak bawa Amalia sekali,"

"Saya datang sini, sebenarnya..., nak bincangkan pasal janji arwah Kamal,"

Puan Humra terdiam, bukan dia tidak mahu, dia tidak bersedia. Masakan dia lupa tentang janji dua sahabat itu. Masa itu, dia turut ada bersama mendengar dan mempersetujui. Masa itu, dia masih ingat...

"Janganlah, Kamal. Aku ada. Bagi aku yang handle,"

"Isyraff, sudahlah. Kau dah banyak sangat tolong aku. Aku takut aku tak sempat balas jasa kau,"
Dalam keadaan semput, nafas masih tercungap-cungap, Kamal masih gagah mengatur kata buat rakannya itu. Dia tidak mahu rakannya itu terus-menerus membantunya, kerana jasanya memang tidak terkira. Sungguh, banyak!

"Aku tahu Isyraff, kejap lagi Allah akan tarik nyawa aku ni. Aku nak kau dengar permintaan aku ni,"

Dato Isyraff hanya mengangguk. Dia siap bersedia mendengar apa jua permintaan sahabatnya itu. Kerana dia, rakannya terluka. Kerana dia, keluarganya menderita. Kerana dia, mulakan penipuan ini.

"Aku nak keluarga aku bahagia, Isyraff,"

"Boleh, Kamal. Boleh. Aku akan bagi apa saja. Rumah? Kereta? Insya-Allah aku mampu,"

"Bukan itu,"

"Habis tu apa, Kamal? Aku tak nak tengok keadaan keluarga kau yang kurang ni. Biar aku yang isi semua kekurangan tu," Dato Isyraff tak berhenti menasihati si rakan untuk hidup sepertinya. Mewah.

"Aku nak kau hidup macam aku. Aku tak nak kau hidup sederhana macam ni sedangkan aku sahabat kau boleh bantu. Kalau kau tak nak, aku bawa anak kau. Tinggal dengan aku. Atau lebih senang, aku janji untuk jadikan dia menantu, Kamal" sambung Dato Isyraff.

"Itu yang aku nak," kata lelaki tua yang sudah mula tenat.

"Walaupun nanti aku dah tak ada. Aku tetap nak keluarga aku ada hubungan dengan keluarga kau. Ambillah anak lelaki aku. Kahwinkan dia dengan anak perempuan kau. Aku nak hubungan kita ni terus terjalin," Encik Kamal masih petah berkata.

"Kau serius ke ni? Kau tak pernah jumpa dengan anak dara aku. Kau pun masih belum tahu sikap dia macam mana, aku takut kau tak suka. Bukan tu saja. Aku yakin kau tahu Haura bukan anak kandung aku. Kau masih yakin nakkan dia sebagai menantu kau, Kamal?" soal Dato Isyraff inginkan kepastian.

"Aku yakin. Aku tak minta banyak, Isyraff. Aku nak anak kau, bahagiakan anak aku. Asalkan anak lelaki aku bahagia, aku yakin anak perempuan dan isteri aku pun senang,"

"B-baik, Kamal,"

"Kau janji, bukan?" soal Encik Kamal.

"A-aku janji. Aku janji,"

Keadaan menjadi sepi. Dato Isyraff terbayangkan bagaimana dia harus mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang dia tidak kenali. Bukan dia tidak suka. Tetapi dia tahu sikap Haura sukar diatasi. Tentu sukar untuk Haura menerimanya. Tetapi perjanjian ini tak akan ada penyesalannya kerana Putra Aydin mempunyai hati budi yang baik.

Puan Humra yang sejak tadi menunggu untuk dua sahabat itu berbicara, hanya diam tak bersuara. Dia hanya merelakan permintaan suaminya itu jika itu permintaan yang terakhir.

PAP! Puan Humra kembali ke dunia nyata.

"Janji.. kahwinkan Aydin?"

Dato Isyraff mengangguk. Dia tahu tentu sukar. Tetapi janji tetap janji.

"Aydin dalam keadaan yang... Isyraff tahu sendirilah. Bukan saya tak nak dengan perkahwinan ni. Cumanya untuk kedua-dua anak kita pun mesti sulitkan? Haura tak kenal Aydin. Aydin pun tak kenal Haura. Jujur, saya nak sangat ada menantu. Saya nak Aydin kahwin, ada anak. Tak naklah saya tengok dia asyik fikir pasal saya dengan Awatif saja,"

"Ye, Humra. Saya tahu. Tapi sampai bila kita nak tangguh janji arwah Kamal? Saya rasa bersalah sangat. Saya pun kalau boleh nak Haura memang kenal dengan Putra, tiada masalah untuk dia memilih Putra sebagai suami. Tapi saya tetap terkenangkan janji tu, Humra. Setiap malam memang susah saya nak tidur. Asyik fikir pasal mereka berdua saja," luah Dato Isyraff.

Puan Humra dan Dato Isyraff sama-sama terdiam. Mereka tidak tahu cara menyatukan anak mereka. Dato Isyraff memikirkan Haura. Anak perempuannya itu sangat susah ditangani. Sudahlah dia penyebab Haura menjadi anak yatim piatu. Kini, dia pula perlu memaksa anak angkatnya itu untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Tentu semakin meluak protes anaknya itu.

Nasib putranya berlegar-legar di fikiran Puan Humra. Anak lelakinya itu kini semakin akrab dengannya. Sehinggakan tidak mahu melepaskan dia pergi ke mana-mana. Kehilangan seorang bapa memberikan kesan yang dalam kepadanya. Tambah-tambah lagi anak lelakinya itu yang berada di tempat kejadian. Bagaimana dia mahu menyatakan hal ini kepadanya?

Awatif yang sedang membawa dulang berisikan dua gelas air teh itu memandang ke arah abangnya di sebelah. Jelas sekali mereka mendengar apa yang dibicarakan oleh ibu dan rakan kepada arwah ayah mereka. Awatif tahu pasti berat untuk Putra mendengar hal ini. Bahkan dia yang tak terlibat pun terasa serba-serbi percikan emosi. Abangnya akan segera berkahwin, meninggalkan dia dan ibunya. Setiap perkahwinan adalah detik menggembirakan. Tetapi dengan cara abangnya dipaksa sebegini dia tidak suka. Bahkan dia sendiri juga tidak kenal dengan bakal kakak iparnya itu.

Melihatkan Putra yang berlalu pergi ke biliknya, Awatif menguatkan langkah menghantar juadah yang tak seberapa itu. Air mukanya sedaya upaya ditahan. Berpura-pura tidak mendengar apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience