BAB 3

Romance Completed 4204

“Hai, Zalia ingat aku lagi, ni Rahim lah, takkan tak ingat.” Tiba-tiba saja Zalia teringatkan teman baiknya Rahim di kolej dulu mereka bertiga Hadid, Rahim dan dirinya adalah kawan sekolej tiga serangkai yang tak dapat dipisahkan semasa kolej dulu, tetapi jodohnya kuat dengan Hadid manakala Rahim pula, Zalia sudah mengaganggap seperti teman baikya sahaja.

“Zalia aku ada sesuatu aku nak cakap dengan kau ni, tapi tak boleh nak cakap dalam telefon ni, boleh kita jumpa di tempat yang biasa dulu kita bertiga minum, semasa zaman kolej, kafe vanilla, boleh?” Tanya Rahim penuh harapan meminta Zalia berjumpanya, Zalia tertanya-tanya apa yang ingin disampaikan oleh Rahim.

“ ok, kita jumpa esok,” berat sebenarnya hati Zalia ingin berjumpa Rahim setelah bertunang dengan Hadid,tetapi disebabkan Rahim teman baiknya dan mungkin ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh Rahim jadi Zalia bersetuju berjumpa Rahim, di cafe vanilla pada esok harinya.

“mana Zalia ni?, dah sejam aku tunggu ni, kelibat dia pun tak nampak-nampak,” bisik hati Rahim, dia sudah lama menunggu Zalia, sebenarnya sudah lama dia tidak berjumpa, setelah Rahim menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang yang sama dengan Zalia menuntut di kolej iaitu jurusan psiklologi. Sambil ditangannya sekuntum bunga mawar merah yang mekar mahu diberikan kepada Zalia nanti sejurus dia datang.

“ Hai, lama tunggu?,” jerkah Zalia dari belakang, terperanjat Rahim seperti mahu gugur jantungnya diperlakukan seperti itu tadi, dia tidak perasan kehadiran Zalia sejak tadi.

”terperanjat aku dibuatnya,” Rahim agak marah diperlakukan seperti itu, tetapi melihat gelak ketawa Zalia hatinya cepat sejuk,

” maaf aku terlambat, nah aku belikan kau coklat kegemaran kau, aku ingat lagi, waktu kau marah aku dulu, sebab hilangkan buku nota yang aku pinjam waktu di kolej dulu, kau ingat tak?,” sambil menghulurkan coklat cabury kesukaan Rahim, Rahim terkejut tidak menyangka Zalia masih ingat kejadian itu walaupun sudah lama berlalu, dan sebenarnya masih segar didalam ingatan Rahim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience