Chapter 3

Romance Series 3434

"SORRY, "

"Tulah aku dah cakap dah, Rafie mesti tak nak punya. Tak pe lah, aku pun tak kesah sangat," balas Ariq di hujung talian.

"Hmm, next time ye. Inform Reen sekali. Aku call dia tak dapat, bye," kata Haura pada sahabatnya itu.

"Okay, bye,"

Dia mengeluh panjang. Entah kali ke berapa dia mengeluh setelah menamatkan panggilan dengan Rafie. Setelah pulang kerja, biasanya Haura akan terus pulang ke rumah, tetapi entah hari ini tiba-tiba dia ingin minum petang di Delighty Cafe. Pure Cheese Cake dan Green Tea Smoothie menjadi santapannya petang ini. Setelah habis kek itu dimakannya, perlahan-lahan sisa cheese yang masih melekat di pinggan dikuisnya. Bukan, mahu dimakan, dia juga tidak tahu mengapa dia begitu. Entah mengapa jadi melayang pula fikirannya petang itu.

Setelah Green Tea Smoothie turut dihabiskan Haura bangun dari kerusi dan bergerak keluar dari cafe itu. Jam di tangan sudah menunjukkan 6.45 petang. Tiba-tiba terasa setitik air jatuh di hidungnya. Dia melilau memandang semua orang. Benar sangkaannya, air hujan sudah mula membasahi bumi Kuala Lumpur. Dia risau jika ibunya menunggu kepulangannya. Masa begitu lama dia habiskan di cafe itu hanya termenung sia-sia. Dia berjalan pantas mendapatkan keretanya sebelum dia basah dek hujan. Tanpa sedar dia terlanggar seseorang yang datang berlawan dari arahnya. Dia mengangkat muka memandang gerangan itu.

"Oh, sorry sorry. Saya tak sengaja," ucap Haura pada lelaki tinggi berhoodie hitam itu. Mata Haura mula meliar mencari wajah lelaki itu yang bersembunyi di sebalik hoodie.

"It's okay," balas lelaki itu.

Lelaki itu terus bergerak meninggalkan Haura. Tiba-tiba Haura melihat sekeping not berwarna biru jatuh ke kakinya. Cepat-cepat Haura mendapatkanya. Firasatnya mengatakan ia pasti wang lelaki itu. Dia kemudian berlari ke arah lelaki itu semula. Untungnya hujan hanya sekedar rintik-rintik sahaja, tidaklah dia membasahi dirinya sendiri.

"Maaf, encik. You drop this," ucap Haura sambil menghulurkan not berwarna biru itu kepada lelaki itu.

Lelaki itu memandang Haura seraya menjatuhkan hoodie yang terlekap di kepalanya. Jantung Haura kemudian berdegup laju seakan tidak mahu berhenti. Sungguh, wajah itu terlalu sempurna di mata Haura. Mereka mula bermain anak mata.

"Tak apalah, cik simpan jelah,"

Lamunan Haura terhenti mendengar kata-kata lelaki itu. Haura kemudian menarik lengan lelaki itu lalu meletakkannya ke tapak tangan lelaki itu.

"Ini tetap duit. Mana tahu boleh tolong encik,"

Tiba-tiba hujan terasa semakin lebat. Haura terus berlari anak dari terus dibasahi air hujan. Lelaki itu hanya memandang Haura yang berlari mendapatkan kereta Suzuki Swift yang tidak jauh dari situ. Dia kemudian memandang pula wang seringgit di tangannya.

"Dia orang kaya rupanya. How can orang senang macam dia boleh ingatkan orang susah macam aku ni tentang benda remeh tu," nada suara Putra rendah sahaja ketika berkata sendiri. Dia menyelupkan wang seringgit itu ke dalam poket seluarnya. Dia mengangkat semula hoodie yang dijatuhkannya tadi ke atas kepala dan berjalan pulang.

PUTRA berlari ke arah pondok bas. Meskipun hujan, tekaknya terasa kering dek kerana berlari mendapatkan teduhan. Bajunya sudah basah lenjun kerana hujan. Nafasnya turun naik, terasa lelah berlari. Dia melihat ke arah seorang remaja perempuan sedang nikmat minum air milo ais di dalam plastik. Perlahan-lahan nafsunya tertarik ingin minum juga. Cepat-cepat dia mengalihkan semula pandangannya.

Haduhh, aku pun dahaga ni. Gumam hati Putra sendiri

"Macam mana lah aku boleh lupa bawa dompet!" rungut Putra seraya meraup rambutnya. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan seorang wanita yang tadi mengembalikan wang seringgit kepadanya. Dia menyelup poketnya. Hah, that's it! Dia menarik senyum senget melihat wang seringgit itu. Dia kemudian meredah hujan lagi untuk pergi ke kedai runcit yang langsung tidak jauh dari situ.

Putra mendapatkan air mineral dari dalam peti sejuk itu. Dia membayar kepada penjaga kaunter itu. Kakinya bergerak keluar dari kedai itu. Penutup botol dibukanya lalu meneguk air itu berkali-kali. Suara wanita itu terngiang-ngiang di fikiran Putra.

"Ini tetap duit. Mana tahu boleh tolong encik,"

Putra tergelak kecil. She's right. Monolog Putra. Tanpa sedar bibirnya tak lekang dek senyuman mengenangkan wajah gadis itu. Dia memilih untuk menunggu di situ sehingga hujan reda.

5 minit berlalu, dia mengerling jam di tangan. Tepat jam 7.00 petang. Dia bingkas bergerak ke arah motosikalnya yang diparkir tidak jauh. Dia terus menyalakan enjin dan membelah jalan raya untuk pulang.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia terus masuk ke dalam rumah. Suara kecil dan lunak menegurnya.

"Abang, keluar punya lama, apa pun tak bawa balik ke?"

Putra memandang ke arah empunya suara. Dia menayang wajah selamba.

"Abang terlupa dompet,"

"Hah? Lah penat ummi tunggu tu. Nak makan apa ni?" soal Awatif. Putri Awatif. Satu-satunya adik-beradik Putra.

"Mana ummi?" Putra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dapur,"

Putra menyusun langkah ke dapur. Dia melihat sekujur tubuh yang sedang membasuh sayur di singki. Dia bergerak mendekati wanita separuh abad itu.

"Ummi,"

"Eh, Aydin. Tak dengar pun dah balik. Mana barangnya?" soal Puan Humra kepada anak sulungnya itu.

"Aydin..," rasa bersalah pula Putra mahu memberitahu perkara sebenar.

"Abang tinggal dompet, ummi. Ha, marah la abang," ucap Awatif yang entah datang dari mana. Putra buat muka tak bersalah. Walaupun Putra sering menayang muka bengisnya, Awatif tidak pernah takut pada abangnya. Seingatnya abangnya itu berubah semenjak mereka kehilangan ayah mereka.

"Lahh, macam mana boleh tinggal pula?"

"Maaf ummi. Aydin kalut tadi. Hari ni Aydin masakkan maggi jelah" pinta Putra kepada ibunya. Setelah kematian ayahnya pada beberapa bulan yang lalu, sikap Putra semakin lembut terhadap Puan Humra namun wajah semakin bengis.

"Yelah,yelah. Pergi mandi cepat. Dah basah lenjun dah tu. Lepastu pergi masjid, jangan tak pergi pula," pesan Puan Humra.

"Terima kasih ummi," ucap Putra.

"Alah.. mana aci. Tak kena marah." rengek Awatif.

Putra mendecit mendengar rungutan Awatif lalu dia jalan sahaja ke biliknya. Puan Humra hanya memerhatikan sahaja anak sulungnya itu sehingga hilang dari pandangan. Dia bersyukur kerana dia berjaya mendidik anak-anaknya. Walaupun sikap Putra dingin, sekurang-kurangnya dia bijak menyara diri dan keluarga. Putra banyak membantu keluarganya.

"Ummi, bosan ah abang tu," Awatif berjalan dekat kepada Puan Humra.

"Hmm. Abang kamu tu tertekan tu. Yelah, ummi pun tak tahu kenapa arwah ayah kamu banyak sangat musuh kerja. Kesian abang kamu, semua dia yang kena buat," luah Puan Humra pada anak perempuannya. Awatif menggangguk faham.

BERGAYA Chic Edgy pilihannya malam ini. Berjaket hitam dan disarungkan t-shirt putih di dalamnya serta berseluar denim hitam. Untungnya dia mempunyai masa lebih, jadinya dia sempat menggayakan rambutnya dengan Flowy Curls. Satu persatu anak tangga dia turuni. Dia tercari-cari kelibat Datin Amalia. Namun, dia terdengar suara gelak ketawa dari ruang tamu. Cepat-cepat dia berlari ke arah suara itu.

"Ibu, adik pergi dulu. Rafie dah tunggu tu," sapa Haura kepada sekumpulan yang sedang berbual mesra itu.

"Okay, hati-hati Haura. Jangan balik lewat tau," pesan Datin Amalia pada anak bongsunya.

"Wah wah, lawa nyerr adik Angah!" sakat Aqlan yang melihat wajah adiknya yang berseri-seri untuk bertemu janji.

"Jangan puji lebih-lebih Angah. Kang jealous pula Kak Amanda. Lagipun adik nak pergi sambut birthday. Nak harap kat sini, siapa nak sambut?" perli Haura namun niatnya tidaklah sampai ke situ.

"Paham-pahamlah, ayah kamu tu. Tak suka bising-bising. Lagipun Haura dah besar, tak kan nak buat party lagi kan?" kata Datin Amalia pula.

"Yelah, yelah. Dah lambat ni. Kesian Rafie," Haura meminta izin sekali lagi. Dia bergerak menyalam semua yang berada di situ. Bermula dengan Datin Amalia lalu bergerak ke arah Aqlan dan Amanda yang berada di sebelahnya. Aariz dan Inara juga tak lupa. Dia melambai sebelum keluar.

Bondage Boot hitam disarungkannya lalu dia cepat-cepat berlari memasuki kereta Audi hitam takut Rafie sudah lama menunggu.

"Hah, sorry. Lama ke?" soal Haura sebaik saja masuk ke dalam kereta.

"No," balas Rafie dengam senyuman manisnya.

"So, where are we going?"

"Somewhere,"

"Ish," Haura menampar lengan Rafie. Rafie tergelak kecil. Mereka memulakan perjalanan.

Perjalanan mereka mengambil masa 20 minit untuk tiba. Rafie memarkir keretanya tepat di hadapan sebuah pasar malam.

"Oh? Sini ke?" soal Haura.

"Haah, bosan lah kalau asyik pergi makan je kan?" balas Rafie.

Haura menarik senyum lebar.

"That's what i like about you," ucap Haura sambil menayang senyum manis.

"Jom," Rafie mematikan enjin kereta lalu kereta dan berlari membukakan pintu buat Haura. Haura keluar lalu tangannya dipimpin erat Rafie. Mereka berjalan berdua masuk ke pasar malam. Berbagai jenis makanan yang menarik nafsu makan mereka.

"Kau nak makan apa, Haura?" soal Rafie kepada Haura yang sepertinya sudah mula melilau anak matanya mencari santapan perut.

"What about sate?" Haura mengangkat kening double jerk.

"Good idea, jom cari," kata Rafie seraya memetik jarinya. Haura tertawa kecil.

Setelah selesai membeli mereka mengambil bangku kosong yang tersedia banyak. Bangku itu tersusun di tempat yang strategik kerana terletak di tempat yang berangin dan atas jambatan sebuah laut. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi lembut Haura. Dia memejam erat-erat matanya mengambil segala kekuatan. Rafie meletakkan bungkusan plastik yang dibeli mereka tadi di sebelahnya. Tak begitu banyak yang dibeli. Hanyalah beberapa cucuk sate, pisang goreng cheese dan dua botol coconut shake.

Sedang nikmat Haura menghirup coconut shake nya. Tiba-tiba matanya menangkap sebuah permata cantik di hadapannya.

"Happy birthday, Haura,"

Rupa-rupanya Rafie yang datang dari belakang menayang rantai buat Haura. Haura tersenyum lebar. Rafie memasangkan rantai itu pada leher Haura. Rafie datang ke hadapan Haura.

"Hope rantai tu dapat protect kau,"

"Thank you!" ucap Haura penuh girang. Dia amat menyayangi lelaki itu. Lelaki yang tak pernah henti membuatnya tersenyum. Walaupun kadang kala Haura tidak suka dengan beberapa sikap Rafie, tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu memandang itu dan melihat segala kebaikan Rafie. Jejaka itu sungguh pandai mencuri hatinya.

"Hmm, Rafie," panggil Haura sambil menatap tepat anak mata Rafie.

"Yes?"

"By the way, why not awak tukar 'aku' 'kau' tu. Tak sedap lah bunyi dia," pinta Haura. Setelah sekian lama dia ingin mengatakan hal ini pada Rafie dan hari ni hari pertamanya memberanikan diri menegur kebiasaan Rafie.

Rafie memandang wajah Haura dengan pandangan kosong. Senyum segaris dia tayang.

"Haura, kau pun tahu kan, dari dulu kita kawan. Aku dah terbiasa guna 'aku' 'kau' tu dengan kau. Tengoklah, kalau lidah aku boleh terkeliat lain kali. I'll try,"

Haura membalas senyuman Rafie. Tak mengapalah, jika Rafie tidak mampu. Asalkan lelaki itu setia bersamanya.

Rafie terus mengambil tempat duduk di sebelah Haura.

"However, i still love you," ucap Rafie penuh kasih. Dia betul-betul sayangkan gadis itu. Dia tidak mahu menyakiti Haura.

"I know,"

"Haura,"

"Hm?"

"Jom kahwin,"

"Hah?" terkejut bukan kepalang Haura mendengarnya. Nasib dia tidak tercucuk lidi sate.

"Bukan apa, aku sayangkan kau Haura. Aku tak nak kau jadi milik orang lain. Aku takut aku terlambat," luah Rafie.

"Rafie.. saya bukan tak nak. But, it's just so sudden. Kita pun baru 5 bulan kan? I know, walaupun kita baru 5 bulan, tapi saya memang dah cukup kenal awak sejak dulu lagi. But, saya tak nak buat semuanya tiba-tiba. Kita mula satu-satu okay? Saya tak kan jadi milik orang lain, kalau kita okey-okey je," pesan Haura pada Rafie yang menunduk betul-betul memaksudkan permintaannya itu.

"Dah makan, nanti balik lambat pula," kata Rafie sambil menggosok rambut Haura. Haura senyum segaris buat Rafie. Dia lega, untung Rafie tidak marah padanya. Dia tahu, Rafie terlalu sayangkan dia. Begitu juga dengan dirinya.

* Untuk apa kamu panjat ke atas demi saya, sedangkan saya setia menunggu kamu di bawah *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience