BAB 5

Romance Completed 4204

“ sudah, aku nak balik,” bingkas Zalia bangun dari tempat duduk, tidak mahu lagi mendengar luahan gila lelaki yang sebelum ini diaggap teman sejatinya selama ini, sementara mahu keluar dari kafe Zalia tersentak apabila melihat Hadid dari tadi memerhatikan kelakuan mereka dari jauh, hati Hadid rasa meronta-ronta, perasaan marahnya meluap-luap kepada Rahim dan Zalia, dia tidak menyangka bahawa tunangnya dan kawan karibnya akan berjumpa secara senyap-senyap di belakangnya.

Hadid hanya berlalu dari situ, tidak sanggup melihat kelakuan mereka menipunya lagi selepas itu. Zalia mahu mengikut jejak Hadid, hendak dijelaskan apa yang terjadi, tetapi tangannya di tarik oleh Rahim, Zalia menepis tangan Rahim dengan kasar.

”Tolong jangan ganggu hidup aku lagi!,” tegas Zalia dalam keadaan marah, matanya dibesarkan tepat memandang ke dalam mata Rahim, sehingga Rahim tidak berani memandang mata Zalia kembali.Zalia terus meluru keluar mengejar kelibat Hadid yang tadinya kelihatan melalui jalan itu. Zalia terus ketempat meletak kereta mencari Hadid tetapi tidak berjumpa. Hati Zalia resah, gelisah, sedih dan marah bercampur –baur.

Puas Zalia mencari Hadid dikawasan itu tetapi tidak berjumpa. Zalia pulang kerumah dengan perasaan hampa, rasa kecewa menyelubungi diri Zalia terasa gelap didalam hati, Zalia tidak keluar bilik, tidak mahu berjumpa sesiapa pun.

Zalia mencuba berkali-kali menelefon Hadid tetapi tidak diangkat, Zalia menangis berasa hiba terasa rindu kepada Hadid tidak terhingga, dalam kepenatan Zalia merasa kepalanya berat kerana menangis sepanjang malam, dia tertidur.

“Zalia, ibu ni, kenapa kunci pintu ni, Zalia buka pintu, “ ketukan pintu diluar rumah mengejutkan Zalia dari tidurnya yang panjang, Zalia bingkas bangun dari katil membuka pintu, terasa bingit di telinga dengan ketukan itu.

Setelah daun pintu dibuka Datin rohani terus menerpa anaknya yang baru bangkit dari tidur.

”Zalia tak apa-apa ke?, kenapa balik tak bagi tahu ibu, ibu risau tau tak?,” Zalia yang baru bangun mengusap-usap biji matanya yang seperti tidak boleh dibuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience