BAB 9

Crime Completed 1717

“ Tak boleh jadi ni" Rasa gementar yang belum habis menyebabkan Ahmad Mukhlis mencapai telefon bimbitnya. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang berkumandang tadi terus terhenti. Bakhtiar Aman meneliti senarai nombor telefon kenalannya dan mencari nama Ustaz Yamani.

“ Assalamualaikum, Ustaz.” Ucapnya sebaik mendengar suara di talian.

“ Waalaikumsalam. Ada apa Mat?”SuaraUstaz Yamani sayup-satup di talian.

“saya nak mintak tolong Ustaz. Sekarang ni tengah bawak kereta berhantu ustaz"

“Astagfirullahaladzimm..kamu keluar dari kereta tu cepat. Malam-malam ni"

“Saya on the way ke rumah ustaz ni. Sekarang ni kat highway lagi"

“Jauh lagi tu..esok sahaja kamu datang"

“Tak boleh Ustaz…saya..” Jawapan Bakhtiar Aman tersekat di situ. Dia teragak-agak untuk menceritakan hal sebenar yang berlaku.

Wo..ai..neee….

Nyanyian berbahasa mandarin itu dapat didengari dengan jelas oleh ustaz Yamani.

“Kamu dengan siapa Mat?”

“ Sorang je Ustaz"

“ Yang nyanyi kat sebelah kamu tu..”

Bakhtiar Aman mengalih pandangan ke tempat duduk di sebelahnya. Kosong. Dari cermin atas yang menghadap belakang, pun tak nampak apa-apa.

“Ustaz jangan takutkan saya. Radio pun saya tak pasang..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience