Completed
4229
“kenapa menangis, ibu puji ni bukan mengejek,” Datin Rohani meleraikan pelukan dan mula melipat kembali baju yang disepahkan oleh anaknya tadi, sekejap sahaja Datin Rohani sudah siap mengemas dan membantu anak tunggalnya memilih baju yang sesuai untuk ke Pulau Langkawi nanti.
Setelah selesai mengemas Datin Rohani pergi ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari bersama mak Leha, walupun mempunyai orang gaji tetapi dia akan turut serta menolong Mak Leha kerana Mak Leha sudah bekerja sejak arwah ayahnya Dato Kadir masih hidup lagi, Datin Rohani sudah menganggap Mak Leha seperti ibunya sendiri semenjak Datin Maimun meninggal tiga tahun lepas, akibat strok.
Sedang leka Zalia berkemas terlihat gambar tunangnya dibirai katil, teringat dia pada hari pertunangannya dengan Hadid, pakaian mereka sedodon warna krim seperti hendak bersanding, ada yang mengusik “sepadan macam pinang di belah dua, kalau macam ni panggil tok kadi, kawin saja terus, “ seloroh salah seorang tetamu kepada ibu, malu rasanya dihati Zalia sampai nampak kemuka, merah padam menahan malu.
Tiba-tiba saja telefon bimbitnya yang dihadiahkan oleh Hadid pada hari jadinya yang ke 24 berdering minta diangkat, tersentak Zalia dari lamunan, cepat-cepat dia bingkas bangun dari katil mencapai telefon di meja tulis, hatinya berdegup pantas kerana menyangka buah hatinya Hadid memanggil, tetapi hampa kerana nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya tertera nombor yang tidak dikenali.
Zalia malas nak melayan nombor yang tidak dikenali itu lalu dia membiarkan saja telefonnya berdering diatas meja dengan nada senyap. Zalia keluar dari biliknya untuk membantu ibunya dan Mak Leha didapur.
Setelah solat maghrib dan makan bersama keluarga di ruangan bawah Zalia naik ke atas untuk merehatkan diri di biliknya, teringat telefon bimbitnya diatas meja tulis tadi dicapainya untuk melihat sama ada sesiapa yang meninggalkan pesanan ringkas untuknya,
“eh, siapa pulak yang /miss called/ aku ni?, sampai lima belas kali,” bisik hati Zalia melihat skrin telefon bimbitnya, tiba-tiba sahaja telefon itu berdering lagi, kali ini diangkat oleh Zalia, ”hello, siapa ni?” tanya Zalia kepada orang yang berada dihujung talian,
Share this novel