BAB 10

Crime Completed 1717

Ustaz Yamani mula mengalunkan ayatul kursi di hujung talian.Sebelum sampai ke ayat ketiga, talian telefon terus terputus.

“Ah, masa ni lah nak habis bateri" rungut Bakhtiar Aman. Dia tercari-cari di dalam dashboard kalau-kalau ada wayar penyambung ke telefon. Namun tiada yang boleh digunakan untuk telefonnya. Pagi nanti baru dia bercadang untuk singgah dimana-mana untuk mengecas telefonnya.

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Bakhtiar Aman memandu perlahan di lorong paling kiri. Dia mengekor sahaja lori balak yang berada di hadapan.

Matanya pula semakin lama, semakin berat. Bau peluh dan hapaks emakin lama semakin kuat. Seakan ada lelaki yang kuat berpeluh berdekatan dengannya.Bau tengik dan masam menusuk ke dalam rongga hidung. Ahmad Muklis turut bersin beberapa kali. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menutup penghawa dingin dan membuka tingkap kereta. Angin pagi yang menerobos masuk sedikit sebanyak menghilangkan rasa gementarnya.

Secara tiba-tiba sahaja, tubuh Bakhtiar Aman seakan dihempap sesuatu.Berat dan busuk. Nafasnya tercungap-cungap dan semakin perlahan.Dadanya terasa sangat berat.Pegangan tangan pada stearing juga terlepas perlahan namun keretanya masih lancar bergerak. Ada sesuatu yang menggantikannya memandu!.

Angin sejuk mula menyusup dari hujung kakinya ke atas. Angin di dalam badan itu bergerak dengan membawa kesakitan yang amat sangat. Seakan kulit tubuhnya bagai disiat-siat. Bakhtiar Aman menggelitik badan kerana terlalu sakit. Suaranya pula tersekat di kerongkong.

Matanya membulat dengan anak mata yang hampir tertonjol keluar. Urat mata biru melingkari soket matanya. Lidahnya dijelir keluar dengan muntah yang meleleh membasahi baju. Bakhtiar Aman dihenyak sesuatu di kerusi pemandu hingga dia kini berada di penghujung nafasnya. Dia sudah lupa segala-galanya. Lupa untuk mengucapkan syahadah sebagai kata akhirnya.

Kesakitan yang amat sangat membawa roh Bakhtiar Aman seakan di awangan. Dia kini antara di alam nyata dan mimpi. Perit sekali azab yang dirasakan di penghujung hidupnya. Antara sedar dengan tidak, dia sudah berada di kerusi belakang dengan dua lelaki lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience