BAB 12

Crime Completed 1717

Lelaki cina itu bermuka putih pucat dengan mata sedikit kemerahan.Nafas yang keluar dari mulut dan hidungnya sangat busuk.Bakhtiar Aman terasa mahu termuntah tapi tiada apa-apa berjisim lagi di dalam perutnya.

“Kita nak ke mana?” Tanya Bakhtiar Aman.

“Ke mana lagi..Rumah Chew Fatt la" Sambut Ho Be Seng. Jack dan Chew Fatt ketawa lagi.

“Boss, Amat dah hilang tiga hari" Azim melapor kepadaTauke Jack Ma.

“Sudah ada report polis ka..” Tauke Jack Ma bertanya. Dia juga bimbang video Bakhtiar Aman membakar kereta sampai ke tangan pihak berkuasa.

“Siapa yang nak lapor boss, bukannya dia ada anak bini. Saya tanya ni pun sebab lama dia tak masuk kerja. Telefon pun off.”

“Lu pergi sambung kerja. Amat punya hal, kasi Wa settle"

Tauke Jack Ma mendail Jho Lo. Dia bercakap dalam bahasa mandrin berselang seli dengan bahasa inggeris. Selepas dua tiga kali menyumpah dalam bahasa inggeris, dia meletakkan telefon.

Setelah beberapa minit, dia mengangkat telefon sekali lagi.

“Azim, you telefon polis. Minta datang sini. Wa sudah tau Amat ada kat mana. Nanti you ikut sekali tau"

Azim hanya mengiyakan.

Kereta polis mengekori kereta Tauke Jack Ma hingga ke sebuah jirat cina. Kereta dipandu hingga sampai ke kereta yang dipandu Bakhtiar Aman tempoh hari dijumpai. Kereta itu dipakir betul-betul di hadapan sebuah kubur.

Tauke Jack Ma menunduk hormat kepada beberapa buah kubur di hadapannya sebelum menghampiri kereta itu. Apa yang dijangkanya betul-betul terjadi. Bakhtiar Aman terbaring kaku di kerusi pemandu dengan tubuh yang mulai mengembung. Bau mayat boleh dihidu dari jauh sebaik pintu kereta dibuka. Anggota polis yang tiba bersama segera menghampiri mayat danmembuat pemeriksaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience