BAB 8

Crime Completed 1720

Dia memandang kamera dengan riak wajah marah hingga menampakkan urat matanya yang kehitaman dengan kesan lebam di mata. Sesekali dia menyeringai memandang dua lelaki di belakang. Kedua-duanya lelaki di belakang pula polos dengan pandangan kosong ke merata tempat.

“Allah!” Ayat yang keluar dari mulut perakam menyebabkan video kabur seketika sebelum gambar pulih seperti sediakala.

Bakhtiar Aman menelan air liur dalam-dalam dan merasa bulu romanya mulai meremang. Kepalanya terasa panas dan tubuhnya pula berasa seram sejuk. Matanya terarah ke arah kereta sebelum pandangan dihalakan ke arah Epit dan rakan-rakannya.

“Dah nak malam sangat ni Bro. Kami rasa video tu dah ok kot” Epit bersuara. Yang lainnya hanya berdiam.

“ Aku pun rasa dah Ok tu. Cuma aku nak mintak tolong sikit. Kalau aku simpan kereta kat sini malam ni boleh tak?” Tanya Bakhtiar Aman.

“ Maaf Bro. Ni studio bukan kami punya. Boss kitaorang pun tak tahu yang kitaorang pakai malam ni. Curi-curi je buat kerja. Kalau ada kereta ni, esok kami kantoi punya” Jelas Epit.

“ Kalau macam tu tak apa la. Aku settle sendiri” Bakhtiar Aman menyeluk poket mengeluarkan wang untuk diserahkan pada Epit. Epit pula menghantar video yang dibuat tadi ke telefon bimbitnya.

“ Bro, sorry sebab kami tak boleh tolong. Kami pun tak pernah jumpa hal yang macam ni. Tadi saya dah wasap ayat kursi dan surah yasin ke telefon Bro. Bro boleh pasang masa dalam kereta nanti. Insha Allah gangguan tu tak ada” Bakhtiar Aman mengangguk. Walaupun masih terasa seram sejuk, dia sempat tersenyum. Ayat-ayat tadi terus dimainkan di telefon bimbitnya dan diletakkan di dalam kereta.

“Rumah Ustaz Yamani” itu sahaja yang terfikir olehnya buat masa ini. Kereta itu kini dipandu agak perlahan. Niatnya untuk menunjuk-nunjuk disimpan jauh-jauh. Bayangan yang dilihatnya di video tadi masih lagi bermain-main di ruang matanya. Walaupun ayat-ayat al-quran sentiasa dimainkan di dalam kereta, hatinya masih tidak merasa tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience