BAB 1

Crime Completed 1717

Semua kereta yang disusun di situ dalam keadaan bersih dan berkilat. Sambil menunggu pelanggan yang masuk, Bakhtiar Aman sempat mengintai gelagat pekerja yang ditugaskan membersihkan kereta.

Ada sahaja aksi-aksi mereka yang membuatkan dia mahu menegur. Pantang dia melihat orang memanjat bonet untuk mencuci bumbung kereta.Boleh calar dan kemek bonet tu kalau dibiarkan.

“’Dali, pakai tangga la. You suka buat kerja dua kali. Lepas cuci, you panjat naik cuci bumbung. Lepas tu you cuci lagi sekali. Buang masa ooo.Cepat ambik tangga!” Tekocoh-kocoh pekerja Bangladesh itu berlari mendapatkan tangga.

“Amat, mari" Tauke Jack Ma menggamit dari luar office. Puntung rokok yang dihisapnya dicampak ke lantai. Kemudian dipijak sehingga penyek.

“Ada apa Boss?” Tanya Bakhtiar Aman.

“You cuti sabtu ahad ni buat apa?”

“Rehat kat rumah je boss. Nak balik kampung pun tak ada modal"

“Komisyen you banyak apa. Apa?. You simpan luit mau kahwin ka" Bossnya berseloroh.

“Kahwin apa Boss, calon pun tak ada?”

“Aiyaaaa..apa susah-susah, you angkat saja Maimun tu buat mini. Dia pun lengloi apa?”

“Boss, kalau Maimun tu suka saya, no hal. Tapi saya bukan taste dia la. Cuba boss tengok macammana dia layan client yang kaya-kaya tu. Diaorang jer taste dia.”

“Lu kalau rajin pun boleh kaya maa..lu pun masih muda. Banyak masa mau cari luit"

“Boss panggil saya ni, takkan nak cakap hal Maimon kot. Mesti ada hal lain ni"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience