BAB 7

Crime Completed 1717

“Lima ratus Bro”

“ Macam ni, kalau settle malam ni. Aku bayar korang dua ratus seorang. Total semuanya enam ratus” Tawaran dari Bakhtiar Aman disambut dengan persetujuan mereka bertiga.

“ Sekarang jugak kami start Bro..”

Bakhtiar Aman berjalan keluar dari kedai makan. Dia meninggalkan kereta di studio Epit bagi menyelesaikan video membakar keretanya. Dia sendiri menjadi pelakon utama dengan lagak dan dialong orang yang sedang membakar kereta.

Hasil footage pertama yang ditunjukkan oleh Epit sudah memuaskan hatinya. Manakan tidak, gambar yang terhasil jelas sekali menunjukkan kereta itu sedang dibakar dan api sedang marak.

“Macammana ?” Tanya dia sebaik sampai di studio. Epit dan dua rakannya yang tadinya petah berbual tiba-tiba sahaja senyap. Mereka memandang Bakhtiar Aman dengan pandangan tajam.

“Dah nak siap Bro. Mana dapat kereta ni Bro” Tanya Epit. Suaranya seakan tersekat. Tangannya pulak menggeletak sedikit menekan papan kekunci komputer.

“ Kawan aku yang jual. Eh..Boleh aku tengok tak video tu?” Epit memusingkan skrin komputer ke arahnya. Gambar kereta itu terbakar dengan dia yang sedang menuang minyak memang kelihatan realistik. Dan video itu seolah-olah dia sendiri yang sedang merakam dengan selfie stick.

“Bagus..Korang memang pro. Tapi kenapa korang semacam je ni?”

“Bro nak tengok footage asal tak. Ada something yang bro boleh tengok” Ujar Epit. Tangannya menekan mengalih tetikus dan menekan kekunci untuk membuka video yang satu lagi. Sebaik dibuka, Epit bangun meninggalkan Bakhtiar Aman melihat video itu berseorangan.

Gambaran awal menampakkan dirinya sedang menjirus sesuatu ke atas kereta. Apabila kamera beralih ke dalam kereta, biasan tiga lelaki berkulit pucat memandang tepat ke arah kamera. Lelaki di tempat duduk pemandu berbadan gempal dan bermata sepet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience