BAB 4

Crime Completed 1717

“Jom..” Ajak dia ke belakang kedai.

Sebuah kereta yang berbalut dengan kanvas plastik dipakir belakang pejabat itu. Debu-debu dan daun-daun kering memenuhi sebahagian dari atas kereta. Menunjukkan sudah lama kenderaan itu tersadai di situ.

Sebaik menyentuh sahaja badan kereta, bulu roma Bakhtiar Aman terus meremang. Belakang tengkuknya turut merasa berat.

“ lu pun boleh rasa kan" Jho Lo itu tersenyum. “Banyak puaka ini kereta…. Lu punya towkey pun banyak takut ini kereta ooo. Langsung dia tak pernah mari tengok"

Terkebil-kebil juga Bakhtiar Aman berlegar di sekeliling kereta itu. Semacam ada yang memerhati setiap pergerakan mereka berdua.

“Lu start saja ini kereta nanti, itu orang mesti marah punya"

“Siapa yang nak marah pulak?”

“Hantu oooo.. ini kereta hantu" jawab pengurus Used Car itu sambil tertawa. Bakhtiar Aman pun musykil, dia ni serius ke, atau sekadar berseloroh.

“Tak payah tunggu lama ooo..lu bukak ini kanvas..bukak cepattt.” Arah Jho Lo.Plastik kanvas dibuka Bakhtiar Aman dari belakang. Kereta Subaru Impreza yang diminatinya terpampang di hadapan mata. Tak berkelip mata Bakhtiar Aman memandang kereta yang masih berkilat, seolah-olah baru keluar dari showroom. Tangannya menjalar mengurut badan kereta itu penuh minat.

“Wah, lu pun minat ini kereta" tegur Pengurus Used Car melihatkan lensa mata Bakhtiar Aman yang masih tertancap pada kereta itu.

“ Macam baru oo. Banyak cantik" Puji Bakhtiar Aman yang memerhati tata hias dalaman kereta yang dibuat khas. Rona biru dan hitam memang kena dengan jiwa mudanya.

“ Whooo..” Pantas sahaja dia mengalih pandangan sebaik nampak kelibat manusia di dalam kereta menerusi cermin sisi. Tangannya segera mengurut dada kerana terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience