Chapter 5

Romance Series 3434

"ARGH!"

"Abang!"

Putra berdiri tepat di hadapan Awatif. Dia tidak mahu tubuh kecil itu terluka. Walaupun perit tangannya dihiris pisau namun keselamatan adiknya kian menjadi hasrat utamanya.

Perlahan-lahan Putra cuba mendekati tiga orang lelaki yang berbaju hitam itu. Pantas dia menendang perut salah seorang dari mereka. Setelah lelaki itu jatuh tersungkur, dia menumbuk lelaki yang agak berisi namun tumbukan itu lolos. Tangan Putra dibelitnya dari belakang. Tanpa ragu Putra menolak lelaki itu pada bahagian perut menggunakan sikunya. Seorang lelaki lagi cuba menendang kaki Putra. Untungnya Putra mengetahui dan lantas lompat dan menumbuk lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu cuba menendang Putra. Putra yang sudah kepenatan memegang kakinya dan menariknya sehingga lelaki itu terjatuh.

Putra menarik tangan Awatif dan terus berlari masuk ke dalam kereta. Dia memecut laju pulang ke rumah. Tangan Putra yang dihiris tadi dikerling Awatif buat seketika. Jari jemarinya gatal ingin memegang sedang Putra sibuk fokus memandu

"Tak payah sibuk lah," ucap Putra seraya menjauhkan tangannya dari sentuhan Awatif. Awatif mengeluh panjang lalu terus sahaja memandang ke hadapan tanpa bertanya apa-apa.

"So annoying," perlahan saja bibir Awatif mengutarakan kata-kata itu takut didengari Putra

Sebaik sahaja sampai di rumah, Awatif berlari masuk mendapatkan ibunya. Rasa takutnya tadi langsung tidak dapat dikongsikan dengan abangnya yang dingin itu.

13 NOVEMBER 2018

"Ayah, tadi ada orang call minta bawa kereta dia. Rosak,"

"Dekat mana?" soal Encik Kamal pada anak sulungnya yang sudah comot terkena minyak ketika membetulkan enjin kereta.

"Dekat area sini je. Aydin pergi dulu yah," Putra terus berjalan mencari kelibat pemanggil dan hilang dari kawasan bengkel.

Sedang bunyi hingar-bingar akibat kenderaan yang lalu-lalang, Putra terpandangkan sebuah kereta Proton Saga yang mengambil parkir di bahu jalan. Putra terus melintas jalan raya mendapatkan empunya kereta.

Seorang lelaki berkaca mata sedang berbual di telefon dari dalam kereta. Ketukan tingkap lantas Putra beri. Lelaki itu menurunkan tingkapnya.

"Ada apa ye" soal lelaki itu dengan dahi yang berkerut.

"Encik ada telefon bengkel ke tadi?"

Kelihatan lelaki berkulit sawo matang itu berfikir sejenak.

"Tak ada, saya park sini sebab mahu jawab call," ujar lelaki itu dengan tenang.

Putra mengangguk berkali-kali seraya mengucapkan terima kasih. Kakinya terus bergerak. Matanya tak henti melilau mencari pelanggannya. Seingatnya kata pemanggil itu dia berada di kawasan itu. Tetapi bila dia lihat semula, hanya kereta itu sahaja yang parkir di bahu jalan. Putra meraup kasar rambutnya.

"Ishh! Ni mesti budak-budak tak ada kerja ni," katanya sendiri bingkas dia bergerak kembali ke bengkelnya.

Sudahlah hari ini mataharinya panas terik! Tambah dengan kerja yang banyak dia perlu lakukan di bengkel, ada juga yang mahu mengganggu! Jerit hati kecil Putra.

Kaki sudah pun sampai ke bengkel ayahnya. Berkali-kali dia menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut yang sudah kusut-masai itu langsung tidak dipedulikannya. Tiba-tiba telinganya terdengarkan beberapa suara yang aneh dari dalam bengkel. Dia mengangkat langkah seribu menjejaki suara itu.

Namun, kelibat ayahnya masih belum muncul jua. Seketika pandangan sekilasnya melihat seseorang dari belakang bengkel. Putra terus berkejar ke situ. Dia melihat lima orang sedang mencederakan ayahnya.

Dia lantas menendang belakang salah seorang dari mereka. Putra berlari mendapatkan Encik Kamal.

"Kau lagi!" ujar Putra setelah mengenal pasti wajah beberapa orang dari mereka. Encik Kamal sudah pun terbatuk-batuk. Barang kali akibat ditendang mereka di bahagian perut.

"Apa kau nak!!!" jerit Putra. Tangannya yang sudah kemas menggempal penumbuk dilayangkan kepada lelaki botak yang cuba menghampirinya. Lalu ditolakkan ke arah lelaki yang baru sahaja mahu bangun dari terbaring. Seseorang dari tepi cuba menumbuknya, lantas Putra mendapatkan tangan itu dan memusingkan belakang badan supaya lelaki itu tidak dapat bertindak. Lelaki itu meronta untuk dilepaskan namun Putra menendangnya hingga tersungkur.

Seorang daripada mereka berjaya membuatkan Putra jatuh terbaring dengan menarik kakinya. Belum sempat Putra bangun lelaki itu meluru menumbuk wajah Putra. Bibirnya sudah berdarah kerana pecah. Perutnya dipijak kuat. Putra mengetap giginya menahan sakit. Bingkas dia diangkat dan sebuah pisau diacukan ke arahnya. Tanpa lengah Putra membelitkan tangannya dan pisau itu jatuh lalu disepaknya ke tempat yang lebih jauh. Sedang leka dia bertumbuk dengan lelaki itu kedengaran satu suara memanggil namanya dengan nada lemah.

"Aydin.." Putra memandang ke arah Encik Kamal yang sudahpun berlumuran darah akibat ditikam salah seorang dari mereka.

"Ayah!" jerit Putra lantas menolak lelaki yang direntapnya kasar pada bahagian baju tadi. Dia berlari mendapatkan ayahnya. Pisau yang mencucuk tepat bahagian perut ayahnya dipegangnya. Sungguh dia buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Fikirannya menjadi gelap seketika. Lima orang lelaki tadi sudah pun melarikan diri.

"Ayah..ayah.. Apa yang Aydin.. Aydin.." tergagap suara Putra. Dia sangat terkejut tika itu.

KINI,6 JULAI 2019

"Haihh macam mana boleh jadi macam ni?" soal Puan Humra sambil membersihkan luka pada tangan anak lelakinya. Putra lantas mendapatkan tangan ibunya dan mendapatkan minyak itu.

"Aydin buat sendiri," suara garau Putra jelas kedengaran di telinga Puan Humra. Adapun begitu, dia akur saja dengan permintaan anaknya. Sikap Putra yang dingin langsung tidak menggores perasaannya.

"Tak sakit ke bang?" soal Awatif pula seraya menyentuh luka hirisan pisau itu pada lengan Putra. Putra mendecit lalu merentap tangannya.

Awatif mencebik melihat reaksi abangnya.

"Sudah, dah lewat ni. Aydin, kamu tu nak buka bengkel esok, hati-hati sikit dengan luka tu. Awatif pergi tidur, esok liat nak pergi kelas!" Puan Humra menampar lembut bahu anak perempuannya bingkas masuk ke bilik tidurnya. Awatif menjenguk jam dinding. 11.55 malam.

"Adik masuk bilik tidur dulu, abang," kata Awatif kepada Putra yang masih tersandar pada sofa. Entah apalah yang difikirkannya itu.

Setelah memastikan adiknya hilang dari pandangannya. Putra menghela nafas panjang. Dia memegang lukanya yang sudah berbalut itu. Seketika mata dipejamkannya. Segala kenangan pahit dia simpan sahaja. Hatinya terlalu sakit apabila mengenangkan penjahat itu tadi yang cuba mendapatkan adik perempuannya. Mujurlah dia sempat menarik adiknya semula.

* Harapkan bunga,bunga akan layu. Impikan manusia,manusia akan mati. Tiada apa di dunia yang kita punya *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience