Chapter 7

Romance Series 3434

"HAURA!"

"ADIK!"

Bersahut-sahut nama Haura dipanggil. Ketika itulah dia baru menyedarkan diri. Penglihatannya tika itu amat kabur. Beberapa wajah yang memandang ke arahnya, tak dapat dikenal pasti.

"Ahh," Haura mengaduh kecil sambil memegang kepalanya. Terasa agak asing di kepalanya. Rupa-rupanya kepalanya sedang berbalut.

Kepalanya diangkat memandang gerangan yang sejak tadi tak berhenti memanggil namanya.

Ibu? Along? Angah? Perlahan-lahan otak Haura memproses.

"Haura okey?" soal seorang wanita separuh abad yang cuba menyentuh Haura.

"Hm. Haura..Haura dekat mana ni?" soalnya kembali.

"Adik dekat hospital,"

Lantas Haura bangun mengejut. Matanya membuntang memandang Aqlan. Masing-masing aneh dengan tindak Haura.

"Eh eh kenapa Haura dekat sini? Angah! Angah! Macam mana dengan...,"

"Sudah!"

Tak semena-mena Dato' Isyraff membentak Haura yang masih duduk berlunjur di atas katil pesakit. Haura telan liur memandang ke arah Dato' Isyraff yang tadi duduk di atas sofa lalu bingkas berdiri berjalan ke arahnya.

Haura mengerling Aqlan. Aqlan sudahpun menunduk mengenang nasib. Haura hanya mampu mengeluh dalam hati. Hahh, habislah aku!

"Haura ingat benda ni main-main ke?! Haura tahu tak berapa pentingnya projek ni untuk ayah!"

Boom! Tempias Dato' Isyraff tepat kena pada Haura.

Kali ini Haura hanya menadah telinga.

"Haura selalu tak ambil serius apa-apa projek yang ayah bagi! Buat masalah dengan client. Being rude to worker. Mess up my business! Apa masalah Haura?!"

Kepala Haura masih tak berani diangkat. Matanya berkaca menahan segala makian yang dipercikkan Dato' Isyraff kepadanya. Haura turut dapat rasakan usapan lembut pada belakangnya oleh Datin Amalia.

"Awak sudahlah. Haura bukannya having fun untuk absent presentation hari ni! Awak tak nampak ke anak kita masih atas katil dekat hospital? Sometime pemikiran awak memang tak boleh pakai!" Datin Amalia membalas kata-kata Dato' Isyraff bagi pihak Haura memandangkan tiada siapa berani melawannya.

"Stop calling me your daughter,"

"Adik!" tegur Aariz dan Aqlan yang terkejut mendengarkan ucapan Haura.

"Haura, kenapa..." kata-kata Datin Amalia dipotong seketika.

"Okay, kalau macam tu I would not treat you as my daughter anymore," suara garau Dato' Isyraff jelas kedengaran di telinga Haura.

Dato' Isyraff berlalu keluar lantas menghempas pintu. Childish!

"Haura, ibu tak nak..," sekali lagi kata-kata Datin Amalia dipotong.

"Get out.." ucap Haura dengan nada suaranya yang terketar-ketar. Dia sudah benar-benar tidak tahan kali ini.

"Adik,"

"Keluar, please!! I want to be alone!" jerit Haura kepada masih yang enggan keluar di situ.

"It's okay, kita keluar dulu," kata Inara kepada Aariz. Aqlan juga turut menuruti. Datin Amalia perlahan-lahan mendekati pintu keluar sambil diiringi Amanda.

"Hahhh" keluhan berat Haura lepas seraya memecahkan takungan air mata apabila semuanya meninggalkan ruangan itu.

Haura menampar-nampar tilam katil sambil air mati yang tak henti mengalir. Rambutnya yang mengurai panjang diikatnya dengan getah rambut ditangan. Laju sahaja kaki turun meluru ke bilik air. Segala tangisan dia hamburkan. Setelah terasa lega, mukanya dibasuh agar tiada kesan sembam.

Dia menukar pakaian, dan mula mengemas. Waktu sebeginilah Rafie tidak datang menyokongnya, fikirnya.

Sedang sibuk dia mengemas barang, ketukan pintu jelas kedengaran pada telingannya.

"Masuk," ucap Haura.

"Eh,cik nak pergi mana?" soal jururawat yang baru masuk itu.

"Saya nak balik,"

"Tapi luka cik belum sembuh lagi,"

"It's okay. Sebab saya banyak kerja yang perlu diselesaikan,"

"Baiklah, tapi sebelum tu kami akan berikan cik ubat untuk disapukan pada bahagian luka cik,"

Haura hanya mengangguk tersenyum. Dia mengikuti langkah jururawat wanita itu untuk dapatkan ubat. Lantas dia membuat bayaran di kaunter dan segera meninggalkan hospital itu.

"Ahh,kereta aku!" getus Haura sendiri. Keretanya pasti rosak teruk angkara kemalangan itu.

"Haura!"

"Haura!"

Haura tercari-cari si empunya suara yang memanggil namanya. Setelah dia menoleh ke kanan dia terpandangkan Myvi putih yang terdapat Qaireen yang sedang melambai ke arahnya. Dia segera berjalan ke arahnya dan masuk ke dalam kereta.

"How are you?" soal Qaireen.

"Okay,"

"Woaaa kawan akuu! Kau okay tak? Ni kepala kenapa sampai berbalut ni," Ariq mendecit berkali-kali sambil menyentuh balutan di kepala Haura.

Haura tertawa kecil, geli hati melihat gelagat Ariq yang entah sejak bila ada di tempat duduk belakang.

"Kitorang baru nak melawat kau. Tahu tahu kau dah keluar," ucap Qaireen sambil memutar tayar untuk segera bergerak.

"Oh," hanya itu yang meniti di bibir Haura.

"Kau okey tak? Mata kau..,"

"Aku okey,"

Perjalanan menjadi hening seketika.

"Rafie tahu ke pasal aku?" soal Haura.

"Tahu, tapi kau faham-faham lah dia tu. Busy je katanya," selit Ariq.

"Tak pe, kitorang kan ada," Qaireen menggenggam tangan Haura sambil matanya tak lepas memandang jalan.

Haura hanya mengukir senyuman.

20 minit diambil untuk menghantar Haura pulang ke rumah.

"Korang, jomlah masuk dulu," pelawa Haura kepada dua orang rakan sahabatnya.

"Boleh ke?" soal Ariq dengan riak wajah yang teruja.

"Woy, tak payah!" sergah Qaireen.

"Alorr,"

"Okay, aku masuk dulu,"

"Bye Haura, take care,"

"Take care!" sahut Ariq pula.

Haura berjalan masuk ke dalam rumahnya. Jam di tangan sudah pun pukul 7.50 malam. Lama juga dia pingsan tak sedarkan diri.

Dia masuk dengan menekan kata laluan pada pad kunci. Dia hanya menayang wajah selamba kepada mereka yang sedang memandangnya di ruang tamu.

"Along dengan Angah tak jadi balik ke?" soal Haura selamba.

"Adik buat apa kat sini?Adik dah sihat ke?" soal Inara sambil mendekati Haura.

"Hmm, i'm okey."

"Kalau macam tu kitorang balik dulu ye,ibu, ayah." kata Aariz sambil siap menghulur tangan bersalaman.

Aariz mendekati Haura yang masih bersikap dingin.

"Along dengan Angah balik dulu, kalau ada apa-apa bagitahu Along, tahu?" kata Aariz lalu memegang kedua-dua pipi Haura. Lalu ditariknya tubuh kecil itu ke dalam dakapannya.

Giliran Aqlan pula yang menghampiri adik bongsunya.

"Kalau ayah sakitkan adik. Jangan lupa, Angah ada," bisik Aqlan pada telinga Haura. Haura turut mendakap erat tubuh itu.

"Don't worry, boleh jumpa lagi kan dengan pejabat," Aqlan memicit hidung Haura.

Tak lupa juga dia menyambut huluran tangan Inara dan Amanda.

"Stay health, sayang," ucap Amanda.

Haura menayang senyuman manis buat kakak iparnya itu.

Mereka bertiga menghantar kepulangan dua pasangan suami isteri itu ke hadapan pintu. Haura mengangkat tangan melambai ke arah mereka. Haura mengerling ke arah Datin Humaira.

"Ibu, Haura naik bilik dulu,"

Datin Amalia mengangguk lantas menggosok kepala anak perempuannya itu.

"No excuse, esok Haura kena masuk juga kerja," tanpa dipinta suara itu bersuara juga akhirnya.

"Ayah tak payah risau, Haura tahu tanggungjawab Haura," tanpa memandang Haura terus naik ke biliknya.

*They don't know, but they pretend to know. Because they want to know*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience