BAB 7

Romance Completed 4204

” hello Dr Rahim, saya Dato. Saiful, segera datang ke rumah saya sekarang ada perkara sikit nak dibincangkan mengenai Zalia anak saya,” arah Dato Saiful kepada Dr Rahim.

“ baik Dato Saiful saya faham, saya datang segera,” jawab suara itu di hujung talian sebelum diputuskan oleh Dato Saiful.

Zalia yang sejak tadi khusyuk makan tidak mengendahkan apa-apa, terlihat kelibat Mak leha didapur Zalia memanggil lembut, menyuruhnya membungkuskan roti disapu jem berperisa strawberi itu kedalam bekas supaya Hadid juga dapat makan dalam perjalanan nanti. Mak Leha hanya mengangguk faham. Datin Rohani semakin sayu.

Setengah jam selepas itu terdengar deruman enjen kereta dari luar halaman rumah mereka, Zalia bangkit dengan tergesa-gesa menuju pintu utama rumahnya “itu mesti Hadid dah sampai, Mak Leha cepat sikit, bekalan saya.”jerit Zalia kepada Mak Leha, setelah meluru kepintu untuk menyambut kedatangan Hadid tiba-tiba hatinya hampa apabila orang yang disangka Hadid sebenarnya Dr Rahim. Zalia terkejut dan sedikit hampa.

“Rahim, kenapa datang awal pagi ini,?” spontan soalan itu terpacul dari mulutnya.

“Selamat pagi, apa khabar Cik Zalia,” sapa Dr Rahim kepada Zalia yang berada di muka pintu. Zalia hanya tersenyum kelat melihat Dr Rahim, Dato Saiful yang mengikut Zalia dari belakang terus menghulurkan tangan berjabat salam dan mempelawa Dr Rahim masuk.

Sambil menuju kebilik bacaan Dato Saiful meminta Mak Leha untuk membancuhkan dua cawan kopi untuk dihantar ke bilik bacaannya sebentar lagi. “ mana Hadid tak sampai- sampai lagi ni ibu, dah pukul berapa ni?,” keluh Zalia pada ibunya, sambil memanjangkan lehernya keluar pagar terus kejalan. Datin Rohani hanya menarik tangan Zalia untuk duduk saja diruang tamu sambil menuggu orang yang tak kunjung tiba, dipeluknya erat anak tunggalnya itu.

Datin Rohani hanya memandang kearah daun pintu bilik bacaan suaminya itu, berharap sesuatu yang dibincangkan itu satu penyelesaian keatas apa yang telah terjadi sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience