BAB 4

Romance Completed 4204

“ada apa tiba-tiba kau telefon aku semalam, aku ingat siapa yang telefon,” Zalia mula berbicara, sebenarnya Zalia tidak sabar mahu mendengar apa yang mahu disampaikan oleh Rahim di telefon semalam.

” Sabarlah dulu, kita pesan makanan dulu baru boleh berborak panjang,” Rahim mengambil menu yang berada di tangan pelayan yang bekerja di kafe vanilla itu, setelah mencatat apa yang dipesan oleh Rahim dan Zalia, pelayan itu segera berlalu kebahagian dapur untuk memberikan pesanan itu kepada tukang masak yang sudah lama berkhimat di kafe vanilla itu.

“ Zalia sebenarnya aku...,” terasa tersekat mi hailam yang dipesan tadi dikerongkong apabila mahu meluahkan apa yang terpendam didalam hati sejak sekian lama,Zalia hanya memerhati saja kelakuan Rahim yang tadinya biasa saja tapi sekarang sudah nampak kekok apabila berbicara dengannya.

“Rahim kau ni kenapa tadi aku tengok elok, sekarang macam cacing kepanasan saja kenapa?”,

Zalia memandang dalam-dalam wajah Rahim meminta kepastian,

“aku sebenarnya suka pada kau Zalia,” terpacul ayat itu sekali lafaz dari mulut Rahim terasa berat yang selama ini bersarang didalam hati terluah juga akhirnya. Rahim mengharapkan Zalia mengerti perasaan hatinya itu, mahu saja dia melompat kegembiraan kerana berjaya meluahkan perasaan itu, setelah sekian lama.

Zalia terkedu dengan kenyataan Rahim tadi, setahu Zalia, Rahim tahu yang dia sudah pun bertunang dengan Hadid teman baiknya sendiri, sewaktu Rahim melanjutkan pelajaran ke luar negara, Hadid sudah menghantar jemputan majlis pertunangan mereka berdua melalui fac. Mahu saja dia menjerit tetapi di tahan didalam hati kerana teramat marah dengan kenyataan gila Rahim itu.

“Rahim apa kau merepek ni, aku tunang Hadid, tak kan kau tak tahu?”. Zalia meminta kepastian Rahim,

“ aku tahu Zalia tapi, perasaan tak boleh dipaksa aku perlu luahkan ini, kalau tidak aku sendiri yang merana Zalia,” tegas Rahim seperti mempertahankan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience