Chapter 4

Romance Series 3434

"THIS project requires the support and encouragement from another party. So, kita tak boleh buat kalau tak briefing dengan pelanggan. Angah nak kita cuba communicate dengan pelanggan. This is we call communication skill. Kita kena promosi while ask them apa yang mereka perlukan untuk penambahbaikan. Teknologi yang kita hasilkan mesti berdasarkan kemudahan pengguna, bukan untuk kepentingan mereka," jelas Aqlan panjang kepada adik perempuannya.

Hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik mesyuarat disertai kertas-kertas kerja dan kertas majung dengan lukisan serta projektor yang terang menyala. Projek ini adalah amanah daripada Dato' Isyraff buat mereka berdua sebagai pekerja berjawatan tinggi. Dato' Isyraff benar-benar mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang ini.

"So, kita akan sediakan brochure untuk peredaran?" soal Haura.

"If we need,"

"Sempat ke? Projek ni mesti disahkan Dato' Isyraff esok selepas kita combine dengan projek Along,"

"Oh? Kalau macam tu adik dengan Athirah tolong siapkan brochure sebagai laporan. Angah akan dapatkan open proposal from another company," balas Aqlan.

"Okay," ucap Haura seraya mengangguk mengiakan arahan Aqlan.

"Okay, good luck. Gerak!"

Aqlan menghampiri beberapa orang pekerja untuk membantunya mencari standard syarikat. Haura terus keluar mencari kelibat Athirah untuk dia menyelesaikan bahagiannya. Dia turun ke aras utama. Dia tercari-cari kelibat Athirah. Setahunya waktu sebegini wanita itu selalu berada di Technical Room sebagai Head of Technical Management.

"Maaf, encik. Tapi buat masa sekarang encik memang tak dibenarkan masuk. Pekerja-pekerja termasuk Dato' Isyraff sendiri sangat sibuk," suara kecil seorang pekerja perempuan menarik perhatian Haura.

"Encik perlu buat temu janji dahulu dengan Dato' Isyraff. Mungkin encik boleh datang lain kali," kata seorang pekerja lelaki pula kepada lelaki yang tinggi dan kulitnya lumayan putih. Tanpa sedar kaki Haura mula bergerak.

Kedua-dua pekerja itu menudukkan badan dan kepala mereka kepada Haura sebaik sahaja menyedari kedatangannya.

"What's going on?" soal Haura.

"Encik ni nak jumpa dengan Dato' Isyraff tapi dia tiada dalam schedule," balas pekerja perempuan itu, Liyana.

Haura memandang lelaki itu. Lelaki itu merenung tepat pada wajahnya. Looks familiar. Setelah puas Haura meneliti wajahnya, dia membuka suara.

"Encik dari syarikat mana ye?" soal Haura lagi tetapi bertujukan kepada lelaki yang berbaju T biru tua itu.

"Aku tak ada masalah. Aku nak jumpa Dato' Isyraff. Aku ada hal lagi penting pada kerja kau," selamba sahaja lelaki itu membalas.

"Encik sila beri sedikit hormat," tegur pekerja lelaki itu pula. Risau pula dia bila lelaki itu lancang sahaja berkata kepada Haura yang berjawatan tinggi itu.

"It's okay Fadiy," kata Haura kepada pekerja lelaki yang baru sahaja bekerja di situ dua minggu yang lalu.

"Sekarang ni syarikat memang sangat sibuk. Encik boleh jumpa lain kali. Tolong jangan ganggu," ucap Haura dengan lembut.

"Ganggu? Kasi aku jumpa dengan Dato' Isyraff then kau boleh buat kerja kau. Aku tak kan suruh kau buat kopi or what untuk aku as a guest,"

Haura menghela nafas panjang. Lama-lama dia naik darah dengan sikap lelaki ini. Cukuplah dia muak dengak sikap buaya pekerja lelaki di sini. Ini datang pula tetamu yang tak diundang bersikap tajam lidah padanya.

"Suka hati enciklah, saya sibuk sekarang. Dato' Isyraff memang tidak mahu diganggu sekarang," balas Haura seraya bergerak pergi dari situ. Lelaki itu cuba datang kepadanya tetapi dihalang oleh pekerja-pekerja itu.

Baru 15 meter Haura berjalan, dia terserempak dengan Dato' Isyraff. Dia menoleh ke belakang kembali. Lelaki itu masih enggan pergi dari situ. Dalam hati, Haura sudah berdoa supaya Dato' Isyraff tidak marah kepada pekerja yang bertugas untuk mengawal pintu masuk. Perlahan-lahan Haura cuba menarik perhatiannya.

"Dato' " panggil Haura.

Dato' Isyraff berpaling ke arahnya.

"Projek kali ni saya dengan Encik Aqlan akan adakan briefing dengan klien dan pelanggan luar,"

Dato' Isyraff mengangguk berkali-kali seraya berkata.

"Baik, lakukan apa sahaja untuk projek ni. Pastikan projek ni berjaya,"

Dia terus bergerak. Seperti menuju ke arah pintu masuk. Haura hanya memandang dari jauh. Haduhh, matilah! Gumam hatinya.

"Encik, tolong pulang sahaja," kata Fadiy.

"Fadiy, ada..." kata-kata Dato' Isyraff mati setelah dia terpandangkan wajah lelaki yang dari tadi enggan pergi walaupun berkali-kali dihalau.

Haura melihat perubahan riak Dato' Isyraff. Mereka saling berpandangan. Ligat otak Haura berfikir tentang gerangan yang datang melawat itu.

"Putra?" lafaz Dato' Isyraff.

Ayah kenal? soal Haura sendiri.

"Ada apa kamu ke sini?" soal Dato' Isyraff kepada Putra.

"Saya nak jumpa Dato' "

"Baik. Ikut saya,"

Membuntang mata Haura tak percaya. Ayahnya baru sahaja memberi keizinan kepada lelaki itu. Setahunya jadual ayahnya sangat padat hari ini. Kenapa senang sahaja lelaki itu diberikan lampu hijau?

Mereka berdua terus berjalan. Barang kali mahu naik ke pejabat ayah. Teka Haura.

Tanpa sedar dia masih lagi tercegat di situ. Lamunannya mati setelah perasan Dato' Isyraff dan lelaki itu semakin menghampirinya. Dato' Isyraff memberhentikan langkahnya sebaik sahaja bertembung dengan Haura sekali lagi. Dia memandang lama wajah anak perempuannya. Kemudian beralih kepada Putra di sebelahnya.

Haura menelan liur lalu menudukkan kepala kepada Dato' Isyraff. Anak matanya kemudian dijatuhkan pada susuk tubuh di sebelah ayahnya. Tiba-tiba dia baru teringat, bahawa lelaki itulah yang terlanggar dengannya petang semalam. Dan hari ini juga dia tahu namanya. Putra.

Mereka bergerak memasuki lift. Putra hanya membuntuti langkah Dato' Isyraff. Sungguh dia ingin tahu, siapakah Putra? Mengapa ayahnya langsung tidak marah kerana membuat kekacauan?

"Putra," tanpa sengaja bibir Haura menyebut namanya.

MATA Putra melilau melihat kemegahan pejabat Dato' Isyraff. Dia terpandangkan meja yang penuh dengan fail dan dokumen. Terdapat juga komputer riba yang masih menyala. Mungkin Dato' Isyraff tidak mematikannya sebelum keluar tadi. Tekanya dalam hati.

"Kenapa kamu cari saya sampai ke sini?" suara garau Dato' Isyraff memecahkan lamunannya.

"Saya nak tahu apa yang berlaku lapan bulan lepas sebelum kematian ayah saya. Kenapa ramai orang yang cari ayah saya. Saya yakin, Dato' tahu," balasnya seraya menoleh ke arah Dato' Isyraff di belakangnya.

"Kenapa kamu nak tahu?"

"Kenapa? Saya tak cukup penting ke untuk tahu? Orang-orang cari ayah saya. Tak cukup dengan tu, diorang cari saya! Tak cukup penting?" tinggi nada suara Putra.

"Saya minta maaf. Saya akan beri duit sebanyak yang kamu mahu. Saya betul-betul minta maaf atas kesilapan saya masa lalu," ucap Dato' Isyraff kepada lelaki muda yang kelihatan sebaya dengan anak perempuannya.

"Saya tak perlukan duit, Dato' ! Nyawa mak dan adik saya terancam. Sampai ada yang cuba geledah rumah saya. Tolong beritahu apa yang Dato' tahu. Apa yang diorang nak!" Putra mula menunjukkan belang.

"Saya tak tahu apa-apa! Saya sedar saya telah menyebabkan kematian Kamal. Tapi saya memang tak ada benda yang perlu beritahu kamu!" balas Dato' Isyraff. Dia benar-benar tidak suka bincang perkara yang berkaitan dengan kematian Kamal iaitu ayah kepada lelaki muda di hadapannya itu.

Bilik itu menjadi sunyi seketika. Keheningan itu hanya dihiasi dengan gelak sinis Putra.

"Kenapa orang tu tak cari Dato? Kenapa Dato' boleh hidup senang, boleh hidup mewah, kenapa orang tu mesti susahkan keluarga saya sedangkan ayah saya dah mati!"

Dada Putra berombak menahan amarah pada lelaki separuh abad itu. Dia cukup benci pada lelaki bernama Isyraff itu. Jika dulu dia sering mengagumkan Dato' Iysraff kerana selalu membantu mereka, kini tidak lagi.

"Saya pasti Dato' tahu sesuatu. Dan saya akan cuba dapatkan musuh business Dato' dan cari tahu hal sebenar," kata Putra lagi lalu terus bergerak keluar dari pejabat itu. Tadinya dia benar-benar berharap untuk mendapatkan petunjuk dari Dato' Isyraff. Nampaknya tidak. Dia perlu mencari jawapan itu sendiri.

Dato' Isyraff meraup kasar rambutnya. Mendengar setiap bait dari kata-kata Putra membuatkan gunungan penyesalan menghempasnya sengaja. Dia mengetuk meja kerjanya seraya menjerit.

Putra berjalan keluar. Setiap langkahnya pasti tak lepas dari pandangan pekerja-pekerja di situ. Lantas dia hanya menghiraukan sahaja. Nampak seperti orang-orang di situ sedang menunggu gilirannya untuk memberitahu niatnya bertemu Dato' Isyraff tanpa urusan kerja. Dia meluru masuk ke dalam lift yang baru sahaja terbuka.

Putra menoleh ke sebelah kanan. Perempuan ni lagi! Rungutnya dalam hati.

Haura tidak bersuara. Menoleh ke kiri pun dia tidak mahu. Tidak sangka pula dia akan berdua dengan lelaki yang bernama Putra itu. Kedua-dua mereka memilih untuk diam.

Suara deringan iPhone milik Haura memecah kesunyian. Dia melihat nama pemanggil. 'Angah'.

Haduhh. Time ni lah angah nak call pon! monolog Haura. Terasa janggal pula hendak membuka suara ketika keadaan yang sunyi sebegini. Lama dia menatap nama pemanggil itu. Berfikir untuk menjawab atau tidak.

"Tak boleh ke kau jawab je call tu? Aku rasa telinga aku lagi sakit kalau dengar ringtone phone daripada suara kau," kata Putra secara tiba-tiba apabila telinganya mula berdesing mendengar nada dering itu.

"Oh,"

Haura baru perasan akan kelantangan nada deringnya terlalu tinggi. Dia jadi malu sendiri lantas mengangkat panggilan itu.

"Helo, angah. Ada apa?"

"What about brochure?"

"Aaa ye ye. Adik nak pergi minta tolong Kak Athi. Ok bye, jangan call dah!" ucap Haura lantas mematikan panggilan.

Tiba-tiba Haura terdengar suara lelaki di sebelahnya itu tertawa kecil. Namun, dia masih enggan menoleh.

"Call family waktu kerja,"

Haura yakin dia tak salah dengar. Adakah lelaki itu menyidirnya?

Pintu lift segera terbuka. Putra keluar tanpa menunggu apa-apa dari Haura. Haura sudah menggempal penumbuk.

"Eii! Bukan dia ke yang suruh aku jawab!" kata Haura sendiri seraya turut keluar dari lif itu.

Pandangan Haura tak lepas memandang Putra yang sedang berjalan keluar. Dalam hati dia sibuk menyumpah seranah lelaki itu. Harap segak pun tak guna jugak!!

"Aduhh!"

Haura memandang gerangan yang tidak sengaja dia terlanggar ketika mata sibuk memandang Putra.

"Kak Athi! Oh sorry. Haura tak sengaja. Kak Athi okay?" soal Haura pada pekerja yang bernama Athirah itu.

"Okay, okay. Cik Haura kenapa jalan ke lain mata ke lain?" soalan dibalas soalan. Haura mwnayang sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Tak ada apa. By the way, Haura ada task untuk akak now,"

"Nak pergi Technical Room ke?" soal Athirah lagi.

"Yes, jom!" Haura berjalan seiring dengan Athirah. Selain Qaireen dan Ariq, Athirahlah orang yang rapat dengannya di tempat kerja.

* Try to get higher. It will be useless if you make it high but everyone is on the highest *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience