BAB 5

Crime Completed 1717

“Lu sudah nampak kan. Itu hantu memang ada lalam ini kereta" Terang lelaki cina itu sungguh-sungguh. “ Lu berani ka bawak ini kereta sorang-sorang"

Bakhtiar Aman memerhatikan cermin sisi sekali lagi. Kali ini hanya biasan cermin dengan imej dia dan Jho Lo yang kelihatan berbalam-balam.

“Perasaan aku aje kot. Siang-siang macam ni, mana hantu nak keluar" Fikirnya sambil tersenyum. Akal nakalnya sudah membayangkan dirinya memandu kenderaan di hadapannya ke sana-sini. Pasti ada anak dara yang akan tertarik dengan dia nanti.

“Boss, mana kunci?” Tanya dia.

Kereta yang dipandu Bakhtiar Aman meluncur lancar diatas lebuhraya. Selesa sekali dia memandu kereta mewah dengan penuh bergaya. Dari tadi dia berkira-kira untuk memiliki kereta itu.

Sudahlah percuma, geran kereta pun sudah tersimpan di dalam dashboard kereta. Dia seakan sudah menang loteri. Janjinya pada Tokey Lim, hanya tinggal janji. Siapa tak tertarik untuk memiliki kereta sport macam tu.

Di sebalik rasa gembiranya, terselit juga rasa hairan. Mana mungkin kereta baru sebegitu mahu dibakar begitu sahaja. Mesti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Towkey Lim. Masuk kerja nanti, dia akan mengorek rahsia itu dari bossnya.

Cuma dari tadi Bakhtiar Aman tidak berasa dia keseorangan. Ada yang lain di dalam kereta. Selain bau peluh dan rokok, sesekali dia akan ternampak kelibat dua lelaki bermuka pucat di belakang. Sebaik dia beristigfar, semuanya hilang serta merta. Awal-awal lagi dia merancang untuk membawa kereta itu ke rumah Ustaz Yamani, kalau Bossnya sudah berpuas hati yang dia sudah melupuskan kereta itu. Dia juga merancang untuk mengubah nombor plat dan warna kereta itu.

“ Ada mana bro?” Tanya Bakhtiar Aman di talian. Dia menghubungi Hafizul, sahabat sekolejnya dahulu.

“ Kat office. Tiba-tiba aje call, mesti ada apa-apa ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience