Chapter 1

Romance Series 3434

HAURA menyarungkan selipar merah jambu usai turun dari katil. Haura terus berlari anak menuruni anak tangga. Sesekali tangan menyelak rambut yang menyapa muka.

"Ahhh! Miss you so much!" Haura menarik lelaki berbadan tegap ke dalam dakapannya. Lelaki itu menggosok-gosok kepala Haura berkali sambil senyuman yang tak lekang di bibir.
Haura lepaskan pelukan. Badan wanita di sebelahnya pula ditarik ke dalam dakapan.

"You also," ucap Haura seraya melepaskan pelukan.

"Sudah-sudah, jom makan. Korang mesti penat kan?" kata wanita separuh abad yang sejak tadi tergelak kecil melihat gelagat Haura yang terlampau teruja akan kepulangan abangnya.

"Adik yang masak!" ucap Haura.

"Iye, iye je. Bukannya along tak tahu, adik mana reti masak!!" sengaja Aariz menyakat adiknya yang langsung tiada ciri calon isteri.

"Betul lahh. Tanya Angah,"

"Hahh, kita iyakan aja lah Along. Jom makan," Aqlan yang tadi duduk santai atas sofa lantas bangun bergerak ke dapur. Semua juga turut membuntuti langkah Aqlan. Termasuk wanita yang rasmi bergelar isteri kepadanya setahun yang lalu. Begitu juga dengan Aariz, mereka berkahwin pada hari yang sama.


SUASANA menjadi hening seketika. Semua memandang ke arah kerusi kosong di sebelah Haura.

Hahh, inilah yang terjadi kalau kumpul ramai-ramai macam ni, tunggu ayah buka mulut je!

"Ehem," Dato Isyraff berdehem seketika. Semua sudah mula menundukkan kepala.

"Bila pula time Haura?"

See?

"Ayah, Haura tahu. Nanti lah, jangan rosakkan mood orang nak makan," balas Haura dengan wajah selamba padahal jantung berdegup laju. Kang tak pasal-pasal mengamuk juga ayah time seronok macam ni!

Inilah keluarga Dato' Isyraff, tiada siapa berani melawan aturannya. Keluarga mereka tidak semesra keluarga orang lain, jika keluarga lain saling mengucapkan sayang pada ibubapa masing-masing, tidak pada mereka. Dato' Isyraff sentiasa bersikap asing dan dingin pada anak- anaknya. Sikap Dato' Isyraff bahkan lebih dingin dari ayah tiri. Namun, Haura berbeza dengan sikap abang-abangnya yang selalu patuh. Dia kian melawan apa yang dipinta oleh Dato' Isyraff.

Aqlan yang duduk bersebelahan dengan Haura mengerling ke arahnya. Haura menayang muka selamba. Ha? Nak warning aku lah tu!

"Kak Ina, akak ada jumpa lelaki yang hensem tak dekat Turkey? Manalah tau, kalau ada boleh lah bawakan untuk Haura. Ayah nak sangat," perli Haura.

Inara memandang Haura dengan riak terkejut. Inara hanya terdiam membiarkan soalan Haura tanpa berjawab.

"Adik," tegur Aariz di hadapan Haura. Sunyi.

Hesy, bosan betul!!

"Hahhhh! Okay, okay makan,makan." balas Haura lalu meneguk air kosong.

"Tidur awal, Haura. Esok kerja,"

"What?!!" aku menghentak gelas ke atas meja. Biar betik?

"Ayah, schedule Haura esok kosong. Mana ada kena pergi kerja. Lagipun esok semua orang cuti, mana aci kalau semua ada dekat rumah, Haura kerja,"

"Ayah dah reschedule, check email Haura,"

Okey, yang betul-betul mencabar aku!

"Apa masalah ayah ni? Haura cakap nanti, nantilah Haura bawa 'calon menantu' ayah tu. Susah lah kalau semua benda ayah nak aturkan untuk Haura,"

Seperti yang dikatakan, Haura kuat melawan.

"Haura, malulah dengan Kak Ina dengan Kak Amanda," tegur Datin Amalia.

Inara dan Amanda masing-masing hanya senyum segaris. Mereka cukup faham dengan situasi keluarga Dato' Isyraff. Bukan sekali dua kejadian seperti ini berlaku.

Aariz menjeling ke arah Aqlan. Aqlan menggangguk. Belakang Haura diusap-usap lembut supaya tidak semakin keras melawan. Mereka tidak mahu satu-satunya adik perempuan mereka menjadi anak yang paling dibenci oleh Dato' Isyraff. Berkali-kali mereka menasihati Haura untuk bersabar dengan karenah Dato' Isyraff, namun Haura tetap berdegil. Katanya dia tidak mahu terus ditekan dan dipaksa.

"Esok ayah pun tak cuti jugak. Haura ikut je jadual Haura!" Dato' Isyraff mula meninggikan suara.

Sudahhh. Kan?

Haura menggenggam erat baju t-shirt baby bluenya. Nasi putih disumbat kasar olehnya ke dalam mulut menggunakan sudu. Kelihatan Dato' Isyraff sudah mula mengangkat punggung sedangkan semua masih tenang menyantap.

Kelibat Dato' Isyraff hilang ke ruang tamu. Semua mata tak lepas memandangnya. Begitu juga dengan Haura yang masih makan dengan kasar. Setelah Dato' Isyraff betul-betul menghilangkan diri. Semua melepaskan nafas lega. Haura? Muka selamba dia tayang.

"Ha,ha jangan nak salahkan adik," Haura bersuara.

"Please lah adik, sekali je tolerate dengan ayah. Adik bukannya tak tahu, ayah ada sakit jantung," nasihat Aariz pada adik bongsunya. Semua hanya mendengar, mereka sudah duga, pastinya perkara ini menjadikan buah mulut mereka.

"Pastu? Sebab ayah ada heart desease, kita kena buat baik macam tu? Then, ingat tak sakit ke jantung adik ayah cakap macam tu?" balas Haura degil. Ha,ambil setempek!

"Bukan sebab ayah ada sakit jantung,kita kena buat baik, Haura. Sebab itu ayah. Ayah Haura," nasihat Datin Amalia pula yang kadang-kadang naik muak juga dengan perangai anak perempuannya itu.

Haura tergelak sinis. Dah macam orang jahat yang lain dengar!

"Ayah Haura? Darah daging sendiri pun Haura tak ngaku lah," Haura mula mengangkat kaki naik ke bilik.

"Ha,elok lah anak bapak dua-dua sama," ucap Datin Amalia usai Haura membelakanginya.

"Hehe tapi Angah dengan Along tak kan?" kata Aqlan spontan. Boleh pula dia berjenaka.

"Abang!" Amanda menepuk bahu suaminya yang sangat suka berkata tak kena tempat.

"Hah, tak pe lah, makan-makan Amanda, Inara. Maaf ye," pelawa Datin Amalia. Malu pula rasanya menayang sikap itu kepada kedua-dua menantunya. Tidak sepatutnya dia bertengkar dan menunjukkan contoh tidak baik kepada dua wanita yang baru bergelar isteri. Apatah lagi, Inara yang lagi 3 bulan akan bergelar ibu.

Semuanya sambung makan seperti tiada apa yang berlaku. Masing-masing memilih untuk tidak membuka mulut soal yang dibualkan tadi.

* It's okay to dump me, but please don't forget to help me dump the pain *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience