BAB 8

Romance Completed 4204

Sementara dibilik bacaan Dr Rahim sudah tahu apa yang mahu ditanyakan oleh Dato Saiful, “begini Dato Saiful, saya melihat anak Dato, Zalia sekarang sudah ditahap kritikal, saya terpaksa mengeluarkan surat untuk menahan anak Dato di wad.” Jelas Dr Rahim, Dato Saiful terkejut mendengarnya, jantungnya berdegup pantas seperti mahu pecah dirasakan, sakit mendengar kata-kata Dr rahim sebentar tadi.

“apa sebenarnaya yang terjadi kepada anak kesayangan saya doktor, ?” Tanya Dato Saiful terasa bola matanya basah sekali kelipan sebutir permata mengalir keluar daripada matanya, rasa tidak percaya dengan apa yang didengar sebentar tadi, selama ini dia melihat Zalia seperti biasa saja tiada apa-apa yang mencurigkan hatinya, hanya Tuhan tempat dia mengadu sekarang,

“Dato kena banyak bersabar Zalia menerima kejutan yang hebat sekali selepas kejadian itu, dia tidak dapat menerima kenyataan yang Hadid sudah tiada lagi, walaupun kejadian itu sudah dua tahun berlalu tetapi pada Zalia, kejadian itu tidak pernah berlaku, dan Zalia hanya berimaginasi tentang sebelum kejadian itu, dia tidak ingat yang Hadid sudah tiada lagi.” Jelas Dr rahim ringkas kepada Dato Saiful, tetapi Dato Saiful tidak dapat menerima kenyataan itu, pada Dato Saiful anaknya sihat sahaja.

Sebelum ini dia tidak pernah melihat perangai pelik anaknya itu sehinggalah pada pagi ini dia menyebut mengenai percutiannya bersama Hadid.

“Dato, Zalia dalam kritikal sekarang kita perlu merawat Zalia dengan segera, sebelum terlambat.” sambung Dr Rahim lagi kepada Dato Saiful, dia menganguk tanda faham, walaupun berat hati melepaskan satu-satunya anak kesayangannya itu dia terpaksa akur.

“baiklah, Dr Rahim,”mulutnya dikemam menahan sedih, air mata yang mengalir segera disapu.

Zalia akhirnya dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan perasaan yang kronik, dia tidak dapat menerima kenyataan yang tunangnya Hadid sudah pergi meniggalkan dunia ini buat selamanya akibat kemalangan semasa perjalanannya untuk mengambil Zalia pergi bercuti ke Pulau Langkawi dua tahun yang lalu, tetapi pada Zalia, kejadian itu tidak pernah berlaku didalam imaginasinya.

Datin Rohani tidak dapat menahan sedih dengan apa yang terjadi pada anaknya, dia hanya dapat melihat sahaja, kerana parasaan sedih yang Zalia alami sangat dalam sehingga memberi kesan kepada dirinya, Zalia tidak dapat menerima kenyataan kematian Hadid, dia meronta-ronta diatas katil wad minta dilepaskan sementara Dr Rahim memberinya ubat pelali,

“ Pergi, jangan ganggu aku!, pergi!!,” jerit Zalia sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience