BAB 6

Romance Completed 4204

Zalia terus mencapai tuala dibirai katil mahu mandi, Datin Rohani merasa lega kerana anak kesayangannya tidak apap-apa.

Zalia menghias dirinya secantik mungkin, rambut disusun rapi, pemerah pipi, dan pemerah bibir diletakkan cermat, supaya nampak cantik dipandang. Zalia terus mengambil bagasi pakaian dan terus menuruni tangga ke ruang tamu,

“ibu Zalia pergi dulu ya, nanti lama pulak Hadid tunggu,” sambil menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum pergi. Dato dan Datin rohani saling berpandangan melihat kelakuan anaknya itu, “Zalia, nak ke mana sayang?, makan dulu ibu sudah siapkan sarapan pagi, mari makan bersama,” minta Datin Rohani lembut kepada anak tunggalnya itu.

Dato Saiful dari tadi khusyuk membaca lembaran sukan berhenti membaca melihat anaknya tergesa-gesa,

” makan dulu Zalia, nak kemana dengan bagasi besar ni, tak bincang apa-apa dengan ayah pun?” rasa hairan di hati Dato Saiful dan Datin Rohani melihat kelakuan anak tunggal kesayangan mereka pada pagi itu, seperti mahu lari dari rumah.

“Zalia nak pergi bercuti dengan Hadid, ibu dan ayah dah lupa ?,” tanya Zalia kembali sambil memicit pipi ibunya yang lembut. Hati ibunya luluh mendengar kata-kata anaknya itu, dia tidak sampai hati mahu melakukannya sekali lagi, Dato’ Saiful bangun daripada kerusi makan, lalu meluru kepada Datin Rohani, mereka berpandangan sesama sendiri.

Zalia yang dari tadi berdiri terus duduk mencapai sekeping roti dan disapu dengan jem berperisa strawberi kegemarannya,

“Zalia makan sikitlah, nanti nak jalan jauh, buat alas perut.” Zalia memandang ibu dan ayahnya sambil tersenyum. Datin Rohani duduk di sebelah Zalia dan mengusap-ngusap ubun-ubun rambut anaknya, air matanya tiba-tiba mengalir deras.

“Abang kita telefon Dr Rahim sekarang, saya dah tak tahan melihat anak kita macam ni,” Datin Rohani merayu kepada Dato Saiful memanggil Dr Rahim selaku doktor kepada Zalia anak kesayangan mereka itu kerumahnya. Dato Saiful terus mendail nombor telefon Dr Rahim,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience